Monday, September 15, 2008

Hilali tabah peluk Islam

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Hilali Sibomana, 30, anak kelahiran Burundy, Afrika, tetap tekad untuk memeluk agama Islam walaupun bapanya, Yanduzo Bangirichenga mati disembelih di negara kelahirannya itu kerana merestui hasratnya untuk memeluk agama Islam.

Hilali yang fasih berbahasa Inggeris menceritakan kepada wartawan bagaimana bapanya menjadi korban pihak yang cuba menghalangnya daripada meneruskan niat murninya itu.

''Saya tidak mendapat hidayah seperti mana rakanrakan saudara baru lain yang memeluk agama Islam tetapi pintu hati saya terbuka untuk memeluk agama yang syumul ini setelah saya membuat banyak perbincangan dan perbandingan di antara al-Quran dan Kitab Injil,'' katanya pada sidang akhbar di Pusat Hidayah, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di sini, semalam.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menguaruarkan kepada orang ramai supaya tampil memberi sumbangan sama ada membeli kerusi atau meja bagi menjayakan majlis berbuka puasa untuk saudara baru pada 20 September ini.

Hilali berkata, sebelum memeluk agama Islam, beliau adalah penyebar agama Kristian di Burundy.

Justeru, beliau memberitahu, setelah mengenali Islam menerusi perbandingan dan persamaan yang ada di dalam kedua-dua kitab, akhirnya Allah menggerakkan hatinya berhasrat untuk memeluk agama Islam.

Beliau berkata, sebagai anak tunggal, hasratnya itu dinyatakan kepada kedua-dua ibu bapanya dengan penjelasan bahawa Islam adalah agama yang benar dan membawa kepada kebenaran.

''Ketika saya nyatakan hasrat saya itu, ayah yang merupakan penganut agama Kristian, tidak membantah sebaliknya dia bersetuju," katanya yang datang ke Malaysia sendirian pada November 2003.

''Disebabkan dia (ayah) memberi kebenaran kepada saya untuk menjadi seorang Islam maka dia dibunuh tetapi saya tidak tahu apa pula nasib ibu,'' katanya yang bakal melanjutkan pelajaran ke New Zealand tidak lama lagi.

Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, beliau beroleh ketenangan dan gembira apabila kakitangan di Pusat Hidayah mencurahkan kasih sayang, pengganti orang tuanya.

3 comments:

Nurul said...

ish..ish..kagum2 ngn org mcmni..di zaman skrg ingtkan dh takde org yg nekad ceni skli psl agama..kgum2

Anonymous said...

emm tulah...bapak die pulak mati di bunuh..yg die nye xpulak kan...ujian dunia

Anonymous said...

yeap tu lar... macam-macam cabaran mereka untuk dapatkan Islam. Kita ni jek yang kadang2 tak bersyukur.