Apa jua tindakan kita mencari rezki adalah harus ada tujuan dan matlamatnya diakhirnya... Rezki yang dicari haruslah Halal sumbernya dan yang paling utama adalah keberkatan. Ramai orang tidak prasan perkara ini.
Sebagai contoh!. Dalam sistem kerajaan sekarang, ramai pegawai kerajaan ketika outstation akan membuat claim setelah menjalankan tugas rasmi seperti yang telah di arahkan. Namun ada juga pegawai yang agak ‘ cerdik’ bila tiba untuk claim balik perbelanjaan sepanjang tugas rasmi. Memang... tak dapat tidak dinafikan kerajaan kita amat pemurah dan amat mengambil berat akan kebajikan pekerja, terutamanya pihak PERKESO. Dan juga sudah tentu memang ada kelayakkan yang diberikan oleh kerajaan kepada pegawai2 tertentu sesuai dengan pangkat. Akan tetapi JANGAN disalah guna.
Contoh terbaik dan sering dilakukan adalah ketika meminta claim perjalanan dari A ke B dengan jarak yang tidak berpatutan. Juga claim hotel, perbelanjaan yang tidak munasabah dan lain-lain lagi. Pabila situasi ini menjadi lumrah dalam masyarakat kerajaan, ia akan menjadi barah dalam hati setiap pegawai yang menjadi pengamal tabiat yang buruk ini.
Dengan demikian, tuntutlah dengan seadanya... tidak salah mencari rezki yang telah diperuntukkan asalkan jangan disalahguna! Bayaran nasi lemak makan untuk 3 orang RM10 tapi claim atas resit RM30. So si luncai buat untuk 9 orang...macam mana tu?
Untuk mencari berkat nih tidak payah! Syaratnya amatlah mudah... ikut saja panduan dan syarat2 yang telah ditetapkan dan SAH dari segi undang-undang...jangan makan duit kopi, duit pelincir atau apa2 yang haram sumbernya.
Dan selebihnya niat saja lah untuk sedekah... JIKA nak claim juga, buat lah claim di akhirat kelak.... ‘aku dah sedekah kepada si pulan si pulan dengan RMXX ketika pergi ke XXX... aku layak masuk syurga Mu’ InsyaAllah selamat...
*Kubur pun tak terbakar!
*Itu quote dari seorang pensyarah semasa buat degree di UPM.