Friday, October 18, 2013

Sinis...

Seorang lelaki pulang dari kerja dan anaknya terus menyambutnya dengan panggilan "Ayah!!!"

Jirannya terdengar dan merasa marah lalu berkata; "Bolehkah kamu larang anak kamu panggil kamu 'Ayah'?

Lelaki tersebut bertanya; "Kenapa?"

Jirannya menjawab; "Kerana anak saya juga panggil saya 'Ayah' dan saya tidak mahu dia terKELIRU siapakah 'Ayah'nya sebenarnya, nanti saya bimbang anak saya panggil kamu sebagai 'Ayah'nya."

Lelaki tersebut menjawab; "Adakah anak kamu tak kenal siapa 'Ayah'nya maka dia boleh terkeliru panggil saya sebagai 'Ayah'?"

"Kamu tak didik anak kamu untuk kenal siapa 'Ayah'nya yang sebenar, lalu kerana kamu gagal mendidik maka kamu nak halang anak saya dari panggil saya 'Ayah' yang telah mereka panggil sejak sekian lama?"

Jirannya menjawab; "Aku tak peduli. Hanya anak aku sahaja yang boleh guna panggilan 'Ayah'...."

Sumber: Ini Cadangan ke Soalan?