Ketibaan
Kami tiba di stesen bas KT pada awal subuh, kira-kira jam 0530. Perjalanan dengan bas amat memenatkan pada malam itu! walaupun gah menaiki bas dua tingkat... tapi semacam KS naik kereta kuda... huhu So petua untuk kawan-kawan untuk tidor lena dalam bas adalah pilih bas yang baik dan tempat duduk yang berada di tengah-tengah. If rasa nak naik macam kereta kuda or a tank! haa boleh lah cari seat betul2 atas tayar bas, depan atau belakang! hahahha. Selesai solat subuh KS dan rakan2 yg lain perlu menunggu kereta sewa. Kalau sapa2 nak sewa kreter kat Ganu ok lar. Link di sini! (nak senang google aje).
Tour de KT
Selepas check in di homestay KS dan kwn yg lain berangkat berkunjung ke rumah KS di Umbrella Hill. Apa lagi jamuan special nasi dagang Ganu bersama-sam kropok lekor dan pelbagai lagi... huhu harap kalian semua enjoy the foods….
Then hari tak brapa nak memihak kepada kami semua. Angin Laut Cina Selatan yang kuat meniupkan awan hitam ke negri Tganu. So pagi tu hujan agak lebat menghadkan perancangan program kami semua. Tapi masih sempat la kami singgah ke Masjid terapung di Kuala Ibai. Kalau tak hujan pasti cNtek pemandangan kawasan ini.
Siapa yang cemburu?
Lokasi seterusnya adalah Pantai Batu Burok. Alhamdulillah cuaca amat tenang dan bagi KS tak lah terlalu panas. Hujan baru aje berlalu so kami semua bleh la bergambar sakan. KS yag berasal dari Ganu sendiri pun tak pernah puas menikmati pemandangan pantai. KS teringat kata seorang ilmuan, " Tika kau menghayati keindahan dunia ciptaanNya, telingamu yang mendengar bunyi alam yang mengasyikkan cemburu akan mata yang melihat keindahan pantai yang begitu tenang " Begitulah indah nya jika kita dapat menghayati alam.. ewah time gini plak nk jiwang karat hahaha.
Mencandat
Selesai urusan membeli sedikit bekalan untuk mencandat sotong dan berehat, kami berkumpul selepas asar untuk menaiki bot di Pulau Wan Man. Jeti ini berdekatan dengan Masjid Kristal yang menjadi tarikan pelancong ke negri ini. Tepat jam 530pm kami menaiki bot nelayan untuk menuju ke lubuk sotong. Kemudian lebih kurang sejam perjalanan tekong bot pun sampai ke lubuk.
Setelah diberi penerangan ringkas macam mana gaya mencandat sotong, tak sampai 30 minit KS melabuhkan umpan olok-olok, akhirnya KS berjaya menaikkan sotong yang pertama! Perasaan gumbira tak boleh nak dibayangkan. Kemudian diikuti kawan2 yang lain juga.... Itulah penat juga lah mencandat nih. Tak boleh nak bayang la macam mana nelayan boleh survive dengan pekerjaan macam nih. As my mom said " pergi lah if nak rasa betapa susahnya orang turun ke laut mencari rezki". huhu Berapa sen sangat lah pendapatan awok awok ning. Harga pasaran semasa 1kg sotong dalam RM14-17. Agak mahal. Sekurang2 nya KS dan yang lain dah merasai pengalaman ini. Anda bagaimana? Hehe
Kami dikira agak bertuah dengan membawa balik agak banyak hasil dari laut. Itu kata tekong bot kami. Bot kawan kami tak seorang pun dapat hasilnya "Fuh rezki mung sume muroh malam ning" dengan dialek Ganu tekong bot berceloteh sambil memegang stearing bot dan memerhati GPS dan alat mengesan ikan. Dan lagi pada mlm tersebut cuaca agak panassss so nak tidor pun tak lena (Lupa pulak nk bawak kopi Hang Tuah ;) ) So kami mencandat ajek la, ape nk buat lagi... ada yang kepenatan mencandat pakai kaki! hahahahha lawak seh.... Kami nak tunggu penat jek then bru nak tidor.
So...siapa yang mabuk sebenarnya!
Baru 5 jam mencandat, kwn2 yg lain dah kelihatan sangat penat. Trima kasih kpd dude yg tlg masakkan kari sotong dan sotong masak hitam. Kami agak lapar juga time tu. But Eeewwww hahah kari sotong is fine la nak makan tp menu satu lg tu... Rasa ajek la satu kerat. Tobat xnak dah masak cmtuh. So KS dan Sabri, selaku ketua ekspedisi jejak sotong berbincang dan kami bersetuju untuk memendekkan program, tidak sampai ke subuh hari seperti yang dirancang. Ini kerana terdapat masaalah 'luar biasa' yang biasa kita tak expect dari peserta. hehe (paham2 ajek la....)
Semua xmabuk so xde yang vomit. Tu la ape tak mabuknya, semua dah telan pill mabuk awal2 lagi... then ada la yang terbaring awal bukan kerna penat tapi terkena penangan ubat mabuk yang mengantuk!.
Tp ada yang kena mabuk darat!!! Tau ke istilah mabuk darat?anda akan berasa seolah olah anda masih berada dalam bot dengan pukulan ombak yang beralun walaupun anda sebenarnya telah naik ke daratan. Itulah yang dipanggil mabok darat. Sapa yang kena? KS rasa pembaca boleh meneka...... Hahahha How to overcome?KS cuba berjalan atau berdiri. Jika duduk saja sure akan terasa beralun seperti anda sedang berada di atas bot.
Lihat gambar-gambar disini!
Overall this trip was really great. Looking forward for next trip to somewhere better and different from this. ;) cheeerrrrsss
KS
June 10, 2010