Friday, June 27, 2008

Angkara Coffee...

Minggu ni memang agak memenatkan. My advisor pun dah balik kampung sekejap, bercuti katanya. (masih tak terlepas dari tugasan dan terpaksa pergi ke Lab untuk belajar programming dan bermain dgn Robot!). Mungkin menghabiskan cuti summer sebelum masuk semester baru dan mula sibuk dengan tugasan dan project pelajar. AKu? Entah lar. Semester pendek Summer aku terpaksa enroll untuk satu kelas. Kelas Application for Algebra agak mencabar selepas 3 tahun meninggalkan alam sebagai pelajar engineering. Mula-mula susah nak kejar, aku nih cam lembab sikit... mungkin banyak minum coffee kot! hahaha tapi aku cuba juga la nk kejar apa yang Madam Marta ajar. Malam-malam KONON nya nk stay up nk study, rupa-rupanya aku pun tertidor berbantalkan nota-nota kelas. Aduh! apa nak jadi kat aku nih!


So far, dapat juga aku follow kelas setelah 2 minggu berada dalam persediaan minda menerima kembali ilmu matematik. Dalam kelas tu hanya 4 orang sahaja graduate student, yang lain semua undergraduate, minda masih fresh dengan ilmu-ilmu matematik. Pantas sahaja menjawab soalan-soalan. Aku terkesima! Macam ni takleh dibiarkan!
Angkara coffee atau aku yang....