Saturday, April 4, 2009

Iftitah

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Hampir tak sedar, kita membaca paling kurang 5 kali sehari ayat and doa ini dalam kehidupan seharian kita. Doa Iftitah (pembukaan) ini terdapat di dalam beberapa riwayat hadith dan terdapat hikmahnya, mengapa Allah menyuruh kita membaca setiap kali sebagai pembukaan doa dalam solat kita.

Rupa-rupanya, Allah mahukan kita mengabdikan diri kita padaNya pada seluruh aspek kehidupan kita. Alhamdulilah, aku juga kembali insaf selepas melepasi pelbagai masaalah hidup di bumi orang. Masaalah belajar adalah perkara biasa. Masaalah dengan orang lain juga biasa. Masaalah dengan persekitaraan juga lumrah. Yang tidak biasa adalah masaalah dengan hati manusia!. Namun Allah menyelamatkan aku dari perasaan putus asa, kekecewaan dan penyakit hati. Alhamdulillah... segala puji bagiNya.