Selesai KS park kereta di bawah kawasan perumahan, terserempak dengan seorang bro dari kelantan. Dia dah kawin dan anak 3 orang dan juga jiran di area rumah KS juga. Tetiba anak-anaknya turun menuruni tangga....lari keanak-anakan...laju dan sempat tersenyum kat KS. Eh baik & pandai pula budak2 nih hormat kat orang tua. kata KS dalam hati.
KS: Adik nak ke mana ni? (KS cuba bertanya)
Budak kecek: syuraaaa....(sambil tersenyum manja kanak-kanak dan KS tak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh budak perempuan kecil)
KS: Nak ke mana...??? ( bertanya lagi untuk kepastian)
Budak Kecek: Nak ke surau, surau.... 2 kali di ulangnya. (dengan nada manja kanak-kanak). Tak habis disitu sempat lagi dia bertanya.... Abang tak ke surau ke?
KS:......tergumam......tongue tied! KS tak mampu nak membalas pertanyaan anak kecik ini. Kali ini aku cukup2 terasa.
Dan pada masa itu aku teringat kata-kata ustaz. Kalau nak anak yang soleh dan solehah, kena didik anak dari sekarang! Aik macam mana tu ustaz? sedangkan saya tak berkahwin lagi.
Jawapan Ustaz: Dengan mendidik diri dan peribadi kamu yang terbaik! Insyaallah anak dan zuriat kamu akan menjadi baik seperti yang kamu kehendaki. Kerana sifat anak-anak itu adalah mengikut perangai ibu bapanya, begitulah pentingnya pembentukan sahsiah seseorang sebelum dan selepas berkahwin dan mendapat zuriat.
P.S: sekadar pesanan untuk diri sendiri
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Surah al-Anam ayat 125Gambar budak kecil comel! (pinjam post dari Hafiz/Izza)