Saturday, January 10, 2009

Winter Vacation-Latest

Hari pertama – Kenangan sepanjang hayat!

Desember 22, 08 mencatat sejarah bagi kami semua yang telah tiba di bumi Florida. Aku adalah yang terakhir sebelum Zafri @ Jep yang terkandas dek cuaca yang tak mengizinkan dari Itaca, Cornel. Tambahan pula, badi luggage yang terlambat seakan sudah terlekat padaku. Hampes…. So selepas buat luggage claim kami terus pulang ke rumah. Host kami sudah pasti Rashidah yang sedang buat MSc di sana. Ucapan ribuan terima kasih kepada Rashidah atas kesabaran melayan anak-anak yang bermacam-macam perangai tetapi tetap memeriahkan suasana rumahnya. Apakan tidaknya, sampaikan jiran tetangga pun tak tahan dek kebisingan gelak tawa kami semua. Semua bagaikan melepaskan perasaan rindu kepada kawan-kawan yang sudah lama tidak ketemu.

Waktu tidur kami di kurangkan kepada hanya 5 jam dan bagi pemandu (aku dan Shey) mungkin perlukan lebih banyak masa, tapi tak juga... melayan kawan-kawan yang bukan senang untuk berjumpa lagi.. Pemandu kenalah cukup rehat..maklumlah nak bawak anak-anak orang, tunang orang, terpaksa lah berhati-hati.

Hari ke-2 Bershopping di Outlet. Apa yang ku beli?

Zafri sudah tiba dan juga aku dapat mengambil beg aku kembali. Alhamdulillah, dapat lah aku tidor dengan lena. Hari yang sama juga, kami mengambil giliran memasak ala kadar untuk membawa bekal. Bekal makanan yang simple dan memudahkan bagi kami untuk bergerak ke sana ke mari menikmati hari-hari di Florida. Program hari-hari seterusnya terpaksa sehari dianjak ke hadapan. Jadi, hari yang kedua kami menghabiskan masa di outlet. Memang berbelanja sakan. Akulah orang paling banyak berbelanja. Maklumlah, mana ada outlet di Nebraska nih!! Membeli belah seakan serangan gerilla tetapi berbaloi. Hahhaha

Setelah penat, kami bergumbira lagi. Plessure Island adalah destinasi seterusnya. Terletak tidak jauh dari tempat kami bershopping. Free of charge dah sesiapa saja boleh masuk. Apa lagi... kali ini sesi menguji ketangkasan memetik camera dan aksi posing maut rakan-rakan kalian. Fuh, mengalahkan artis kalian ini!!! Bak kata Reese, ‘boleh masuk majalah Manggis edisi Florida, keluaran terhad. Hanya 8 set sahaja’. Aksi Reese pun memang mencuit hati. Adeh sabar jek lar...

Hari ke-3 Walt Disney World. Bestkah?


Kami sudah merangka program perjalanan kami dari awal lagi. Malam sebelumnya kami siap-siap membeli tiket ke Disneyland secara online. Memang memudahkan dan harga agak berpatutan dengan apa yang kami nikmati ketika di sana. Banyak aktiviti yang kami lalui. Tidak satu pun kami lepaskan. Iyelah kan... bayarannya agak mahal so kena lah enjoy sehabis-habisnya. Kebetulan pada masa tu, kena pada malam sambutan Hari Natal, memang dapat dirasai kemeriahan sambutan dengan pelbagai keindahan lampu yang berwarna warni serta percikan bunga api begitu indah. Magic Kingdom adalah tempat kami menghabiskan masa sehari suntuk. Di sana terdapat kemudahan Tram untuk membawa semua pelawat ke tempat menarik.

Walaupun agak penat melawat semua lokasi yang berada dalam kawasan tersebut, kami tetap mengagahkan diri. Entah semangat apa yang kami dapat untuk berhibur dari pagi sehinggalah ke tengah malam. Pelbagai kenangan indah dan pahit yang kami lalui. Kawasan Waltdisney yang memang tidak menyediakan tempat untuk kami bersolat tidak mematahkan semangat kami untuk menunaikan kewajipan kami sebagai muslim.

Selepas bersolat di jalanan, aktiviti diteruskan dengan menikmati juadah yang simple tetapi tetap meriah dek makan bersama-sama teman lama dan kenalan baru. Sudah pasti masing-masing kelaparan. Pelbagai bentuk hiburan yang pertama kali lihat membuatkan kami teruja. Kegembiraan juga melupakan seketika perasaan lapar.

Hari ke-4 EPCOT

Destinasi seterusnya; EPCOT yang menghimpunkan pelbagai tempat menarik dari serata tempat di seluruh dunia. Globe yang bersegi-segi dan besar menyambut ketibaan kami di hadapan kawasan tersebut. Terdapat juga seakan tugu dengan terpapar muka setiap orang yang mahu wajah mereka di paparkan di batu tanda. Kami terpaksa beratur panjang untuk merasai dan menghayati semua aktiviti.

Banggunan yang indahnya membuatkan kami teruja dan yang paling aku hayati adalah bangunan unik dan klasik dari Morroco. Sesi bergambar dan posing beramai-ramai menjadi kewajipan! Memang tidak perlu di arah! Hahahha.... Jam tepat jam 10.30pm kami bergerak pulang ke rumah. Fuh penatnya pemandu! Namun terpaksalah memandu membawa anak-anak kapal sekalian.

Hari ke-5 Universal Orlando dan Universal Studio

Fast Pass yang kami beli untuk di pakai memang amat berbaloi dan mampu menjimatkan masa menuggu kami di setiap hentian aktiviti yang kami sertai. Aktiviti darat dan langit serta aktiviti berair juga kami redah. Sampaikan baju aku lencun basah...
Dan yang paling best adalah menaiki Roller Coster di Universal Orlando. Dua orang puteri tidak menahan pusingan kedua 360 darjah roller coster dan terpaksa berehat untuk kembali normal menghilangkan penin lalat. Kepada jejaka malaya (3 orang), usah ditanya.... memang sudah pasti halangan sedemikian tidaklah mencabar sangat (ayat semacam berlagak).

Yang dicari dan dinantikan adalah yang paling tinggi. Nun jauh sana....... The Hulk! Aku mampu merasai kehebatannya. Apakan tidak, hari ke-3 aku hampir hilang semua suara aku akibat menjerit kegembiraan menaiki semua aktiviti berasakan roller. Seakan sudah muak, cabaran yang biasa seolah sudah lali. Dan itu juga membuatkan suara ku menjadi sedikit ‘seksi’ huhuhu... Fuh, air asam jawa rumah Shidah jua menjadi ubat di malam hari....

Di Universal Studio, tayangan 4D Shrek adalah paling menghiburkan. Memang jarang dilihat. Cubalah!.... Banyak lagi aktiviti kami di sana. Semua seakan gilakan baju Hard Rock Cafe (Batu Keras) hahhaha apakah... Aku jua sempat membeli satu survenior untuk diriku sendiri.

Hari ke-6 Miami & Key Largo

Ayam KFC menjadi kenangan pertama di USA. Halalkan? Yang ada hanyalah tanda Kocher dan aku pun tidak pasti tetapi ramai orang kata boleh makan. Makan ajalah..... Berkelah di Miami Beach pada waktu malam memang unik. Tidak pernah di buat orang. Hahhaha sambil menikmati nasi lemak hidangan Kak Tini dan juga ayam KFC. Fuh... lazat tak terkata... Selesai makan dan aktiviti wajib (bergambar) kami bergerak untuk berjalan-jalan sekitar pantai tersebut. Banyak betul night club. Tidak ada apa yang menarik selain kelab malam. Derungan kereta berenjin besar menarik pandangan aku. Kereta kami apa kurangnya. 8 silinder, Ford Mustang, boleh la berlagak kat Miami tuh walaupun kereta sewa.... bukan depa tau pun hahahhaa....


Usai makan dan berjalan kami pulang kepenatan dan terus masak gulai ketam hidangan dari Iron Cheff, Reese Reza. Memang sedap ditambah pula dengan ikan masak 3 rasa. Fuh.... Kami tidur awal untuk pergi bersnorkling di Key West. Pengalaman yang tidak kami lupakan. Ketika bersnorkling aku sempat melihat seekor penyu. Amat besar dan merupakan pengalaman yang paling berharga serta hidupan laut yang lain. Ombak yang agak kuat agak menyukarkan kami untuk berenang dan terpaksa melawan arus. Tidak ketinggalan juga, pengalaman seorang rakan kami yang panik lemas, Alhamdulillah semua selamat dan semua naik ke bot dalam keadaan mengigil kesejukkan... gegegeggeg)))

Selepas 2 hari satu malam bermalam di rumah Kak Tini, kami bergerak pulang ke Orlando untuk bergerak ke lokasi seterusnya. Rhode Island. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah Kak Tini kerna sudi melayan kerenah keanak-anakan kami semua. Kesudian dan pertolongan Kak Tini tidak kami lupakan.
Percutian di Rhode Island pada post seterusnya.... tunggu!!!

FAKTA MENARIK SEPANJANG PERCUTIAN
1.Sebanyak 2744 keping gambar telah dikumpul. Wah dasyat betul korang nih...
2.Jumlah jam tidor tidak lebih dari 5 jam sehari!
3.Pemandu pertama kali memandu kereta Ford Mustang yang tak hingat beratnya dan boleh la menang bergaya... huhuhu