Tuesday, April 30, 2013

Pengalaman Belajar di Luar Negara; Amerika Syarikat & Canada- Updated


Coretan ini hanya sebahagian sahaja perkongsian yang KS mampu untuk pembaca blog ini. Tidaklah seberapa detail, rasanya cukup untuk mendapat sedikit perspective berkenaan pemahaman sistem pembelajaran untuk graduate level (Master dan PhD berasakan research sahaja)  di luar negara terutamanya di USA dan Canada. KS pernah berada di USA selama 2 tahun untuk program MSc (thesis) dan PhD di Canada.  Dalam coretan ini, KS akan menggunakan dwibahasa untuk menulis artikel ini. 

1. Sistem Pembelajaran di USA


"Susah la belajar kat USA"
                 
" Aku dengar ramai orang fail, study kat USA! Susah betul kot"     
                             
" Alah... leceh la nak sambung belajar di US, macam-macam kriteria yang dia nak, GRE dan TOFEL/IELTS pula agak tinggi! Dah berapa kali aku repeat test......"                    

Ternyata, banyak runggutan yang biasa anda dengar dari mulut rakan-rakan anda. Dan secara keseluruhanya beranggapan susah untuk menyambung belajar di USA. 

Yes..... BENAR! Akan tetapi ada kelebihanya... KUALITI pembelajaran dan pendedahan yang membuatkannya special! Memang mencabar untuk menuntut ilmu di USA. Sistem akademik untuk graduate studies, di USA agak berbeza dengan negara-negara lain. Sistem yang  paling hampir sama dengan USA adalah Jepun, Holland dan juga Belgium. Untuk memahami dengan lebih lanjut jom kita menjengah kepada system yang KS maksudkan.

Program Master (MSc): 1-2 Tahun

Di USA, bagi Master (research) sejumlah 30 credit hour termasuk thesis adalah standard requirement. Setahu KS, untuk program non-thesis, sejumlah 40 credit hour diperlukan. Untuk program thesis, daripada 30 credit ini, kira-kira 15 credit diperuntukan untuk courses/kelas selebihnya untuk thesis dan juga publication. Semua keperluan kelas (15 credit hour) ini boleh dihabiskan selama 1-1.5 tahun. 

Bagi pemilihan subject, daripada pengalaman KS, semasa mengikuti program MSc, sebahagian kelas ini telah pun ditetapkan subjectnya oleh graduate committee sebelum KS  diterima masuk ke dalam program pilihan. Sebelum kita diterima untuk mengikuti program, internal commitee telah pun bermesyuarat dan dibentuk, dan of course jumlah dan jenis subject adalah berdasarkan keperluan program dan jabatan. Daripada situ juga kita akan menerima surat tawaran kemasukan ke universiti tersebut.

Berkaitan dengan kelas, sesetengahnya kita perlu mengambil kelas yang dioffer di peringkat department itu sendiri dan ada jua cross-department sebagai contoh KS dalam bidang kejuruteraan, salah satu subject wajib adalah Statistic I & II yang dioffer di jabatan berlainan. So dalam kelas boleh ada ramai kawan-kawan dari pelbagai latar belakang dan juga bidang... Seronok juga! :) 

Baki keperluan credit ( 15 jam credit) akan ditentukan untuk kajian ataupun publication (jika ada syarat yang ditetapkan oleh department). Yang menariknya, tiada comprehensive exam ditetapkan untuk level MSc,  hanya final defend presentation diperlukan. 

Program PhD: 4-5 Tahun

Program PhD di USA kebiasaannya akan mengambil masa dalam 3-4 tahun di mana 2 tahun pertama diperuntukkan untuk menghabiskan keperluan kuliah atau kredit dan lagi 2 tahun untuk research.

2 Tahun Pertama

2 tahun pertama harus digunakan sebaik mungkin untuk program PhD di USA untuk mengambil kelas sebanyak 90 credit hour sebagai syarat bergraduat. Daripada 90 credit, 30 credit diperuntukkan untuk thesis & publication (jika ada). Selebihnya, 60 credit diperuntukkan untuk kelas.Ya... Agak banyak untuk 90 credit hour untuk kelas... Kalau dikira-kira baki 60 credit untuk kelas itu memakan masa hampir 2 tahun untuk menghabiskan kesemua kelas wajib... Itupun belum lagi diambil kira repeat class. hehe ;)

Berkaitan kelas pula, calon PhD perlu lepas markah minima B (markah 85%). Ini untuk semua subject terutamnya subject yang telah ditetapkan oleh committee. Kalau tak lepas, register la balik next semester... tak confident, pospone lagi next semester.... yang penting kene lepas. Tak lepas satu subject tak dapat la PhD jawabnya.... So moral of the story... kalau nak habis on time, belajar bersunguh-sungguh for the first 2 years, jangan fail satu kelas pun. Summer time, ambil kelas lagi. hehe... 

Korban masa demi ilmu. Pospone dulu program travel satu USA anda! ha ha ha. 

Jika dibandingkan dengan MSc, dengan jam credit ini, kita terpaksa mengambil kelas kira-kira 4 kali ganda bebanan MSc.TIPS....Ada caranya untuk meringankan bebanan kelas! Transfer credit.... 

Ya, anda boleh transfer credit daripada MSc. Contoh! jika anda telah mengambil kelas semasa MSc (advantage MSc di USA), credit boleh dikurangkan kepada 30 credit sahaja. So, ini bermakna, pelajar PhD boleh menghabiskan kursus kurang atau selama 2 tahun dengan keperluan credit untuk kelas berkurang dari 60 kepada 30 jam credit, selebihnya masa untuk kajian. 

Kepada yang tidak pernah mengambil kelas semasa MSc, ada 2 option untuk mengurangkan jumlah jam credit. Option pertama, pengurangan boleh dimohon melalui bakal supervisor semasa apply Phd at particular school or department.  Biasanya SV akan negotiate with Graduate Coodinator untuk mendapat pengecualian. Pengecualian ini bergantung kepada pengalaman calon, bidang kajian dan kepercayaan SV kepada anda. Jika tidak dikurangkan sepenuhnya, may be boleh kurangkan daripada 60 kepada 45 credit.

Option kedua, ambil saja untuk 60 credit hour. Tiada pilihan lain! 

2 Tahun Terakhir

Comprehensive exam (CE) di USA agak unik kerana sistem untuk menerima anda sebagai calon Phd or PhD Candidate adalah sangat mencabar. Dan ini juga bergantung kepada keperluan bidang, yang mana level kesukaran bergantung kepada bidang, i.e Engineering. Pelajar akan menduduki CE setelah habis semua keperluan credit kelas i.e 60 credit hours untuk menduduki CE. Selain itu juga, calon juga diperlukan untuk menulis proposal kajian dan juga publication (jika ada).

Enjoy....

Ya sekarang kalau anda sudah habis kelas yang ditetapkan boleh la sedikt menarik nafas. Wait! belum lagi... Di USA, selagi anda tidak menduduki CE, anda tidak dipanggil sebagai PhD candidate. So kene lepas CE dulu...

Once dah lepas CE, anda dah boleh merancang untuk percutian satu USA anda! Hurreey... Selain itu anda pada tahap ini sedikit demi sedikit telah selangkah untuk menghabiskan PhD.



2. Sistem Pembelajaran di Canada


Buat masa sekarang, KS masih lagi berada di Canada (CA) untuk program PhD. Untuk lebih lanjut, silat lawat website ini. Program di CA adalah hampir sama dengan di UK, Australia dan mana-mana negara yang pernah dibawah jajahan British. Namun begitu, program di USA sedikit sebanyak mempengaruhi program pengajian di CA.

Program Master (MSc): 1-2 Tahun


Keperluan bidang MSc di CA agak berlainan dengan di USA. Jika MSc berasakan kelas (non-thesis), sejumlah 40 credit diperluakan dan kebiasaannya pelajar hanya mengambil masa selama 1.5 tahun untuk menghabiskan pengajian.. Ya. sungguh cepat. Manakala untuk MSc berasakan kajian (thesis) pula, biasanya akan memakan masa selama 2 tahun, namun tiada kelas khusus untuk diikuti. Pelajar (thesis) tidak disyaratkan untuk mengambil kelas, namun ada kelas yang wajib seperti Seminar sebagai syarat khusus. Lain-lain kelas adalah optional untuk di ambil, ikut kata SV! hehe

Bagi MSc, tiada comprehensice exam dan juga final presentation or defend. Just submit your report for non-thesi or full thesis for thesis student!.

Program PhD: 3-4 Tahun

Program PhD di CA adalah hampir sama dengan MSc. Juga pelajar dikehendaki mengambil kelas seminar dan juga kelas-kelas lain as an option, tidak wajib. Kalau dah register kelas, wajib PASS la.. Dengan kata lain, kalau SV kata register then register la subject, and kene lepas gred minima untuk graduate student. Untuk PhD sahaja, di CA ada juga comprehensive exam (CE) sama seperti di USA. 

Comprehensive Exam 

Sistem di Canada agak sama dengan di USA cuma yang berbeza cuma jumlah jam kredit. Jam kredit kebanyakkannya tidak ditetapkan kecuali dengan mengambil subject wajib seperti Seminar. Dalam masa 1-2 tahun, calon Phd sepatutnya sudah menduduki CE. Procedure yang sama juga diperlukan untuk menduduki CE seperti proposal dan publication. CE ni sama level susahnya dengan USA. Selagi tak menduduki CE, pelajar tidak layak dipanggil PhD candidate. So.. harus kerja kuat ya.... 

Alhamdulillah, KS baru sahaja selesai CE. Agak tough! 48 jam tak tidor...tak tidor malam menjawab soalan2 professor yang hebat2 tu. 

3. Kos

Selain keperluan credit, untuk memasuki sistem pembelajaran di USA/CA, kita juga perlu melepasi tahap minima GRE dan juga English test, TOEFL/IELTS. Untuk syarat minima, ianya bergantung kepada sesebuah universiti yang dipilih. Sila rujuk universiti pilihan masing2. 

Bagi yang telah berada di UK/Australia/Canada yang ingin memasuki ke sistem USA, anda perlu merujuk kepada graduate school di universiti pilihan

Jalan terbaik, sila email pegawai graduate school, nak call pun boleh kalau credit banyak la nk bayar roaming. Pakai skype ajek pun ok... Sesetengahnya ada syarat untuk English test, sesetengah tidak perlu.

Exam GRE dan TOEFL amat berlainan. GRE. Rujuk di sini. Keperluan minima GRE adalah bergantung kepada bidang kepakarang masing. Rule yang sama untuk TOEFL/IELTS. 

Sediakan sahaja kosnya... anggaran sekitar RM600 untuk satu-satu test. Ya.... memang agak banyak belanjanya. Korban masa lagi untuk prepare kesemua test2 tersebut...Masa juga implicit cost...

Itulah lumrah kalau nak pergi sambung belajar ke luar negara. Kata orang Kedah.. "Hang ingat senang ka"

Setiap kali kita mengimpikan untuk keluar negara, kita kadang-kadang lupa tentang sokongan sumber kewangan. Untuk keluar negara, agak banyak juga la belanja yang diperlukan. Daripada pengalaman KS sendiri untuk ke USA/CA dahulu, at least dalam bank sudah disediakan budget kira-kira RM5K untuk semua process, dari preparation hingga la terbang ke luar negara. Ikat perut sikit la.... naik motor pergi kerja pun bagus, jimat minyak dan toll. 

Budget kos yang di listkan dibawah adalah sesuai untuk yang telah mendapat sponsor terutamanya yang ditaja dibawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi atau universiti2 tempatan dimana pembiyaan untuk tuition fees akan dicover oleh sponsorship.

Senarai yang perlu ada dalam budget anda seperti dibawah. Nilai mungkin akan berubah mengikut keperluan semasa. Kos2 yang disenaraikan adalah untuk single student.. tidak termasuk yang berkeluarga.

  • Engish test - RM600
  • TOEFL-untuk ke USA - RM600
  • Persediaan borang - RM100
  • Visa- RM500
  • New passport - RM500
  • School registration - RM400
  • Housing-booking - > RM1000
  • Barang2 keperluan untuk travel e.g luggage, baju sejuk - > RM1000
  • Foods; ikan bilis & belacan! ;)  - RM500

4. Kesimpulan


Dari segi teknikalnya memang belajar agak mudah belajar di Canada berbanding di USA. Namun, KS berpendapat belajar di USA banyak lagi pengalaman dan juga kelebihan berbanding ditempat lain. Antara kelebihannya, kebanyakkan kajian adalah terkini, dan mendahului negara lain, dan ini memberikan kelebihan untuk mencari novelty of the research, dan juga ada nota2 pembelajaran bagi yang akan berkhidmat di universiti tempatan sebaik menamatkan pengajian.

Kehidupan sebagai pelajar memerlukan kecekalan yang tinggi untuk mencapai segulung ijazah dan usaha tanpa jemu adalah resepi kejayaan, terutamanya kecekalan hati belajar di luar negara. Kita juga selalu diingatkan agar tidak mudah lalai dengan karenah2 luaran yang boleh mengangu focus untuk belajar.

Secara keseluruhannya,  tidak kisah di mana2 kita menuntut ilmu, semuanya rezki. Dapat ijazah itu rezki dariNya. So kita tetap kene berusaha untuk mendapatkan ijazah kerna itu adalah matlamat pembelajaran disetiap peringkat. Tidak kiralah dimana jua kita menuntut ilmu, kesukaran dan kesenangan telah ditetapkan sesuai dengan tahap dan keupayaan kita. 

Semoga berjaya.
PS: Sebarang cadangan untuk memperbaiki posting ini amat dialu2kan... 

Bacaan tambahan
 
Rujukan:
  • List of University: http://www.utexas.edu/world/univ/alpha/ 
  • Visa: http://www.usimmigrationsupport.org/visas.html?gclid=CMat_vapurYCFQ8GnQodEzkAfg
  • http://www.aucc.ca/canadian-universities/study-programs/
By Kopiah Senget
Jan 2013
Sainte Anne De Bellevue, Quebec, Canada. 
Last Updated: June 2014

22 comments:

atthiah said...

salam...

tulisan ini memenuhi kehendak saya.. cewahhh mcm exam pula.. sebenarnya saya sedang mencari2 info tentang sambung belajar di US, terima aksih atas perkongsian. nampak tough.. and tough untk ke sana dan sebelum ke sana juga.. t.kasih. selamat berpuasa..

atthiah said...

terima kasih ats perkongsian... huhu jadi takut pun ada tengok sistem kat US tapi nampak kecerewetan yang berkualiti.. hihi.. selamat maju jaya... dan selamt berpuasa..

zulkifli zul said...

salam, mmg ade cita2 nk ke US cuma serik dgn sistem yg complex..b4 ni buat master di UIA secara mixed mode(engineering); 1year class 1year research..tp 2 thn stgh bru hbis..risau perkara yg sama berulang..ade ape2 tips x utk lebih confident nk teruskan hasrat ke US..so far dgr advice sume mcm x galakan bt phd kt sana..tp mcm minat dgn vanderbilt univ..huhu..thx in adv..

Kopiah Senget said...

Atthiah: Terima kasih kerna sudi memberi komentar anda... harap dapat manfaat.

Zul: Terima kasih sudi membaca blog KS.
Komen KS: tudy kat US memang best. ada pros and cons. engineering kat US bagus juga la. byk applied kalau untuk research... which is also good for research novelty

Anonymous said...

NIce entry.abg skrang belajar di mana ya . hope dpt update entry ni dari semasa ke semasa ..

KopiKaw said...

Assalamualaikum..saya disarankan oleh universiti utk smbg di USA..komen mcm ssh nk lepas, GRE, Toefl, jauh la dll biasa la...hya dekan sy yg positiv..katanya xdak environment study better than US..sbb dia degree n master kat sana..sy cuba kekal positiv n bakal amek GRE april nnt..karangan saudara byk membantu..cuma sy masih kurang yakin yg hands on skill sy dh ckp utk research phd? Apa komen saudara?

Kopiah Senget said...

Dear KopiKaw;

Rasanya pilihan saudara/saudari untuk ke USA adalah tepat! Memang betul byk halangan...jauh dan macam2 halangan kalau di listkan tak ckup buku la jawabnya. Tapi je rakan2 yang mampu habis dalam ontime, then balik ke Malaysia excellent dlm research and teaching.

EijA:) said...

tq,bg semangat nak abeskan master dan tips utk sambung phd :)

samarinda said...

Salam, thnks for the info, lama dah saya cri info untuk smbung bljar kat USA, kebanyakn share untuk ke UK. Sekarang saya bru stage prepratn untuk ambil kelas TOEFL. Saya masih tertnya-tanya pasal GRE, boleh saudara terangkan dengan lebih lanjut.Saya bercdng untuk ke Cornell, jika diberi izin ALLAH.

Putri Ieja said...

good info...

waniichiban said...

Terima kasih banyak atas info yang diberikan. saya jadi lebih positif dengan adanya makluman dari saudara


Ahmad Shafiq said...

Salam bro KS,
Boleh tak bro share biasiswa-biasiswa yang boleh di-apply untuk sambung belajar di USA. Sebab saya sekarang paling risau tentang kos belajar. Saya bercadang untuk sambung PhD di sana.
Terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum ks, terima kasih di atas perkongsian. saya berminat untuk smbung of phd di canada dan saya merupakan lepasan master dari uk. adakah saya masih perlu menduduki exam ielts walaupun graduate dr English speaking country? mohon pencerahan kerana saya pernah dpt makluman bahawa boleh dpt pengecualian jika graduate dr English speaking country. terima kasih��

Kopiah Senget said...

Bergantung kepada syarat kemasukkan ke universiti yang saudara/i mohon.

Luqman Shah said...

Terima kasih atas perkongsian.

Saya insyaAllah sedang merancang ke US bersama isteri dan dua anak. Adakah 2 tahun pertama alam phd akan memgakibatkan saya terpaksa korbankan waktu hatta sabtu ahad bersama anak isteri?

Sheema Hasan said...

Salam Bro KS,

Terima kasih atas perkongsian entry ni, mmg sangat membantu. Masih teringat suasana belajar master di Korea tahun lepas, mmg leetiih with the culture and working style di sana! HArus habiskan 30 jam kredit termasuk 6 kredit for thesis dan defense.Tapi alhamdulillah berjaya!

Cuma saya rasa research skill dan knowledge saya masih kurang, jadi rasa rendah diri dan risau nak sambung di US yg kedengarannya brilliant dan hebat2. Ada nasihat yang baguskah?

Juga, adakah senang untuk dapat scholarship from uni/prof di sana?

Terima kasih

nur shazwani kamarudin said...
This comment has been removed by the author.
nur shazwani kamarudin said...

Alhamdulillah jumpa blog saudara. Saya pon tgh dlm proses persediaan ke US. Memang byk sgt halangan. Dengan segala test tu. Processing fee satu2 uni mahal gilek. Duit habis byk xyah cakap la. Nk dpt admission tu susahnya mak aihhhh. Tapi nk buat mcm mana dah memang wajib ke sana so redahkan aje la. Saya almost give up then bila baca blog saudara ni rasa spirit tu dtg balik. Thanks for sharing.

Kopiah Senget said...

Saudari Sheema Hasan & Nur Shazwani:

Terima kasih berkunjung ke blog KS. All the best for your journey!

Atikah Ibrahim said...

salam. nak tanye, kalau graduate from UK and nak sambung master in US, perlu IELTS tak? :)

Kopiah Senget said...


Atikah; rujuk syarat kemasukan univ yang saudari apply. tanya graduate school.

Anonymous said...

Salam, sy akan ambil phd di canada dan akan pergi seorang (perempuan). ada apa2 nasihat?hehe

keselamatan n pakai tudung xde masalah kan kat sana?