Sunday, January 11, 2009

Palestine; realiti tetapi hanya ilusi di mata

[NaqibNet Diskusi] Palestin isu sejagat sepanjang zaman‏
From: sepang-net@yahoogroups.com on behalf of Ahmad.Z.Abdullah@gmail.com
Sent: Monday, 12 Jan, 2009 3: 48 AM
To: JIM Sepang (sepang-net@yahoogroups.com); Abg Long (BAEM001@YAHOO.COM); Ahmad Zaki Ahmad Z (matz1990@yahoo.com); mohd_tamizi@skype JIE (tamizi.abdullah@gmail.com)
--------------------------------------------------------------------------------
From: Wan Hasbullah
Date: Sat, 10 Jan 2009 23:43:44 +0800
To: jimpp; nnd
Subject: [NaqibNet Diskusi] Palestin isu sejagat sepanjang zaman


Assalamu 'alaikum,

Kita menyaksikan peristiwa di Palestin dari jauh secara dari ukuran kilometer. Tetapi ianya amat dekat dengan kehidupan. Ianya adalah "jelmaan" kebenaran apa yang termaktub dalam Al-Quran betapa besarnya permusuhan mereka dengan orang yang tunduk, Islam kepada Allah. Oleh itu peristiwa ini patut menjadikan lebih takut dan berharap kepada Allah. Atas lisan nabiNya yang menyatakan tetap akan ada segolongan yang sentiasa memperjuangkan kebenaran Islam, dan mereka tidak akan dikalahkan selain dari apa yang telah Allah tetapkan...

Ya Allah tetapkanlah kebaikan untuk kami tetapkan keimanan kami, tetapkan pendirian kami untuk Mu dan kerana Mu peliharakan kami dari azab neraka. Cuma kita merasa keberatan, pilu dengan kehilangan nyawa yang banyak. Ya Allah berikanlah kebaikan untuk kami dari kejadian ini. Terimalah nyawa yang telah pergi sebagai syuhada.
Walaupun mereka mati di kediaman mereka. Ya Allah mereka menyerang kami dikala ekonomi menjunam bengkrapkanlah mereka, putuskanlah sekutu-sekutu mereka yang terang-terangan dan yang berpura-pura.

Takziah untuk orang Palestin dan kita semua. Pertembungan di Palestin adalah pertembungan dengan musuh kemanusiaan, penuh dengan pembohongan, takbur dari kebenaran, memperlekehkan undang-undang keadilan. Jangan kita terpedaya apabila mereka cuba pisahkan umat Islam dari kemanusiaan. Orang Palestine bukan semuanya Islam fakta yang mahu disembunyikan hinggakan orang Islam pun lebih selesa dengan masjidil aqsa. Adakah kerana bangunannya?

Tidak! sepatutnya kerana "manusianya" yang memakmurkan rumah-rumah Allah. Orang barat lebih lagilah tertipu, mereka menggambarkan episod Palestin adalah masalah orang Islam. Seterusnya dipecah belahkan lagi Arab dari Islam. Itu masalah orang Arab. Tidak setakat itu sahaja dikeluarkan pula orang Palestin dari orang Arab. Itu masalah orang Palestin. Lebih jauh lagi dipisahkan Hamas dengan Fatah. Jangan kita termakan dengan dasar pecah-belah sebegini. Orang Palestin adalah mangsa keadaan, mereka diserang tanpa mengira kepercayaan. Tetapi Allah menjadikan Islam dan ummatnya terkehadapan memimpin manusia. Gaza menjadi benteng sejagat dari kemaraan suatu kaum yang tidak mengenal nilai kemanusiaan dan tidak mengendahkan Tuhan. Mereka mempertahankan seluruh umat manusia. Tidak ada keraguan untuk menyokongnya.

Kita tidak ridha bersekutu dengan kepura-puraan, pembohongan dan penindasan. Jika bencana ini berpanjangan kebenaran akan berpisah dari kepura-puraan. Kita yakin orang Palestin tidak akan terpisah dari Hamas, tetapi Amerika Syarikat mungkin hilang kesyarikatannya, Mesir mungkin akan jatuh. Hanya Allah lebih tahu apakah kebenaran dan kepura-puraan akan berpecah merentasi banyak negara-negara.

Wahai yang Maha berkat di tangan Engkaulah kerajaan Engkau lah yang berkuasa atas segala-galanyanya berkatilah kami dan pejuang di Palestin

Demi keadilan, maupun kerana muslihat pihak bersekutu, kedamaian perlu disegerakan. Jadi apa sahaja kesudahan, Islam sentiasa menang. Allahu akbar!
Tahniah Hamas yang mewakili Islam!

Wahai tuhan kami janganlah engkau bebankan kami sepertimana Engkau bebankan umat-umat yang sebelum kami.

Hari kiamat tidak akan datang sehinggalah orang Islam berperang dengan Yahudi dan batu-batu boleh bercakap....
Sedarkah anda talifon bimbit sekarang pejal dan berat seperti batu Dan ada syarikat yang mengunakan teknologi hablur untuk menghasilkan bunyi? Hablur atau kristal boleh dikira sebagai batu. Teknologi nano akan menyemarakkan perkara ini. Setakat ini belum nampak orang Islam menguasai teknologi sebegini. Mungkin hanya impian, sedangkan barang-barang sedemikian sudah ada di pasaran dan banyaknya kilang-kilang yang membuatnya di serata dunia.

Hanya Allah lebih mengetahui apa yang akan terlaksana pada masa hadapan.

Mungkin orang terasa amat malu mengemis dengan tuhan, mahu meminta itu dan ini tanpa mahu berusaha dan beramal, jadi ia lupakan sahaja. Hinggalah tersepit dipohon juga.

Wan Hasbullah