Friday, August 8, 2008

Tangan Mencatat Di Bumi, Jiwa Mendongak Ke Langit

Pena Jujur Bukan Pedang

Si ZalimPena yang amanah bukan seperti pedang si zalim yang mencederakan sesiapa sahaja yang dibencinya. Pena yang amanah bagaikan pedang keadilan yang hanya menghukum yang zalim dan mempertahankan yang benar.
Pedang si zalim amat berbeza dengan pedang perwira yang soleh. Pedang si zalim tidak pelu bertanya tentang salah dan bukti untuk ia menebas seterusnya. Dia hanya perlu tahu siapa yang ada di hadapannya? Orang yang dia suka atau yang dia benci.

Sesiapa yang dibenci, maka dia dihukum walaupun dosanya tidak terbukti, atau kadar dosa itu belum cukup untuk dia dihukum demikian rupa. Ini bercanggah dengan arahan Allah dalam

Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Penulis Bukan Pelacur

Pena yang menulis atas kehendak orang lain sedangkan empunya tahu apa yang ditulis itu meminggirkan hakikat kebenaran sebenarnya adalah ‘pena lacur’. Seperti seorang pelacur yang memperalatkan tubuh dan rupanya untuk memuaskan nafsu orang lain atas upahan yang dijanji atau diharapkan, demikian penulis yang memperalatkan kebolehannya mengatur rangkap ayat dan bahasa demi memuaskan kehendak orang lain kerana mengharapkan sesuatu. Allah mengutuk Ahl al-Kitab disebabkan mereka menyelewengkan fakta kitab-kitab Allah kerana mengharapkan habuan dunia.

Firman Allah:(maksudnya) : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah: 79).

Baca seterusnya disini... http://drmaza.com/home/?p=358#more-358