Wednesday, February 25, 2009

Pelepah Pisang Tua

Kedegilan tidak pernah padam!
Padaku ia adalah sifat semula jadi manusia yang tidak akan hilang.
Kedegilan haruslah untuk kebaikan ku dan juga orang lain
Aku masih muda!
Kudrat aku kuat...
Aku tidak perlu kerusi roda untuk bersaie’ keliling menelaah dan menimba ilmu!
Degilnya aku kadang membawa tujuan kerosakkan.
Akal dan agama pembatas segalanya.



Seperti pelepah pisang tua. Degil jua.
Ditarik tarik hujung daunnya, tidak juga mahu juga terlepas dari pangkalnya.
Diragut kasar, rosak seluruh pokok. Mati hatinya.
Hatta, dibiarkan saja layu dan reput keliling batang pokok pisang.
Tidak ada kebaikkan kah? Sudah pasti ada....

Ironinya, tidak cantik dilihat. Bersemak. Tidak terurus.
Kalau ada sifat degil yang membawa kerosakkan, buat apa simpan!
Jangan ditinggalkan tua dah liat untuk dibuang
Baik cantas saja pelepah pisang yang degil itu
Cantaslah sebelum ia kering dan liat untuk dibuang
Pepohon pisang yang segar tumbuh di kebun
Biar cantik dilihat, tenang hati mata memandang

Yang dicari bukan daunnya, tetapi buahnya.
Degilnya pelepah pisang tua ada juga hasilnya.
Degil manusia?

Safar 30, 1430H | Rabu, 25 Februari 2009