Thursday, September 22, 2011

Lawak F1

Do you think is funny enough? KS akan lari tak cukup tanah kot! hahaha


Friday, September 9, 2011

Broga Hill


Travel kali ini KS ke Bukit Broga di Semenyih sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Tujuan utama trip kali ini tidak lain tak bukan untuk menikmati suasa puncak bukit yang sungguh mengasyikkan. Ewaaah... Hehe Truely the view was really nice...

Travel ke Broga Hill ni kira-kira dalam 6 bulan yang lepas tika KS masih di Malaysia hehe. KS join kawan bersama-sama Mr. Kelly, Ms Fazlin, Ms Mas and Ms Dilla. Rasanya Bukit Broga is a private place dimana kawasan ini dikelilingi kawasan tanaman kelapa sawit. 

 Actually we do the hiking only 1.7KM against gravity!
 
0500
KS bersama2 kwn yg lain mula bergerak seawal jam 5am, subuh pun belum!! Dan smpai di sana dalam waktu subuh juga laaa. Usai solat Subuh di dalam ladang sawit... kira-kira jam 610am kami mula bergerak mendaki. Suasana panas di awal pagi cukup menghairankan tidak seperti yang dijangka. Apa lagi... Jaket yang dibawa terpaksalah ditanggalkan!

Detik mendaki

Berbantukan cahaya touch light KS dan yang lain menelusuri denai yang telah sekian lama terbina dek lebukkan orang ramai yang selalu naik ke bukit ini. Laluan agak sempit dengan lurah2 yang agak dalam di tepi kiri dan kanan. Mana tidak takut andai tergelincir tengah2 hutan begini ambulance mana mau naik ke kaki bukit yang tak lah tinggi mana sekadar 400 meter dari aras laut.

0715
Tak sampai sejam mendaki kami pun sampai lah ke puncak pertama. Fuh memang perang psycologi betul l nak smapi puncak begini. Bukan senang juga la... agak penat dan sangat baik untuk exercise memanjat. 
Berjalan-jalan 2-3 jam di sana sebelum matahari sempat memanaskan puncak bukit. Tak lama kerna majoriti tak tahan panas dan takot jadi HITAM! Haha
 
Tekap laluan







Tips untuk mendaki adalah ;

1. Jangan melihat ke atas ketika mendaki. Lihat ke tempat yang akan dipijak. Ini sebagai psycologi untuk tidak mudah putus asa kerna melihat ketinggian yang harus ditempuh.

2. Pakai kasut terbaik untuk mendaki. Seeloknya kasut yang khas untuk mendaki yang ada track. Kalau tak, boleh tergelicir! Kalau lah BATA boleh buat kasut berkualiti sikit untuk mendaki, ini tak tak sampai sebulan, dah terkopek tapak kasut! Pengalaman KS mendaki... haha

3. Bawa minuman secukupnya kerna kebiasaannya di puncak tiada sumber air. Walaupun berat tp cuba bawa dlm botol kecil untuk share berat dengan  rakan yang lain. Selain itu boleh bawa eneegy bar. Mmg sedaaaappp ketika lapar! 

Enjoy the moment and snap a lot of pictures! Not too bad nak try aktiviti lasak semacam mendaki Bukit Broga!




Someone left his a broken and wet loose shoes! hehe

Monday, August 22, 2011

Tazkirah

Bagi seorang isteri kena mendahului suaminya, kemudian ibu bapa mertuanya barulah ibu bapa sendiri & ramai suami masuk neraka kerana melebihkan isteri dari ibu sendiri....
Salam Ramadhan, 2011

Thursday, July 7, 2011

Bersih Vs Kotor

Road closure on Friday nite onwards..

- Lebuh Ampang
- KLCC
- Bank Negara
- Dataran Merdeka
- Sogo
- Chow Kit
- Menara Sultan Ismail
- Masjid Negara
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Ipoh
- Sentul
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan P.Ramlee
- Jalan Bandar
- Subang Jaya ( Near Segi )
- Sunway Pyramid and Subang Parade
- The Federal Highway
- LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
- The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan

PS: Kepada sesiapa yang kerja or ada urusan di KL baik amik LRT or Komuter. Tu pun sure sesak kat KL nnt.

Apa2 pun KS berharap tak ada apa2 yang diingini berlaku.

Tuesday, July 5, 2011

Halal Zabiha in Canada

The mass production of chicken product in Canada and export to USA too. Alhamdulillah... very advance technology!


Thursday, June 23, 2011

Gold vs Crude Oil


Tuesday, May 24, 2011

Renungan

Kita undur selangkah ke belakang, untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan. Merenung kesilapan dan kesalahan silam, betapa dungunya dan terburu-burunya sikap kita yang selalunya sangat merugikan

Thursday, March 17, 2011

Lunch Box

Assalamualaikum

Kanak-kanak

1. Lama juga KS tak menjengah masuk ke laman blog ini. Kali ini KS ingin membicarakan berkenaan dengan budaya yang kita pernah ada suatu ketika dahulu terutamanya semasa peringkat sekolah rendah, yakni budaya membawa bekal ke sekolah atau dalam bahasa omputeh; "Lunch Box".

2. KS rasa budaya ini perlu diwujudkan kembali kerana banyak faedah yang diperoleh. Antaranya, tentu sekali jika ada anak bersekolah, boleh menjimatkan wang belanja sekolah anak-anak terutamanya bagi keluarga yang kurang berkemampuan. Secara tak langsung boleh la membantu menjimatkan wang saku si ayah untuk menampung belanja sekeluarga.

3. Selain itu, orang kata ada keberkatan dalam makanan yang kita makan!. KS percaya, secara rohaninya mmg ada kesan. We on what we eat!. Jatidiri kita terbentuk daripada pemakanan yang sihat. Ewah KS bukan dietation yeeerrr.... Apa2 pun, elok lah begitu jika tidak mana lah kita tahu tahap keberkatan dan kesucian makanan yang kita beli di luar. Halal ke tidak. Bersih ke kotor. Sumber bahan mentah masakan dari mana? Semua persoalan tersebut adalah asas kepada pemilihan makanan. Oleh yang demikian, eloklah bawa bekal dari rumah.

Antara contoh2 decoration lunch box untuk menarik perhatian kanan-kanak untuk makan.
 Cute Lunch BOX


 Adult
4. Haaa... kata orang, bawa bekal itu untuk budak2 sahaja. Eh iyer ke???? Sekadar perkongsian, semasa KS di belajar di Nebraska, USA 2 tahun lepas, budaya membawa lunch box ini adalah perkara biasa. " Oh.. today I got a lunch box from my wife... a cup of rice and nice fish curry.... so I have to make sure at the evening I have to return it with empty box" and we just give him an honor and smile at him.... Itu kata-kata seorang Professor tika sama-sama lunch di pantry. So, tidak salah jika orang dewasa bawa bekal untuk ke tempat kerja. Namun begitu, makanan yang dibawa haruslah sederhana dan senang untuk di makan. Pilihan lelaki selalunya begitu! hahah tips untuk golongan hawa... Apatah lagi jika makanan yang di buat sendiri oleh isteri habis sehingga menjilat jari....

5. Isteri KS ada menyediakan masakan untuk dinner: Olio Spagetti katanya... Bukan main sedap lagi... so apa lagi... dia pun tapaukan lah bawa ke office...


Alhamdulillah, kenyang. Moga-moga berkat air tangan isteri memudahkan kerja harian di pejabat.

Wednesday, February 23, 2011

How to format your PC/Laptop


Before format, save all your important file in backup hardisk such as external drive or in current partition d hard drive

1. Switch on PC, quickly press f2
2. Go to setup page, and choose boot PC
3. Press "Esc" . And  click save setup
4. Insert window XP/Vista/7 CD and reboot the PC
5. The system will boot from the CD
6. Just leave the system, until it ask which partition to format
7. Choose  drive ‘c’.
8. Choose “quick NTFS system” for formating
9. Let the system reboot itsef
10. Don’t press anything, let the system format itself
11. When the system ask for key. Insert key number of window XP/Vista/7, usually include with the CD
12. After format, install all your PC driver. 

Rule of thumb.
- download all the hardware program from the internet when its necessary. Especially for the wireless. Without wireless, you cannot access the internet as well as the hardware program. 

All the best


CREDIT: Mr. Abd Hafiz Abd Majid


Monday, January 31, 2011

Surat Cinta

Suami ku yang disayangi,


Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya. 

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.


Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.


Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?


Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.


Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api! 

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu!
Amin. 

Pahrol.Mohammad.Juoi

Friday, January 28, 2011

Monday, January 3, 2011