Saturday, September 20, 2008

Catatan Ramadhan #3: Fasa baru berpuasa

Ramadhan sudah memasuki fasa terakhir dan akan melalui sepuluh malam terakhir. Dan sudah pasti ramai umat Islam tidak melepaskan peluang sebegini untuk mencari keredhaNya serta mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan; malam lailatul qadar. Kendatipun, aku masih tercari-cari dimana aku harus memulakan cara baru berpuasa ditempat orang. Salah satu cara mengisi ‘kebusanan’ berbuka puasa kesorangan di aparment! majlis berbuka puasa beramai-ramai adalah salah satu aktiviti tetap di hujung minggu dikala tidak sibuk dengan kelas dan tugasan harian.



Berbuka di masjid

Hampir setiap minggu aku berkunjung ke masjid di Lincoln yang terletak agak pendalaman kira-kira 12km dari campus. Dengan bantuan sahabat baik yang juga dari Malaysia, brother Hafiz dan juga Izza serta 2 orang lagi kawan dari Pakistan kami berkunjung ke masjid untuk berbuka bersama-sama jemaah muslim yang lain. Memang meriah berbuka di sana. Jika nak dikira tentang makanan memang bermacam-macam dapat makan dari kari, sup nasi dan kuih serta kek (macam-macam rupa bentuk dan rasa) yang tak pernah nampak. Ibarat kata, tidak ada menu sebaik di bulan Ramadhan!

Dalam masa begini, masing-masing ada punya giliran untuk membawa juadah untuk jemaah berbuka puasa di masjid. Menu dari Sudan, Arab Saudi, Pakistan dan macam-macam lagi juadah. Bercakap tentang makanan, sebenarnya ia juga sebahagian daripada ujian di bulan puasa. Nafsu makan akan mengawal diri seandai tidak dapat dikawal dengan seadanya. Ada kala orang bujang macam aku ni makan banyak juga tapi masih lagi dalam sederhana! Kot kot nanti susah nak bersolat tarawikh pula! Alhamdulillah ada yang sudi menyediakan juadah yang begitu sedap. Buat pengetahuan, setiap hari iftar akan diadakan sepanjang ramadhan.

Aku rasa kalau bukan bulan puasa, jauh sekali untuk aku merasai juadah makanan dari pelbagai bangsa ini! Memang menarik bukan? Itulah istimewanya Islam. Islam untuk semua. Islam sesuai untuk semua bangsa. Islam mengeratkan tali persaudaraan sesama manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan juga keturunan. Di sini, boleh dikatakan ramai kalangan mereka adalah daripada Sudan, dan juga dari negara arab yang lain. Mereka sudah lama berhijrah disini dah bekerja di sini tidak ketinggalan juga yang menjadi pelajar.

Jazzakumullah hu khairan kathiran Ya Ashgar

Hari ini brother Yusof ada membuat pengunguman bahwa salah seorang jemaah akan pulang ke kampung halaman. Beliau adalah saudara Asghar dari India. Begitulah keprihatianan yang diberikan kepada muslim terhadap muslim yang lain. Harusnya kita selalu mengambil berat sesama islam. Brother Asghar akan pulang ke India setelah agak lama menetap di Lincoln dah antara paling aktif berbakti kepada masjid di sini. Memegang jawatan sebagai Treasurer berjaya menghidupkan suasana meriah dalam masjid.

Aku juga merasai keikhlasan beliau untuk mencari sumber-sumber kewangan untuk membantu masjid termasuklah menjual juadah makanan tengahari setiap kali selesai solat Jumaat hanya semurah 3dollar untuk nasi lauk ayam serta sayur ketika bulan sebelum bulan puasa. Bagi aku memang murah! Aku juga selalu membeli dikala malas untuk masak tengahari. Itulah jasa dia yang pada aku amat dikagumi. Dedikasinya kepada masjid menjadi panduan kepadaku. Sebagai seorang muslim, perpisahan kerana Allah adalah sebaik-baik perpisahan. Aku serta jemaah yang lain memeluk memberikan sokongan moral terakhir kepadanya dan juga mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan jasa yang telah dicurahkan.

Terasa jua perasaan sebak dan memang itu adalah lumrah manusia semasa perpisahan sebagai tanda keikhlasan persahabatan. Persahabatan dan pertemuan yang singkat membawa seribu makna untuk aku di sini. Semoga jasa dan baktimu dibalas setimpal olehNya. Aminn....

Jazzakumullah hu khairan kathiran Ya Ashgar!

4 comments:

JustAgurlzNotAprincess said...

selalunyer kt masjid tu bbuke ramai2 cm masjid kite gaks ke?
makin ensem kwn aku neh

Anonymous said...

Hi Cik Ita! aha kalu berbuka kat masjid memang meriah, ramai teman dan kawan2 baru leh solat jamaah sama2 gak plus makanan sume international... hari2 berbeza. aku takyah nk masak lar hehe senang

JustAgurlzNotAprincess said...

hahaha..ko mmg agak pemalas...
ble ko nk masakkan tuk aku zie..dr dulu aku ttunggu2...waaaa.

Anonymous said...

Wahai cik ita! hehe aku busy ngan kelas n homework lar plus de Xam lak tuh... huhu tak dan nk kejar masa nk masak... makan as simple as i can! hehe masak grand2 hujung minggu jek lar..
MAsak tuk ko? hahhaha well tu lar dulu tak nk tempah awal2 hehe aku masak pun bukan sedap, just campak2 jek weh hahhaha