Aku masih mencari, masih jua mencari dan berusaha
Jika aku mampu menemui malam yang satu itu
Pelbagai dugaan yang mendatang untuk aku berjumpa malam yang satu itu
Tidak semudah yang disangkakan...
Kata mereka yang terdahulu, malam itu lebih baik daripada seribu bulan!
Apakah aku benar-benar pasti?
Pada malam itu akan turun si malaikat Jibrail dengan izin ya Rab
Membawa bersama segala macam perkara
Yakni takdir manusia manusia
Padanya takdir manusia akan ditetapkan
Demi malam yang kegelapan yang menyelubingi pelusuk alam
Apakah aku mampu berjumpa dengan takdir aku?
Itulah doa aku untuk berjumpa malam yang satu itu.
Moga takdir hidup aku berubah.
Jika dia mahu aku kembali kepadaNya, mungkin aku tidak lagi bersedia.
Bisikan bacaan surah Al-Qadr menyulam kerinduan aku padaNya
Mengharapkan harapan yang tidak pasti.
Pesan Baginda s.a.w!
“Dan bersungguh-sungguhlah kamu pada malam sepuluh yang terakhir!”
Sejahtera lah malam yang berkat itu sehingga terbih fajar
Aku adalah antara yang rugi jika aku tidak menemuinya!
Tidak pasti adakah aku akan berjumpa dengan satu malam itu
Mungkin tidak pada Ramadhan yang akan datang...
5 comments:
Samalah..harap dapat malam nan satu tue..amin.
sy pun sedang mencari malam yg satu itu...hehe
To kak natrah and sesacun!
Sama-sama mencari malam yang satu itu, yang penuh dengan keberkatan... tapi kadang-kadang tak tahan dengan pelbagai dugaan mendatang... kene banyak bersabar nih.
malam itu akan ditemui oleh hamba yang selalu menemuiNYA....InsyaALLAH..harap kita semua tergolong dalam golongan tersebut...aminnn
hi Balkis
Dah nk abis Ramadhan nih... hehe
Nak masuk bulan lain pun ada gak hehe harap berpuasa dengan tenang..
Post a Comment