Tuesday, October 21, 2008

Picnic at Mahoney Park & Tour de Omaha



Aku telah berjaya sampai di Mahoney Park setelah 45 minit perjalanan ditambah dengan kesesatan kami mencari jalan sebenar. Alangkah bagusnya jika dapat dicari GPS. Tapi kekadang, sesat itu bagus, membuka ruang minda yang lebih luas untuk kenal tempat orang! So at least Fall break telah diisi dgn sesuatu yang bermanfaat, dapat juga release strees belajar.



Haaah, ada kuda! aku tidak lepaskan peluang untuk mencuba menunggang. Wah mmg berbaloi tapi waktu pagi tu kuda agak malas untuk berjalan dan berlari... tapi dah lama-lama Flash dah kenal aku. So mkg dia suka style aku menunggang dibelakangnya walaupun punggung aku terasa amat sakit kerna duduk dia atas para yang beralaskan plastik keras dan juga tali kulit. Lama juga aku menunggang, kira-kira dalam 40 minit berjalan dan seketika berlari-lari di dalam hutan kecil... Lepas jua gian aku nak menunggang kuda sejak di UPM lagi.





Usai sudah berkuda dan mkn tghari, aku terus berjalan-jalan sekitar park, memang cantik ditambah lagi ramalan cuaca mmg tepat mengatakan cuaca mengizinkan aku untuk berpicnic. Aku berehat sebentar di Owen Marina. Memang cantik taman air begini, ada angsa berenang-renang. Sempat lagi aku berangan-angan untuk memiliki kawasan sebegini dan akan ku buat mahligai klasik rumah melayu terapung. Akan menjadi kenyataan suatu hari nanti... hahaha lawak juga!



Kemudian aku cuba menguji tahap kegayatan aku menaiki menara kira-kira 100meter... ditambah dengan angin bertiup kencang... memang menguji aku! Budak2 kecil dengan selamba berlari-lari anak sekeliling tower ini. Aku kejelesan...Baik aku duduk menikmati pemandangan...(bukan duk skodeng org kat bwah! hahhaha).



Sebelum senja, aku membakar ayam. Wah memang sedap resipi wife Hafiz! aku just memangang aje then makan hehe. Petang itu aku menikmati, nikmat ayam bbq bersama-sama hafiz&Izza. So, puas hati juga aku berjalan-jalan sehariaan. Aku tidur lambat tonton movie kelakar di TV dan menelepon kawan baik aku untuk berborak. Kesian...(hanya mereka berkenaan yg tahu)

Keesokkannya, aku bertolak ke Omaha, kira-kira dalam 40 miles dari park atau dalam sejam berjalanan. Kali ini kami sesat lagi. Map dari google map tak membantu kami waktu itu. Teknik redah memang membuahkan hasil dan akhirnya jumpa jua kedai Asian Market. Apa lagi, aku borang sakan la... sempat membeli setin besar Milo, santan, meggi dr Indon, dan semua yang halal dimakan... hahaha Untuk Milo, harga macam harga Malaysia tapi dalam nilai USD. Aku tidak kisah, bukan senang nak jumpa Milo kat USA!



Kemudian kami membuat keputusan untuk ke Old Market: downtown of the Omaha, NE. Memang tempat ini amat klasik ditambah dengan suasan yang agak janggal bg aku org asing. Pasti suasana waktu malam amat mengkagumkan. Aku tak tahu dah berapa lama bangunan ini berdiri tegak disini. Rekabentuknya sedikit unik.



Banyak juga gambar2 yang aku ambil dan aku teringat salah satu kedai baju kulit! memang cantik baju2 dalam kedai tu, tapi harga pun cantik juga la. Paling minumum baju yang aku tengok 59.99USD. Itupun baju kulit yang aku perhatikan macam dah diperbuat dengan fiber atau kulit tiruan. Yang paling mahal aku jumpa 4999USD dan mkg ada lagi... Gamaknye, tak makan selama setahun la kalau aku beli baju ni. Kalau diikutkan mau juga aku just swiped je credit card aku untuk sehelai jaket kulit berjenama Overland.



Friday, October 10, 2008

Cinta Hakiki



Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki

Hanya untuk Tuhan Yang Esa
Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah

Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti
Kehadiran hambaNya

Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Thursday, October 9, 2008

Musuhku dalam selimut!

Aku rasa pelik kenapa aku rasa penat, kinda tak cukup tidor, even SV aku tegur aku tampak muka aku memang penat...Ya, memang aku penat... Sudah 3 minggu aku begini, tak lena tidor. Kadang-kadang aku bangkit dari tidor di tengah-tengah pagi hari, dikala orang lena tidur. Bangkit waktu pagi, kaki aku kemerahan, ada bintik-bintik merah on my foot, oh on my hand too. What happen? Asked my self... maybe I was bitten by mosqitos...1st time, dibiarkan saja. Alas, it’s not logic! Even I didn't see even single mosqitous in my apartment.

Then, couple days ago, I committed that I don't want to sleep early. At the same time need to revise the take home test that I made for final check. I was bitten again. At that time I am I struggle on the carpet and on my foot... what was makes me so awful. I put my eyes at every inch on the carpet. Unfortunately, I didn't find him... "Nanti kau! aku cari sampai ke lubang cacing!".

Bangun keesokkanya aku rasa gatal di kaki, memang pelik bagi aku. Tidak pernah rasa begini. Terkejut juga aku tika melihat di selimut ada tompokan-tompokan kecil darah di atas selimut. Seolah-olah nyamuk yang mati kekenyangan dihempap kaki aku yang buas tidor di malam hari...Apakah ini?Arrghh...pedulikan. Terus aku capai towel mandi bersiap untuk ke kelas dan kebetulan aku lupa ade test pagi itu. Aduh! Suhaizi! what happen to you! boleh pula engkau ni lupa de class test....But, Alhamdulillah I did well on this test; my 1st test on machine design which the most interesting subject for me.

Ok, now berbalik kepada kisah 'musuh' aku ini. Malam ini aku berbuat perkara yang sama. Dikala merasa rimas aku mencari dan aku terkejut besar! Binatang apakah ini? ooh engkau lah yang jadi musuh aku dalam selimut dikala aku nyenyak tidor... kecil, berwarna keperangan, berkaki enam. Mau teka? Fuh, tak cukup dengan itu. Aku nekad mencari seisi keluarganya. Dendam aku memang tak kesudahan. Seketika, aku hilang sabar dan sempat juga menyebut namaNya dikala terjumpa binatang ini. Banyak betul anak pinak dia. Dari sekecil-kecil biji sawi malah lebih kecil dari itu dan sehinggalah sebesar 3mm. Specific aku boleh bagi ukuran badan binatang ini bg yang agak dewasa. Rumahnya di bawah carpet. Bayangkan operasi malam itu, nasih baik mata aku superpower lagi. Boleh tengok benda-benda kecil sebegini. Malam tu juga aku nekad mengumpul binatang penghisap darah muda aku ini sekadar yang termampu namun beberapa ekor sahaja yang aku dapat.

Sepanjang pengalaman aku, jika sekadar pacat or lintah di kampung boleh sahaja aku handle, tapi yang ini! yang menggangu tidor aku!SORRY...Aku mengumpul semua anak, bapak or emak2 nyek sekali dalam gelas kaca aku. Memang perancangan aku dari awal aku mahu berikan sample binatang penghisap darah ini kepada Hafiz. Dia pakar dalam bidang entemology; kajian serangga dan pesticide. Mungkin dia boleh jadikan penemuan aku ini sebagai tajuk project dia! hehe Boleh aku rujuk dari dia. Dari pemerhatian aku, binatang ini tidak ada sayap. PELIK! macam mana boleh hinggap ke kaki aku or badan aku juga! Ada sensor kah?

I google it as pesticide on human! WHATTTTSSS.. I'm totally surprise. I found him in the website. Ok, now I know him very well after do some reading. Well, now I need to think how to remove or kill these little guys from my bed room. Hope I will find out soon.

Leave me alone tonight. Salam perkenalan wahai musuhku; Bed Bugs.

Monday, October 6, 2008

Nightmare...

This morning, I was checking my balance on my acc. in the bank and suddently I lost 79buck easyly.Oh my Goshh... What happend? Is it the intenet fround on my credit card? Where is my 79buck? Kinda panic for one sec. It shows that I was paid for something from Amazon AMZ*Prime Club??? I’ve been charged $79 for something I don’t remember that I asked for either.

Whatss....I am really forgotten what kind of transaction that I have been made with Amazon.

So, I google it in the web and find the very helpful note. I'm not alone! They mention that they want sue Amazon! By the way, IF you have a same problem just follow this step. I got it from somebody....

1 SIMPLY, go to

https://www.amazon.com/gp/subs/primeclub/account/homepage.html.

and click cancel account. DONE! You will get your refund in 2-3 days if you didn’t make any Amazon prime purchase in the period you have been automatically enrolled to the Amazon Prime.

2. You can CALL the number: (I suggest this)

+1(866)557 2820

(I called the number using Skype, more faster)

Press 7

They will ask you, your email address,name and current address and request that the Amazon Prime membership be cancelled and your $79 be refunded soon. They will refund me my money back! Crazy!

PS:
You’ll have your money back. So next time, DONT rely much on internet banking and be carefull when buying something in the internet. NOW what I did is I delete my credit card number in my acc. so that it will not be saved automatically in the accoount.

BEWARE!!!

Monday, September 29, 2008

1 Syawal yang dinantikan



Ramadhan akan melabuhkan tirainya, dan bermulalah bulan baru bg umat Islam; Syawal yang pasti dinantikan semua umat islam. Pasti tak lain tak bukan untuk merayakan Eidulfitri. Tahun ini adalah pertama kali dalam hidup aku beraya berjauhan dengan keluarga tercinta.

Apakan daya! Inilah adat perantau dan belajar di negara orang yang harus aku bayar! Dan ia sebenarnya sebuah pengorbanan! Yang nyata aku tak kesorangan di sini. Ramai lagi Malaysian di USA dan masing-masing sudah pasti merindui keluarga di Malaysia. So, aku kira bersyukur juga lar, mungkin ada lagi yang bernasib malang dari aku. Alhamdulillah akan segala nikmat kurniaNya.

Hari Raya akan jatuh pada hari Rabu, Sept 1, 2008 (hmpir genap 8 bulan aku di USA)... tapi aku ada kelas pagi tu seawal jam 8 dah kena ada di jabatan. Apakan daya... Minggu ini sarat dengan tugasan dan juga Lab plus EXAMs!!! Entah lar mungkin aku boleh meminta izin keluar awal pagi Rabu ini untuk bersolat hari raya bersama-sama Bro Hafiz dan juga rakan muslim yang lain.

Baju melayu baru tidak lagi tergosok!Songkok? sampin adakah? Ermm... itulah keadaannya kalau keadaan di kampung halaman dan tidak di sini. Agaknya macam mana yek berhari raya di tempat orang?

/A.Suhaizi, NE. 0145am