Friday, August 22, 2008

Merdeka vs Suaka Politik

Merdeka vs suaka politik

Apa erti kemerdekaan? Lakonan? Retorik? Atau omong-omong kosong untuk mendapatkan suaka politik?

Awal tahun lepas aku ada menyertai satu program anjuran Malaysian Student Association of Nebraska University (NUMSA). Diamanahkan sebagai memegang watak pelakon atas pentas sebagai Tunku Abdul Rahman. Watak simple tapi amat penting kerna akan memberikan impak yang besar dalam keseluruhan program pada Malam Malaysia pada waktu itu.
Keseluruhannya, tampak memang mendapat tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar luar mahupun pelajar Malaysia sendiri ditambah lagi dengan pelbagai adegan lucu kawan-kawan Malaysia yang lain. Namun jauh disudut hatiku, aku tidak merasa semangat yang berkobar-kobar melaungkan ‘merdeka’ pada ketika itu. Ataukah pada ketika itu aku hanya berlakon?

Pada hakikatnya, Merdeka disambut dengan meriah sebagai luahan hati masyarakat majmuk yang hidup aman sentosa, menikmati pelbagai nikmatNya kepada bumi Malaysia. Hari yang diraikan sebagai menghargai keamanan yang kita ada, yang kita kecapi selama ini mahupun yang lepas. Tidak ketinggalan suaka politik juga ditunjukkan dengan memaparkan kehebatan pemimpin-pemimpin Melayu daripada UMNO yang secara tradisinya menguasai pemerintahan Malaysia. Namun kini, semua seakan-akan terbuku di hati. Masing-masing tidak lagi termampu terluah perasaan yang dapat digambarkan mengenai kekecewaan terhadap kepimpinan. INGAT! Merdeka bukan medan untuk meraikan kehebatan pemimpin, tetapi yang lebih utama adalah kepada nikmat hidup yang dikecapi di Malaysia.

Sekarang Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang kali ke 51 dalam masa tidak kurang 10 hari lagi. Tidak nampak publisiti yang dimainkan oleh saluran – saluran TV tempatan mahupun media massa. Tidak seperti tahun lepas yang kali ke-50, gilang gemilang. Aku dapat merasakan suasana muram di Malaysia. Tika membaca blog Tun Mahathir, ada bloggers mencadangkan menterbalikkan bendera Malaysia pada saat kita merasa kesuraman tersebut akibat rasa tidak puas hati rakyat dengan pelbagai isu yang melanda Malaysia pada masa kini. Aku merasakan tidak tepat untuk berbuat demikian. Nyata, tulisan beliau ingin ingin ditujukan kepada corak pemerintahan Pak Lah yang merundum popularitinya. Bahkan Pak Lah jualah pilihan hati beliau semasa pelepasan kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama.

Nak marahkan nyamuk, janganlah kelambu dibakar!. Itu perumpamaan turun temurun masyarakat Melayu. Janganlah disebabkan Pak Lah kita menunjukkan sikap seanak-anakkan dengan menterbalikkan bendera Malaysia. Malu pada orang lain. Kalau marahkan Pak Lah, apa kata terbalikkan aja potret Pak Lah sebagai tanda protes? Bukankah itu lebih adil daripada menggadai maruah negara yang kita sayangi?

“Saya akan sambut Hari Merdeka tetapi tidak seperti 50 sambutan yang terdahulu. Sesuatu sudah hilang daripada makna kemerdekaan. Mulut sudah ditutup dan apa yang ada dalam hati tinggal tertambat, tidak boleh diluahkan….” Tun Mahathir.

Itu sebahagian kata-kata kecewa Tun. Bagiku membina tamadun bukan boleh dibuat dalam masa yang singkat! Tamadun Islam pada zaman Empayar Uthmaniah, Empayar Abbasiyyah membina ketamadunan berlandaskan syariat islam dan terus kekal sehingga lebih daripada 100 tahun lamanya. Inikan kita yang baru sahaja berjinak-jinak ingin membina ketamadunan masyarakat Malaysia. Situasi yang ada sekarang ini akan menjadi pengalaman berharga kepada generasi sekarang dah yang akan datang.

MERDEKA AGAMA, MERDEKA RAKYAT, MERDEKA NUSA BANGSA



No comments: