Friday, September 5, 2008

Catatan Ramadhan #1



Masjid Orang Tua VS Masjid Orang Muda

Pernah suatu ketika ketika menghadiri satu seminar di UPM, ada seorang pensyarah pada masa itu memberikan ceramah. Terlupa pula apa tajuk ceramahnya. Akan tetapi beliau pernah berkata “ Di masjid ramai orang tua, dan memang susah nak tengok sorang dua orang muda menyinggah masuk solat di masjid. Kenapa ramai orang-orang tua? Kalau kamu rasa nak panjang umur, selalulah berkunjung ke masjid kerna di sana ramai orang tua”

Ucapannya amat menyentuh hati. Pada masa itu masih bergelar pelajar, so rasa insaf tu datang. Now living kat bumi US ni agak mencabar. Solat jamaah? Boleh di kira dengan jari. Dan hanya mengharapkan waktu hujung minggu untuk berkunjung ke masjid yang terletak kira-kira 10km dalam 15 minit perjalanan dengan kereta. Kadang-kadang waktu kuliah bertindih dengan waktu solat dan mungkin itu menjadi kekangan dan pernah juga jamaah dengan ikhwah-ikhwah di sini tika tiada kelas.

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, umat Islam tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin akan berlumba-lumba mengerjakan ibadat. Saban malam, masjid dan surau akan dipenuhi dengan saf-saf manusia yang tidak mahu melepaskan peluang ganjaran tidak ternilai dari Allah s.w.t. Malah, terdapat surau dan masjid yang mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari hasil sedekah dan infaq ahli qariah. Subhanallah, betapa indahnya bulan ini apabila segala kebaikan terhimpun di dalamnya.

Untuk catatan ini, saya berminat untuk menarik perhatian kita semua tentang senario beribadah di negara kita. Kebiasaannya, masjid dan surau diuruskan oleh golongan-golongan tua atau senior. Mungkin, setelah umur pencen, apa lagi yang mereka ingin lakukan melainkan memperbanyakkan ibadah dan merehatkan diri di rumah Allah. Dari urusan tok siak, pemegang kunci, muazzin, imam, hinggalah ke urusan mencuci tandas dan juga menghidangkan makanan. Sejuk juga hati melihat ada anak muda yang ikut membantu. Namun, senario yang biasa kita lihat adalah masjid menjadi milik orang-orang tua.

Anak-anak kecil ke Masjid

Panggilan untuk menunaikan solat sunat terawih menyebabkan ibu-ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil turut sama hadir tidak mahu melepaskan peluang beribadah ini. Apakah sifat semulajadi anak-anak kecil? Duduk diam atau berlari? Pastinya mereka akan membuat bising dan menangis ketika bermain. Melainkan terdapat ruang khas di pinggir kawasan solat untuk mereka bermain. Jika tiada, nasib tak baik lah anak-anak kecil ini dimarahi oleh nenek atau datuk jemaah masjid. ”Apa bising-bising ni? Orang nak solat buat bising!!” Paling ringan, mereka akan ditenung tajam oleh jemaah yang lain. Ini lah nasib anak-anak kecil ini. Apakah jalan selamatnya? Jangan bawa anak-anak kecil ke masjid. Titik.

Saya juga berpeluang menunaikan solat di masjid sebuah universiti Islam berhampiran. Mungkin kerana jemaahnya adalah di kalangan Islam bukan-Melayu dan juga pelajar yang telah mempunyai anak, mereka tiada pilihan selain daripada membawa anak-anak kecil ini ke masjid. Allahu akbar! Hiruk pikuk dan penuh kanak-kanak berlarian ke sana sini. Hairan bin ajaib, tiada suara jemaah yang mengherdik mereka. Saya selesa di sini. Saya tidak terganggu beribadah walau pun ramai lagi anak-anak kecil lain. Tidak ramai orang-orang tua di sini. Yang berdiri, rukuk dan sujud kebanyakannya adalah orang-orang muda.

Saya tidak mengatakan masjid ini lebih mulia dan afdal. Tapi, saya menggambarkan sebuah masjid yang children-friendly. Masjid yang menjadi tempat berpaut hati anak-anak muda untuk terus mengimarahkannya. Apabila anak-anak kecil diraikan kehadirannya di masjid, sampai besar pun mereka tidak malu alah untuk menjejakkan kaki ke sana.

Sampai bila akan ada label masjid orang tua dan masjid orang muda pun saya tak tahu. Seharusnya, masjid itu adalah tempat berkumpul semua ahli qariah dan pusat aktiviti sosial. Tidak perlu dilekatkan papan tanda besar larangan-larangan yang tidak munasabah seperti ’Dilarang Tidur’ dan ’Had untuk anak-anak bawah umur 7 tahun’. Wallahua’lam.

RUJUKAN:
Sebahagian tulisan diambil daripada email salah seorang sahabat, saudara Anfaal Saari

3 comments:

Anonymous said...

nice topic...today sy ade baca berita harian online bout masjid jgkla....i thought that the topic ade kaitan dgn topic awak ni...di Arab sempena bulan Ramadhan ni,ada kempen besar-besaran kepada warga belia utk membersihkan masjid di seluruh negara.Kempen bertajuk ‘Bersama - Membersihkan Masjid’ dianjurkan organisasi belia Arab Saudi, Kingdom Youth bagi tahun ketiga berturut-turut. Yang menariknya kempen ini telah berjaya dijalankan 3 tahun berturut-turut dan yg terlibat adalah remaja di antara umur 15-25tahun..interesting kan...
So,sy rasa our country boleh ikut the way organisasi belia Arab Saudi lakukan bg bukan sahaja belia2 dapat melakukan perkara2 berfaedah tetapi dapat mendekatkan diri dengan masjid dan menjadikan masjid milik semua generasi tidak kira tua atau muda.

Anonymous said...

hehe..aku bkn nok komen mende y suhaizi tulih ni coz die mmg ske menulis..tp sejok ble lok mu minat writing pnjg lebo ni..xleh pakk pakk, pena lok ke y menari..ops silap..tekang keyboard sapa penyek..jangan mare..

Anonymous said...

TO Liya Ramley:a'a,skarang dah xde sape nk pakk pakk ngan aku...huhu..k.ez je dok layan aku...so aku writing la...mu dok igt ke b4 mu fly,aku ade ckp ke mu n ama aku nak start da writing pas korang fly...at least leh share something ngan sume org,rite???