Wednesday, September 3, 2008

USM berjaya dipilih sertai program Apex-updated

Akhirnya... berjaya juga pihak KPT mengenalpasti universiti-universiti yang layak disenaraikan sebagai universiti APEX. Bukan apa... suatu ketika saya pernah pergi ke majlis pembukaan dan perasmian cadangan oleh Pak Pa kita dan juga PM datang untuk merasmikan acara itu. Ingatkan hanya retoric saja. Tak sia-sialah pergi dengan arahan Ketua Jabatan dan jenuh dengan memandu kancil kawan saya dan di samping mendengar 'bebelan' dia dan pada masa yang sama dia ingin bertemu kawan baik dia di sana.Harap tuan punya badan tak marah masa baca blog nih! hahhaha :) peace!

Overall, pujian harus diberikan kepada pihak berwajib telah menjalankan tugas dengan baik dan kini bermulalah era sebenar revolusi dasar-dasar universiti dan pengajian tinggi di Malaysia yang pada masa kini dilihat sebagai kilang melahirkan graduan untuk berkerja di dalam sektor awam dan juga swasta.

*********************************************

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

“Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020.

“Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya.

Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.”

Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek.

Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”.

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama

RUJUK DI SINI!

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080903175733/Article/index_html

7 comments:

Anonymous said...

wahh ...
usm apex university ...
kenape x pilih UKM atau UM ...
dua2 ipta ni pernah listed dalam top 100 Thames Higher Learning Survey kan

Nurul said...

waw..go go usm..go go..bangga jd ex student usm..hahahahaa

Anonymous said...

sy student USM yg cemerlang gemilang terbilang..dan bakal menjadi tenaga pengajar USM..aduh...habis bangga dah ni huahuaua

Kopiah Senget said...

TO Marwan: Aku pun tak tau lar ape criteria yg depa guna! mungkin ada lah tu criteria yang depa nilai. Tak semestinya universiti tertua akan dapat title tersebut, mungkin berdasarkan R&D yang ada!

Kopiah Senget said...

to Sesacun! bangga nyek hehe

ABDUL HAFIZ said...

huhu..susah ni dah jd U Apex..bnyk kerja kena buat..penerbitan, penyelidikan dll

ABDUL HAFIZ said...

satu kriteria diaorang pakai adalah berdasarkan kertas kerja “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”.