Saturday, March 7, 2009

Singa Hitam


[From right: Isa Uganda, Me & Yaseen Pakistan]


Sabtu tengah hari menepuk angan-angan kosong aku di sini. Why we are here? Who really I’am? Are you used to be a slave too? Or your root used to be a slave? To whom? When?

Menonton Amistad seolah-olah membawa aku ke dalam suasana lampau yang penuh dengan kebiadapan tamadun manusia. Kisah ini adalah salah satu filem klasik yang ‘fresh’ dari segi kandungannya dan juga layarnya membawa angan-angan hari Sabtu aku kepada suasana lampau. Mengisahkan perjalanan orang kulit hitam, yang di permulaannya diperdagangkan dan didera dan di guna pakai ibarat harta peribadi yang dilayan dengan penuh kasar dah tanpa nilai manusiawi. Sekarang sini, hak asasi mereka terbela setelah diperjuangkan hampir 150 tahun di US. Apa yang terjadi sebelum itu di US? Bagaimana sumber dagangan hamba amdi di perdagangkan? Apakah istimewanya Negro ini? (Negro adalah panggilan orang yang berkulit hitam). Itulah yang di ceritakan di dalam filem klasik ini. Yang paling tersentuh adalah perihal nasib Negro ini adalah ketidakendahan orang-orang kulit hitam yang telah bersenang lenang di bumi US. Mereka ibarat tunggul! Tidak kisah kepada nasib akar bangsa mereka. Dengan tidak menyembunyikan fakta sebenar, Amistad, bagi aku adalah sebuah filem yang bermutu tinggi yang begitu teliti diterjemah ke layar dan penayangan kembali bagaimana bermulanya epilog sejarah negro di sini.

Apa yang istimewa sangat mereka ini? Allah telah menjadikan mereka secara semula jadi sifat cekal, kuat, kental dan tegap. Itulah kelebihan mereka. Bahkah jika membaca sejarah Africa, ia lebih bertamadun daripada sejarah Eropah pada zaman gelap yang penuh dengan panggilan nafsu manusia. Cuma Eropah telah menutup sejarah dan menyembunyikan fakta sebenar dengan slogan “ Kami berkulit putih lah yang layak mentadbir di dunia ini”. Ciss, putih tetapi kotor di dalam! Menonton cerita lama berkisahkan hamba di US ini juga mengingatkan aku kepada jasa seorang hamba kulit hitam yang cekal, kuat dan kukuh akidahnya. Bayaran yang tidak standing kepada budi dan jasa seorang hamba kulit hitam. Dibebaskan setelah di bayar kepada tuan hambanya, khidmat dan jasanya tidak dapat dilupakan sampai kini. Itulah Bilal bin Rabah. Bilal berkhidmat tanpa bayaran sebagai hamba kepada perjuangan agama Islam dah juga kebebasan sebagai manusia yang berjiwa insan.

Berkata malaikat Jibrail kepada Rasulullah saw. “ Kenapa aku tidak mendengar azan pada hari ini? Padahal pada hari itu, salah seorang sahabat telah mengazankan sebagai tanda untuk menunaikan solat. Keuzuran Bilal tidak memberikan keizinan kepada Bilal untuk berazan pada hari tersebut adalah jawapan baginda kepada Jibrail. Jibrail berkata lagi “ Tidak sama suara azan yang di laungkan oleh Bilal dengan orang lain”. Tika aku membaca kisah Bilal, sebak juga perasaan hati aku mengenangkan keikhlasannya ketika berazan, juga jasa dan keutuhan iman yang ada pada hatinya. Hanya ada 3 di dalam hatinya; Allah, Rasul saw dan surah yang satu-satunya yang dia hafal; Al-Ikhlas. Nah! Aku bagaimana? Aku ibaratkan Bilal bin Rabah adalah singa hitam yang tidak ada tolok ganti.

FILEM CATEGORY: NO category.... But, you might want to CLOSE your eyes for a second at certain part!

3 comments:

pali said...

Salams,

Ibarat kisah bilal yang ditulis oleh hang, lelaki yang mengantikan bilal itu mempunyai suara yang merdu jika nak dibandingkan dengan suara Bilal, tetapi keikhlasan Bilal mampu menggegarkan Arash! ( merujuk kepada jawapan Jibrail selepas itu)

nice entry bro. teringin nak tengok citer ni. Spring break2!

Tepi Sungai Batu said...

Salam Ziarah dari Pak Man,
Entri ni membuatkan Pak Man berfikir sejenak tentang nasib bangsa kita. Apa nak jadi......

Anonymous said...

Satu pandangan dari ambo, boleh dikatakan juga knp masjid pada hari kosong kerana mempunyai bilal dan imam yg tidak ikhlas, jangankan tiang aras yg bergegar tiang lampu pun belum tentu.

Imam Jr.