Thursday, March 19, 2009

5 Symptoms in oversea!

1. YM; sahabat baik vs virtual drug. Berchatting dengan kawan-kawan di M’sia dan juga di US, adalah penyeri hari-hari di sini. Kadang-kadang juga tersenyum kambing sorang2 until my hsmate (XMalaysian) look at me as a weird person! What the Freaking guys! YM is kinda virtual drug! I need to control this. IF NOT tak boleh nak buat kerja sekolah. I can sit on my chair for 5 HOURS for chatting of non-sense! What the rubbish dude!!!! Its about time management and diciplines. Right now, dah boleh control. “TAK RINDU NAK BALIK KE? BILA NK BALIK?” Itu adalah contoh2 common Qs. No answer.. penat dah nk jawab! Tapi berterima kasih kerana seolah-olah mengambil berat hal diriku. Terharu juga lah hehe Camne nk call Mesia? Erk selalunya Skype pilihan terbaik untuk mendengar suara-suara orang2 terchenta di tanah air

2. Kerja sekolah setiap minggu selain perlu baca journal! Having 2 or 3 courses per sem is enough and thats already will makes you become a kinda ‘nerd’ person! I hate this...arrrggghh (tekanan mental) BUT I will try to do my best and now having a project may needs more focus!

3. Belajar memasak adalah bukan satu paksaan! Memasak perlu menjadi tabiat kerna tinggal di negra orang agak sukar untuk mendapatkan makanan halal tambah lagi makanan semua bukan edisi Melayu! I’m not typical MALAY OK! (meminjam istilah kawan). Boleh juga la makan makanan ala-ala American or ala2 arab ke. Roti arab paling aku suka....cecah dengan kari ikan atau apa2 yang ada. BUT kalau ikut tabiat makan orang2 di sini sure aku kena bersiap sedialah untuk membeli seluar baru! Kerna sudah pastu saiz akan bertukar ataupun seluar aku SHRINK!! Huhu

4. Azan? Tidak ada langsung pengubat hati aku yang mudah kotor ini di sini selain hari Jumaat yang selalu aku pergi untuk bersolat Jumaat. Program Islamic finder di dalam laptop adalah sumber terbaik bagi penenang hati.

5. Kesihatan diri perlu di jaga dengan baik2. Jika tidak company/broker insurance SP&g yang tak boleh diharapkan itu akan membenkrupsikan aku! Taraf kesihatan di sini memang WORLD CLASS BUT sesuailah dengan bayarannya. Mahal seh! Sebab itu keperluan insurance amatlah perlu. Mujur aku single and tak perlu lah bersusah payah nak memikirkan orang ‘kedua’. Kalau dah berkeluarga memang agak mencabar sedikit di sini terutamanya ketika berbadan dua! FUH kosnya.... tak ingat lah.



Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdikari, itu adalah sumber kematangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati yang sepi
Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuatkan hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah jalan menuju redhoNya


kopiah senget, NE, USA.

1 comment:

pali said...

main naik berat ke? waa~ senang hati nampak. :D