Wednesday, February 25, 2009

Pelepah Pisang Tua

Kedegilan tidak pernah padam!
Padaku ia adalah sifat semula jadi manusia yang tidak akan hilang.
Kedegilan haruslah untuk kebaikan ku dan juga orang lain
Aku masih muda!
Kudrat aku kuat...
Aku tidak perlu kerusi roda untuk bersaie’ keliling menelaah dan menimba ilmu!
Degilnya aku kadang membawa tujuan kerosakkan.
Akal dan agama pembatas segalanya.



Seperti pelepah pisang tua. Degil jua.
Ditarik tarik hujung daunnya, tidak juga mahu juga terlepas dari pangkalnya.
Diragut kasar, rosak seluruh pokok. Mati hatinya.
Hatta, dibiarkan saja layu dan reput keliling batang pokok pisang.
Tidak ada kebaikkan kah? Sudah pasti ada....

Ironinya, tidak cantik dilihat. Bersemak. Tidak terurus.
Kalau ada sifat degil yang membawa kerosakkan, buat apa simpan!
Jangan ditinggalkan tua dah liat untuk dibuang
Baik cantas saja pelepah pisang yang degil itu
Cantaslah sebelum ia kering dan liat untuk dibuang
Pepohon pisang yang segar tumbuh di kebun
Biar cantik dilihat, tenang hati mata memandang

Yang dicari bukan daunnya, tetapi buahnya.
Degilnya pelepah pisang tua ada juga hasilnya.
Degil manusia?

Safar 30, 1430H | Rabu, 25 Februari 2009

7 comments:

oon said...

kau ker buat sajak tu? waaa kreatip nya ko, jiwangg gtuuuu

murni said...

degilnya manusia?

tanya si pemilik kopiah senget..sbb die kdg2 tu sgt degil =p

hehe..degil bole if tuk kebaikan kan!

pali said...

bro, dalam tu ada ulat buat kepompong. pokok pisang ni, ulat ni akan makan daun, dan akan bentukkan daun jadi bergulung.

yelah, degil2 seperti kotoran degil, basuh dengan sabun fab pun bersih juga.:D

nice sajak. ku tersentuh. oh..

degil2mu nak ke texas jua..:P

Anonymous said...

zie, umor makin lanjut ni susah lak aku nk paham sajak2. :D

aku tau daun pisang tua x sesuai buat ape2 pun. tp kalo ko cantas suma daun time muda pokok pisang kang xde daun lak ;)

Anonymous said...

what is exactly pelepah? googled but info needed was insufficient. :)

Kopiah Senget said...

Salam kawan2 semua. Trima kasih atas komen2 kalian. hehe tak sempat lah nk balas at the same time. Now ada masa free sket.

Anonymous said...

To Anonymous;
Pelepah is the bahagian tangkal daun pisang yang terlekat pada pangkal pokok pisang.... antara daun dan batang batang pokoknya...