Thursday, August 28, 2008

Nebraska States Fair 2008

Jam ditangan menujukkan hampir 4pm. Aku telah besiap sedia untuk keluar dari apartmentku menuju ke rumah Hafiz. Aku dan Hafiz telah membuat perancangan dari awal lagi untuk pergi ke Nebraska States Fair ini, lebih kurang seminggu sebelum. Lokasi tidak jauh dari rumah kami, sekitar 4km sahaja. Tidak ketinggalan, Izza isteri Hafiz turut serta. Boleh la berjalan-jalan mengisi masa lapang hujung minggu sebelum minggu kuliah akan bermula pada 25 Ogos. Nebraska States Fair tidak jauh dari pameran MAHA yang ada di Malaysia dan sekarang pada perkiraan aku MAHA masih berlansung dengan penuh gemilang di Serdang.

Sampai sahaja di pintu masuk, kawasan telah penuh sesak dengan pengujung. Kami parking agak jauh dari tempat pintu masuk namun tidak lah jauh untuk berjalan kaki ke sana. Kami dikenakan bayaran masuk sebanyak 8 dollars setiap orang. Aku rasa agak mahal. Tapi peluang begini tidakkan ku lepaskan begitu sahaja!

Memang ramai orang berkunjung ke sini. Tidaklah sesak sangat. Kebetulan cuaca amat menyenangkan, tidak panas dan kena pada waktu yang sesuai yakni pada hari sabtu. Sudah pasti American akan membawa keluarga berkunjung ke sini. Budaya masyarakat di sini amatlah berbeza, dari segi pakaian hinggalah pergaulan dan juga aktiviti kemasyarakatan. Tiada batasan yang menyekat mereka, tidak seperti kita; ada nilai-nilai agama yang mendasari peribadi dan perilaku! Namun lagi semua terserah kepada individu.
Sos BBQ yang paling sedap!
Sebelah kanan kelihatan pameran alatan kejenteraan pertanian, John Deere: yang memang terkenal di seluruh pelusuk US. Dari sekecil-kecil alat sehinggalah alat penuai yang macam mesin gergasi! BESAR!!!.

Kami berjalan lagi dan sebelum itu kami sempat melihat gelagat golongan remaja bersuka ria menaiki ‘sukan’ menggunakan mesin. Buaiyan gergasi, kereta air dan juga kuda terbang menjadi pilihan mereka. Argg… aku bukan kanak-kanak lagi! Tika berjalan, kami singgah di pameran Small Animal Pavilion. Di sini, mereka mempamerkan jenis-jenis baka ayam, angsa, itik dan juga keluarga burung yang lain. Memang unik dan ada juga ayam dan itik ini tidak pernah ku lihat sebelum ini. Dari yang berjambul, kecil molek sehingga lah kepada yang besar seperti ayam jantan gergasi! Uh, siapa mahu makan ayam begini! Pasti keras dagingnya....

Selepas mengelilingi semua species unggas yang ada, aku berpindah ke tempat bersebelahan yang menjual produk-produk makanan. Tidak banyak yang dipamerkan. Aku singgah setiap kaunter dan tidak melepaskan peluang untuk makan free! Hehe; merasa setiap produk makanan yang dihasilkan. Mereka juga mengambil peluang untuk menjual produk-produk mereka. Kami kena lah berhati-hati semasa memilih untuk merasa setiap makanan free tersebut! Maklumlah, kena jaga makanan yang halal dimakan sahaja. Sampai di dua kaunter yang paling hujung belah kanan, ada sorang auntie ni letak sos atas potato cips. Memang menarik perhatian aku! Apa lagi, terusla aku mencuba. Terdapat 3 pilihan sos, not spicy, medium and very spicy. Aouch….. pedas! Aku cuba semuanya… memang sedap. Tidak pernah aku jumpa sos sebegini sepanjang aku duduk di Nebraska! Sudah pasti pilihan aku yang paling pedas! Kerna tahap kepedasannya tidaklah sampai boleh memerahkan telinga, mungkin bagi American tidak biasa makan pedas. Sos BBQ tu memang terjamin halal JIKA dilihat dari segi kandungan yang dipaparkan pada botol dan pada harga 5dolar, aku sudah pasti akan berasa amat puas! Yum yum yum…. Boleh buat BBQ lepas ni….

Street Shows
Secara kebetulan, kami melalui kawasan orang ramai. Disitu terdapat satu jalan yang agak lurus dalam 500meter dari tempat kami berdiri. Tiba-tiba kami mendengar pengunguman yang menyatakan ada satu perarakan street shows. Kami bangun memberikan penghormatan kepada perserta pertama; Wagon yang di tarik oleh 4 ekor kuda hitam, tinggi dan cantik. Tapak kaki kuda amat besar dan nyata kuda itu bukan kuda biasa yang aku lihat. Kemudian diikuti oleh kenderaan petugas khas, polis lain-lain.

Paps… papss. Bunyi Itik! Dari jauh lagi sudah mencuri tumpuan aku dan orang ramai yang dudk sepanjang deretan jalan yang dikala berdiri memerhatikan acara itu. Yang paling mencuit hati adalah reaksi itik-itik gembor-gembor yang di kawal oleh tuannya. Semua itik itu amat berdisiplin. Berjalan dalam kumpulan dan sempat meminum air pepsi coca-cola yang mana tuanya menghulurkan minuman kepadanya lansung dari botol. Sungguh mengkagumkan.

Kemudian, tiba giliran para petani mempamerkan koleksi traktor-traktor yang dimiliki. Kebanyakkannya sudah lama dan masih lagi berfungsi dengan baik. Ada yang amat jarang dilihat malah memang tidak pernah dilihat traktor jenis ini. Bab traktor adalah kegemaran aku! Maklumlah sejak zaman belajar lagi aku dah bermain dengan traktor dalam bidang pertanian. Hampir setengah jam, barulah habis pertunjukkan tersebut. Aku merasa berbaloi juga aku bayar fee 8usd!

Terus sahaja aku dan Hafiz balik menaiku tram yang tak jauh dari tempat acara tersebut. Ramai lagi yang masih menghabiskan waktu untuk berjalan-jalan. Sempat aku memerhatikan di dalam dewan. Aku kira akan ada konsert! Ramai sudah menenuhi ruang tempat duduk. Argg tidak bisa aku melayan semua ini. Aku pulang segera untuk terus ke Wallmart. Nak pergi bershopping! Jam ditangan jam 6.30pm. ‘tol’ waktu asar belum di bayar! Aku terpaksa meninggalkan tempat tersebut dengan secepat mungkin…. Aku pulang dengan sos BBQ yang aku paling suka dan Hafiz pulang dengan pengalaman baru yang tidak mungkin akan dijumpai di mana-manapun.

[Dibelakang adalah barisan para petani dengan koleksi traktor klasik]


[ My new pet for 5 minutes, hehe]


[My close friend, Bro Hafiz and his wife. We spend time together]

P/S: Rakaman Video akan diupload dengan kadar segera! tungguuu.....

2 comments:

oon said...

ko nampak kurus la zie, aritu gemok pulak. masok puasa makin la cekeding hehehe. weyyy happy posa bro!

A.Suhaizi said...

aku mmg krus lar k! hahaha