Sunday, July 6, 2008

Neighborhood in USA [Kejiranan di USA]


  [Garage sale]

Sekarang giliran amber untuk berkongsi cerita pengalaman selama 6 bulan di US ni berkisar tentang kejiranan. Tak tau la apa yang nak diceritakan tentang kejiranan kat US nih, amber (bahasa T’ganu bererti saya) belum tinggal dalam suasana berjiran yang sebenar. Setelah tinggal di apartment yang baru kira-kira dua bulan yang lepas baru lah merasai perasaan duduk di rumah; cuba hidup dalam erti kata berjiran.

Sebelum ini duduk di hostel cam penjara; jek, rimas, bilik agak kecil, susah nak prepare my own meal, kene turun ke ground floor then kene bawa la semua barang ingredient yang nak dimasak. Cam terseksa gak lar… Dah la amber nih malas nak masak!. :) Hahaha nak makan di luar belum tentu halal zabihah plus agak mahal. Tapi yang bagusnya semasa di sana dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru, ada yang tanya apa yang kita masak,kita pun tanya ape yang dia masak, berkongsi cerita asal usul masing-masing.

Sampaikan masak meggi pun dia cakap sedap. Amber kata kat dia, meggi makanan orang pemalas like me! Hahaha. Ada juga teman ketawa kat dapur tu dikala sunyi dari teman-teman di Malaysia. Jadi kat sini bukan nk bercerita pasal life kat hostel dulu tapi sebagai perkongsian kawan-kawan untuk memahami masyarakat di sini, amber cuba menggambarkan perihal jiran-jiran dan juga orang-orang di sini. Pendapat dan tulisan adalah yang bisa amber ‘capture’ dari dua biji mata dan penghayatan dalam urusan harian.

Amber akan berusaha sedaya upaya untuk membawa kawan-kawan kepada pengenalan dan boleh memahami masyarakat di sini. Tulisan ini adalah selepas diTAG oleh Kak Natrah (bekas officemate di UPM suatu ketika) yang kini bertungkus lumus menimba ilmu di Belgium. So now the journey just start to begin!

Howdy!

Pertama kali datang di US, sudah dapat merasakan kelainan orang-orang di sini. Mereka ini amatlah peramah. ‘hai, hello, how are doing? and etc. Itu adalah antara ‘slogan’ pembuka bicara dan menegur orang-orang di sini. Howdy bermaksud Hello; greeting in cowboy ways! Ahaha that have been told by one of my friend here. Tapi tidak la pula kedengaran American cakap macam tu. Mungkin sesetengah tempat shj. Texas may be!

Dalam kontek kejiranan pun sama. Kalau jumpa atau berselisih pasti sekurang-kurangnya senyum, say hello, or simply say hi. Lebih-lebih lagi dia orang tengok kita ni orang luar. So, macam nk tunjuk ramah la kot! Hahaha Tapi kita juga akan rasa mesra dan diterima oleh masyarakat sekeliling dan dia pun tidak menaruh perasaan curiga kat kita, tambah lagi kita ni orang luar. American agak peramah jadi before tu kene la kita latih diri kita ni jadi seorang peramah. Satu perkara yang saya dapat rasakan! Kalau kita baik dengan American, memang dia akan respect kita dan buat kita macam kawan baik dia!.

Silap-silap ada juga yang jemput bertandang ke rumah! Tapi kadang-kadang tu kene kawal juga keramahan kita. Nak ramah macam mana? Sederhana adalah sebaiknya. Kat sini bukan semua orang ramah serta baik seperti disangka! Ada juga manusia yang perangai dia macam.... (tak perlu disebut). Kadang-kadang senyuman sinis je diberikan. Senyum dibuat-buat dan kita boleh agak tu. Jadi saya cuba bagi senyuman seikhlas hati kerna senyuman seikhlas hati dapat menambat hati orang lain. (bukan nak tacle awek aje!) hahaha Itu pesan Nabi s.a.w.! So the moral of the story, senyum la yakni, sedekah yang paling mudah. Macam lagu Raihan tu, Senyumlah. :D

Gardener & Cartesian

Sekarang dah masuk musim summer, purata suhu dalam 30 deg C. Kadang-kadang teramatlah panas. Bagi American, masing-masing sibuk menghiaskan laman rumah dan juga mengecat rumah. Cat yang telah pudar dek cuaca yang berubah-buah saban tahun. Hampir tiap-tiap hari ada je jiran-jiran rajin memotong rumput. Biasanya setiap 2 atau 3 minggu rumput akan di potong. Ada yang hias laman rumah dengan macam-macam perhiasan, tak kurang juga yg sanggup beli macam-macam pokok bunga depan rumah sebagai penyeri. Yang nyata, memang cantik dan menenangkan mata memandang. Ada juga yang bercucuk tanam. Ada yang tanam pumpkin, chilis and etc.

Kebanyakkan rumah-rumah tidak ada pagar, bukan macam di Malaysia siap pagar batu bergalang besi!. Satu lagi, mereka di sini amatlah tidak suka mencampuri urusan jiran tetangga. Dalam erti kata lain masing-masing punya hal. Mungkin ada yang tidak seperti itu tapi kebanyakkan macam tu la. Kat sini kalau rumput tak potong, dibiarkan sampai naik lalang nanti owner rumah tu kene saman kerna tak jaga kebersihan dan boleh mengganggu jiran terutamanya kanak-kanak yg sering bermain di sekitar laman rumah. Mungkin amber boleh kerja partime potong rumput kot!

Tentang artisian pula, memang lumrah western people are really love in art!. Memang budaya mereka sukakan seni terutamanya bagi white american. Macam-macam barangan klasik yang disimpan. Tengok rumah sahaja dah tau orangnya macam mana. So kadang-kadang tu puji juga la cakap dia ade rumah yang lawa. Rumahnya ringkas sahaja. Tak macam kat di negara kita. Tapi pasti ada bahagian underground untuk protection kalau-kalau ada tornado.


‘Colored’ & Hip hop!

Hip hop memang famous dikalangan ‘colored’ dan kurang dari kalangan white American! Do I racist! Sorry... hahaha Itu adalah lumrah. Ramai Black kat sini memang minat lagu-lagu hip hop. Kadang-kadang pasang radio tu macam nk pecah rumah kemudian ada juga sambil bawa kereta pasang lagu kuat, memekikkan telinga ditambah lagi dengan subwoofer and sounds system dia.

Kalau semasa bercakap mesti tangan bergerak-gerak ala-ala hip hop juga la. Kekadang kalau jumpa dia tegur, ‘hi dude! Whatzuuup’. Cuba la berseloroh, nanti dia kata kita sombong pula! Kadang-kadang ada juga yang homeless! Pernah suatu ketika, tika berjalan di sekitar downtown of Lincoln, terserempak dengan golongan macam ini, badan tak terurus dan terus dimintakan duit oleh salah seorang dari mereka! Riak wajah mmg benar-benar susah. So saya hulurkan jua duit. Tapi kalu muka macam penghisap dadah tu sorry lar! ‘Lalok’ semacam.... So kene berhati-hati. Untuk keselamatan diri, apa-apa boleh call polis! Polis kat sini bagus, cepat dan tangkas!


Garage sale!

Musim Summer, aktiviti ni paling best. Cuaca agak panas! dan bagi orang-orang yang berasal dari Asia seperti amber nih kadang-kadang memang tak tahan!. Tapi yang peliknya tidak bagi American! Adakah mereka ini tak merasa bahang panas? Pelikkk!!! Tapi itulah kenyataannya. They love sun! Katanya nak bakar kulit! By the way, tentang garage sales memang famous. Garage sale ni menjual barangan terpakai dan masih boleh digunakan untuk kegunaan harian. Biasanya tujuan garage sales ni untuk mewujudkan suasana mesra dikalangan jiran-jiran dan juga masyarakat setempat selain ada juga yang buat bisnes kecil-kecilan.

Tapi percaya atau tidak mereka ini menjual macam-macam barangan rumah, boleh kata semuanya ada. Ternyata American memang ada kuasa membeli yang tinggi! Tapi rasa macam membazir juga. Tapi ramai american baik, suka tolong orang susah. Bayangkan, kadang-kadang dia bagi free jek barang-barang yang dipamerkan untuk bantu orang yg susah tapi sekurang-kurangnya beli la satu dua barang kat dia. Sebagai contoh, saya ada membeli kerusi dan kipas angin dengan harga 2usd yang masih elok dan saya gunakan untuk study. So tak perlu beli yang baru. Kat USA barang-barang yang baru TERAMATLAH mahal. So kene pandai la memilih barang-barang yang nk di beli.

Yang penting masih elok dan berfunsi dengan baik. Ada juga yang nak berpindah kemudian mereka menjual barangan tersebut untuk memudahkan urusan perpindahan tanpa bersusah payah mengangkut kesemua barang peribadi! Orang perempuan suka buat garage sales, sambil jaga ‘kedai’ boleh berborak dengan jiran tetangga.

So itu adalah serba sedikit buat perkongsian kepada kawan-kawan yang dah kene tag seperti kak Natrah dan yang lain juga. Kalau yang berminat boleh juga bercerita macam mana kehidupan kat tempat masing-masing. Mungkin berbeza dan lebih menarik. Akan tetapi yang nyata, disini adalah sedikit sahaja gambaran yang saya dapat berikan. Kalau nak jelas boleh datang dan duduk kat US nih for a few years, perhaps... hehe You will be Americanized but DON’T left behind you the trully identity of Malaysia neither!

5 comments:

Natrah & Helmi said...

lambatnyaaaa!!!

ABDUL HAFIZ said...

lets go to garage sale

mYseLf said...

bes dpt duk negara org...
wanna go there.tp xtau bile..huuu

Natrah & Helmi said...

at last..hehe..haah, bestkan garage sale kat US..dulu selalu beli novel English satu kotak..tak silap cuma USD1 je..bestnya kalo dapat gi US lagi, apa nak wat, supervisor recommends Belgium..saya yang menurut perintah..hehe

Anonymous said...

Saya membaca dan merasa di rumah. Berkat pencipta sumber yang baik !