Aku ‘versus’ Sahabat
Jika dibandingkan dengan perjalanan aku di sebalik peta Malaysia, aku mengira perjalanan aku ke bumi USA tidak la setaraf dengan perjalananan dakwah sahabat-sahabat Nabi saw dan mungkin tidak sama sekali. Perjalanan mereka sungguh mencabar dan penuh dengan harapan dan maklamat. YAkni matlamat yang telah digariskan oleh Baginda Nabi Muhammad Saw. Abu Darda’ adalah salah seorang daripadanya. Beliau memulakan dakwah bersama-sama baginda saw di Madinah dan kemudian berdakwah dan berkhidmat sebagai guru mengajar hal ehwal di Syam. Beliau memimpin perjuangan Islam di Mesir untuk menghapuskan kezaliman Rom di Mesir. Beliau adalah sahabat yg rapat dengan baginda saw yang turut berjuang bersama-sama sahabat yg lain seperti Muaz bin Jabbar yang merupakan pengumpul dan penghafal al-quran. Namanya adalah sebaris dengan sahabat-sahabat. Kata-kata mutiara sering keluar dari bicara dan mempamerkan kecerdikan sahabat baginda saw ini. Ternyata sahabat ini tidaklah sombong dan membanggakan diri atas kurniaan nikmah Allah kepadanya, tetap merendah diri kerna katanya ilmu yang dimiliki adalah milik Allah swt. Itu adalah sedikit sebanyak sejarah islam yang terlekat kuat dalam ingatan aku. Abu Darda’ tiada lagi!. Perjuanganya mungkin menjadi kenangan di kalangan sejarawan dan hanya berkisah di dalam kuliah.
“Wahai penduduk Syam!” Kata Abu Darda. “Kamu semua adalah saudara seagamaku, jihad dan perjuangan menentang musuh. Tetapi saya hairan melihat kamu, kenapa kamu tidak merasa malu! kamu mengumpulkan benda yang kamu tidak makan. Kamu harapkan apa yang kamu tidak akan capai. Beberapa kurun sebelum kamu pun, mereka juga mengumpul harta dan menyimpannya, membina bangunaan dan mengukuhkannya. Akhirnya kesemua itu binasa. Ia sekadar angan-angan belaka, kediaman mereka menjadi perkuburan. Mereka adalah kaum Add yang tinggal di anatara Aeden dan Oman. Ayuh sesiapa yang mahu membeli harta mereka daripadaku dengan harga 2 dirham?” Sebaik mendengar nasehat tersindir Abu Darda’ sebahagian jemaah yang hadir menagis keinsafan. Begitu terkesan nasehat Abu Darda' kepada penduduk Syam yang cintakan kebendaan.
Sirah sahabat tidak banyak yang aku tahu yang mampu aku jadikan iktibar dalam perjuangan Islam. Waimur Ibn Malik atau Abu Darda’ adalah salah seorang pejuang yang sepatutnya aku contohi. Abu Darda’ sudah tiada lagi!. Aku menyangjung perjuangan mu, namun apakan daya aku untuk mengikuti jejak langkah mu? apa kudrat aku untuk menggapai ilmu Allah yang hanya setitis air laut yang aku miliki dan mungkin kurang dari itu! Aku mengenang perjuangan ilmu dan rohani dalam meninggikan syiar Islam tercinta. Moga-moga aku jua mempunyai semangat perjuangan sepertimu. Amin
A.Suhaizi, NE, USA, 5 April 2008
1 comment:
tersentuh baca post nih huhuhu
Post a Comment