Tuesday, April 13, 2010

Anak Yatim

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mengadu tentang hatinya yang keras. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “apakah kamu mahu hatimu menjadi lembut dan kamu memperolehi apa yang kamu hajatkan? Kasihilah anak yatim, tepuk-tepukkan kepalanya dan beri ia makan apa yang kamu makan. Ia akan melembutkan hatimu dan membantumu memperolehi apa yang kamu hajatkan” [riwayat al-Thabaraani & al-Silsilah al-Saheehah]

*Lokasi gambar: Tak pasti, gambar ini diambil dari Facebook dengan keizinannya. 

Saturday, April 10, 2010

KataDua

1. Jangan ambil Al-Quran hanya pabila terdesak! jadikkanlah diri kita 'The walking al-Quran, NOT The silent al-Quran'.

2. Kita adalah apa yang dibaca...
Sumber dan apa yang dibaca amat penting dalam pembentukan peribadi seseorang. Anda peminat majalah Mangga? Maskulin? Mastika? Kitab-Kitab Usuluddin? Buku Dokter? Buku Pertanian? Mahupun Journal!.... Tidak kiralah apa juga jenis sumber bahan bacaan, semuanya 'memaksa' kita untuk membaca. Minat membaca amat baik! Malah kita sering dengan orang berceramah bagaikan nak rak ( bahasa pasar) bercakap pasal Iqra', menyuruh anak, pelajar dan juga org2 dewasa untuk membaca. Perlu juga ditekankan disini bahawa sumber bacaan adalah amat penting! kerna pencernaan ilmu itulah wadah bacaan seseorang membentuk jati diri dan ilmu di dada.

Tuesday, March 16, 2010

Claim yang Berkat

Apa jua tindakan kita mencari rezki adalah harus ada tujuan dan matlamatnya diakhirnya... Rezki yang dicari haruslah Halal sumbernya dan yang paling utama adalah keberkatan. Ramai orang tidak prasan perkara ini.

Sebagai contoh!. Dalam sistem kerajaan sekarang, ramai pegawai kerajaan ketika outstation akan membuat claim setelah menjalankan tugas rasmi seperti yang telah di arahkan. Namun ada juga pegawai yang agak ‘ cerdik’ bila tiba untuk claim balik perbelanjaan sepanjang tugas rasmi. Memang... tak dapat tidak dinafikan kerajaan kita amat pemurah dan amat mengambil berat akan kebajikan pekerja, terutamanya pihak PERKESO. Dan juga sudah tentu memang ada kelayakkan yang diberikan oleh kerajaan kepada pegawai2 tertentu sesuai dengan pangkat. Akan tetapi JANGAN disalah guna.

Contoh terbaik dan sering dilakukan adalah ketika meminta claim perjalanan dari A ke B dengan jarak yang tidak berpatutan. Juga claim hotel, perbelanjaan yang tidak munasabah dan lain-lain lagi. Pabila situasi ini menjadi lumrah dalam masyarakat kerajaan, ia akan menjadi barah dalam hati setiap pegawai yang menjadi pengamal tabiat yang buruk ini.

Dengan demikian, tuntutlah dengan seadanya... tidak salah mencari rezki yang telah diperuntukkan asalkan jangan disalahguna! Bayaran nasi lemak makan untuk 3 orang RM10 tapi claim atas resit RM30. So si luncai buat untuk 9 orang...macam mana tu?
Untuk mencari berkat nih tidak payah! Syaratnya amatlah mudah... ikut saja panduan dan syarat2 yang telah ditetapkan dan SAH dari segi undang-undang...jangan makan duit kopi, duit pelincir atau apa2 yang haram sumbernya.

Dan selebihnya niat saja lah untuk sedekah... JIKA nak claim juga, buat lah claim di akhirat kelak.... ‘aku dah sedekah kepada si pulan si pulan dengan RMXX ketika pergi ke XXX... aku layak masuk syurga Mu’ InsyaAllah selamat...

*Kubur pun tak terbakar!

*Itu quote dari seorang pensyarah semasa buat degree di UPM.

Sunday, January 10, 2010

Pokok dan Usia


Gmbar Hiasan- Balboa Tree diambil ketika berada di San Diego, California, USA

Ketika aku berbual-bual dengan nenek aku di atas sebuah bangsal, lalu bercerita mengenai pokok yang berada depan rumah "Pokok tu seusia dengan mok demer la...Umur ##. Masa mok mung kecek dulu amber tanam" (Dialek Terengganu)

Pernahkan nenek anda ataupun atok-atok anda berceritakan hal begini? Beginilah kaedah orang-orang lama mengingati usia pokok-pokok yang ditanamnya. Tak kiralah ditanam di mana2 pun.... Namun pada kebiasaannya, pokok yang mempunyai nilai tersendiri yang mana ditanam di sekitar laman rumah. Zaman dahulu, pokok2 utama yang tidak mudah ditebang ditanam bertujuan untuk mengingati usia pokok tersebut berdasarkan usia seseorang. Kaedah mengingat usia pokok berdasarkan usia seseorang amat unik. Walaubagaimana pun, orang dahulu akan mula menanam pokok tidak juga secara terus bertujuan untuk mengingati usia. Ianya juga secara tidak langsung bertujuan untuk menghasilkan buah-buahan untuk dimakan oleh anak cucu cicit, walaupun nenek kita atau atok-atok tidak pun sempat merasa hasil dari pokok tersebut.

Lihat! bagaimana jasa orang-orang terdahulu yang tidak kita sangka. Di sebalik hanya sebalik sebatang pokok yang tumbuh segar kehijauan dan tinggi melampai, ada nilai tersembunyi yang tidak ramai yang tahu.