Sunday, May 6, 2012

Dugaan Anak

Oh Anak
Anak-anak memang menguji ketabahan mak ayah

Di sebalik kecomelan anak2 yang membesar di depan mata, pasti ada satu ketika yang paling menguji kesabaran, dan tidak kurang juga ketahanan mental. Pabila datang ujian yang paling besar, tika itulah sepenuh tenaga, daya malah wang ringgit sanggup dikorbankan demi anak yang di sayangi. 

Kita mungkin mudah mendapat pengajaran daripada permasalahan dan ujian. Selepas beberapa ketika, kita akan rasa lebih yakin dengan permasalahan yang lebih kecil berkaitan dengan anak berbanding dengan pengalaman semasa menghadapi masalah yang besar yang telah kita lalui. BUKAN tidak mengambil berat cuma kita seakan 'terbiasa' dengan keadaan permasalahan yang dialami. Akan tetapi setiap keadaan dan masalah, kita pasti akan dapat belajar sesuatu yang baharu. 

Menarik bukan! 
Maka bertambah2 lah pengalaman keibubapaan (Parenting Skills)

Kehilangan Yusof 
Ingatkah kita kepada kisah Yusof a.s dengan adik beradiknya? Bagaimana reaksi ayahnya kepada kehilangan anak yang paling disayangi?

Dan juga ujian yang besar kepada keimanan dan pasrah dengan ketentuanNya. Namun Allah lebih tahu apa yang dirancangkan. Rindu ayahnya terubat , itupun sementelah Yusof membesar sebagai seorang jejaka yang paling segak dan tampan dan menjadi kegilaan perempuan2 di istana. Kisah dah pengajaran yang ingin di petik bukan berkisar kegilaan kepada Yusof tetapi ketabahan kedua-dua pihak atas ujian yang besar yang diharungi oleh keluarganya. 

Hikmah
Oleh itu bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa anak-anak bahkan juga kepada semua ujian dalam hidup kita. Anggaplah itu peluang untuk membuat pahala untuk diri. Ganjaran sebenar bagi kita adalah di sisiNya. Kita tak mampu menghitung tetapi berusaha untuk memberikan yang terbaik.  

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. ” (QS 8:28)


Wassalam

 Adeeb Naufal at 4 months 

No comments: