Tuesday, June 29, 2010

Pesanan tersirat

Semalam KS pulang sedikit awal dari kebiasaan. Azan maghrib dari radio IKIM berkumandang jelas dalam radio ketika pulang. Seperti biasa cuaca di sini, hampir setiap petang hujan akan mencurah-curah. Alhamdulillah. Hujan itu rahmat!

Selesai KS park kereta di bawah kawasan perumahan, terserempak dengan seorang bro dari kelantan. Dia dah kawin dan anak 3 orang dan juga jiran di area rumah KS juga. Tetiba anak-anaknya turun menuruni tangga....lari keanak-anakan...laju dan sempat tersenyum kat KS. Eh baik & pandai pula budak2 nih hormat kat orang tua. kata KS dalam hati.

KS: Adik nak ke mana ni? (KS cuba bertanya)

Budak kecek: syuraaaa....(sambil tersenyum manja kanak-kanak dan KS tak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh budak perempuan kecil)

KS: Nak ke mana...??? ( bertanya lagi untuk kepastian)

Budak Kecek: Nak ke surau, surau.... 2 kali di ulangnya. (dengan nada manja kanak-kanak). Tak habis disitu sempat lagi dia bertanya.... Abang tak ke surau ke?

KS:......tergumam......tongue tied! KS tak mampu nak membalas pertanyaan anak kecik ini. Kali ini aku cukup2 terasa.

Dan pada masa itu aku teringat kata-kata ustaz. Kalau nak anak yang soleh dan solehah, kena didik anak dari sekarang! Aik macam mana tu ustaz? sedangkan saya tak berkahwin lagi.

Jawapan Ustaz: Dengan mendidik diri dan peribadi kamu yang terbaik! Insyaallah anak dan zuriat kamu akan menjadi baik seperti yang kamu kehendaki. Kerana sifat anak-anak itu adalah mengikut perangai ibu bapanya, begitulah pentingnya pembentukan sahsiah seseorang sebelum dan selepas berkahwin dan mendapat zuriat.

P.S: sekadar pesanan untuk diri sendiri

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Surah al-Anam ayat 125
Gambar budak kecil comel! (pinjam post dari Hafiz/Izza)

4 comments:

pali said...

salam,

sangat benar KS. :D jazakallah atas perkongsian. :D

Anonymous said...

salam..

Sangat bersetuju ngan ayat dalam entry tu..nak dapat anak yg baek kena train diri sendiri dl.. baru nanti dapat anak yg senang didik.. termasuk la nak dapat bakal pasangan yang soleh atau solehah kena diri kita soleh atau solehah dulu...


peringatan tuk diri sendiri jgk.. ^_^.


p/s: sorry tumpang menyelit kasi kumen..hehe.

Anonymous said...

salam
bernah ditanya oleh budak Arab
' tahu berbahasa arab?'
n kawe jwb x tahu....
lepas tu dia tnya balik
'kalau cam tu cam mana kamu sembahyang n baca quran?'

kawe terpinga2...
kanak2 kecil2 cili padi...
he..he...

saya said...

alhamdulillah..sejuk perut mak yg mengandungkan kanak2 tersebut..yg penting didikan ibu bapa yg akn mencorakkan anak-anak.. :)