Lately, KS agak busy... segala macam datang. Tak sempat nak berkongsi cerita.
Apa2 pun pada hujung minggu ini KS akan pergi melancong ke negeri Terengganu. KS berasal dari sana pun...sesiapa tahu di mana Kampung Umbrella Hill? haa kat situ la KS membesar.
Ehem Ehem... tak payah nak bagi tahu banyak2 la kan, cuma tidak boleh dibilang dengan jari, berapa kali turun ke laut untuk mencandat sotong. Pernah ke KS pergi? TIDAK pernah walaupun kampung or nama jek orang Ganu... hehe. Aktivit mencandat atau disebut sebagai squid jig, adalah salah satu kaedah untuk memancing sotong. Kita tak panggil memancing sotong, tetapi mencandat.
Kaedah mencandat adalah seperti dalam gambar dibawah. Kebiasaannya sotong akan tertarik dengan cahaya putih dari bot dan akan naik ke permukaan, dan pada masa itulah umpan bersama-sama penyangkut akan dilabuhkan.
This time, KS akan pergi mencandat sotong (not sutun), bersama-sama teman di UPM dan juga kawan di UMT, dan sahabat2 di sekolah. Program dah dirancang... nnt kita lihat hasilnya
KS bersama-sama kawan2 singgah sebentar di pantai Batu Burok... sambil itu berdoa agar misi malam ini akan berjaya menaikkan satu kapal sotong! hahah
Cubaan awal oleh saudara Sobri, sorang lagi kawan kita...
And yes, I'm the first person catch this sotong... best!
Sotong kelihatan agak marah... ketika dalam air, warnanya putih jernih, lutsinar, seperti gelas tetapi selepas dinaikkan ia bertukar kepada merah dan warna putih. Mungkin tiada oksigen untuk bernafas dan kalau nasib tidak baik, terkena la 'racun' yakni dakwat hitam memancut ke baju or ke muka anda.
Maka, berhati-hati ketika menaikkan sotong... Itu petua brother2 tekong bot yang ada pengalaman mencandat sotong
Malam sudah berlalu, dan inilah sebahagian hasil tangkapan... banyak juga la.. ini jek yang tinggal selepas kami masak kari sotong dah juga masak hitam goreng.... sedap dan manis sotong!
Akhir kata, terima kasih kepada kawan2 semua yang sanggup bersengkang mata dan tahan mabuk laut...
PS: itupun selepas siap2 telan 2 biji ubat mabuk menyebabkan mereka semua merasa mengantuk!
Adios
3 comments:
As expected from engineering student, akan ada diagram of squid jigging XD
Anyway...lets have some fun this weekend, budak yang bukan from Terengganu apetah lagi membesar di "bandar" ni tak sabar nak experience squid jigging haha (sambil berdoa she won't make a fool of herself by throwing up during the night on the boat *amin*)
zie,kalau ada kat Malaysia aku follow dah
En Pedu: well bila hang mai balik sini kita p ronggeng la hahahha tu la bro... nk buat camne.. nntkan entry version ke dua. ada la cerita2 dia.
Post a Comment