Komen:
Keputusan Mahkamah melalui kes ini harus membuka mata semua pihak bahwa, undang2 adalah 'Teratas' dari segala-galanya. Bukan dengan menggunakan kekuasaan dan juga kehendak peribadi...
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytihar kosong
KUALA LUMPUR: Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sarif (dari BN) tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.
Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang tadi. - Bernama
sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091116184650/Article/index_html
1 comment:
Hehehehe.. politikus.. :)
Post a Comment