Tuesday, January 20, 2009

Percutian di New England

Hari Pertama di Rhode Island
Penerbangan jam 10.55am membawa kami berlima ke tempat Murni di Rhode Island pada jam 2 petang. Reese dan Mashitah sudah kembali ke tempat masing-masing. Yang tinggal, aku, Jep, Pedu dan juga Shidah serta host seterusnya, Murni. Setelah selesai urusan menyewa kereta, kami bergegas pulang dan meneruskan perancangan seterusnya.

[At New Port, classic downtown of Providence]

Sebelum singgah di New Port, kami singgah di jeti pendaratan hasil2 laut. Cuaca agak berangin dan agak sejuk. Pemandangan indah jambatan dari jeti tidak kami lepaskan. Banyak sudah gambar2 diambil.

[Kacau daun!Sorryyyy hahhaha ]

Rancangan awal dan yang utama adalah bermain ski akan tetapi terpaksa di batalkan setelah cuaca tidak mengizinkan dan juga semua tidak tahan sejuk. Tambahan lagi, mungkin agak kepenatan dah seakan terkejut dengan perubahan cuaca dari panas di Florida dan sejuk di Rhode Island. Badanku juga seakan panas dan berasa semacam nak demam. Kami berehat panjang untuk meneruskan aktiviti seterusnya.

[Bergambar dengan kereta sewa yang memang syok naik]

Hari ke-2; Snowman
Hajat tidak kesampaian untuk pergi bermain ski!. Hari ke-2 disambut dengan salji yang lebat. Aku terpaksa berpatah balik kerana tidak yakin akan keselamatan kami pada waktu itu dan memang keputusan kami tepat.



Salji turun tanpa henti dari pagi sampailah petang dan turun mencecah paras lutut. Apa lagi.... sesi ski ditukar kepada bermain snow dan membuat snowman beramai-ramai. Ada juga yang kena baling snow! Snow ni boleh buat ais kacang kah? Entah.... snow yg turun tak terjamin kebersihannya. Tapi yang penting snowman ala kadar dapat juga dibuat. Tak tahan lama-lama bermain diluar.

[Terima kasih daun keladi kepada host, Cik Murni! kalau ade rezki jemput lah lagi!Kami tak segan2 untuk ke sana!

Hidungku dah merah dan sama juga kepada yang lain. Si Shida pula budak ajaib! Boleh pulak dia bermain snow and ini mungkin pertama kali dia melihat snow. Sungguh EXCITED budak kecek ini! hehe



Hari ke-3; Boston

[Ada apa seh di Harvard Bookstore! haha posing tak ingat!]

Tempat yang dituju adalah Harvard University dan juga MIT. Wah, tak terlintas dalam hati untuk sampai disini. Harvard university agak sesak, seakan-akan ditengah-tengah pekan yang agak padat. Yang nyata, aku tak suka. Syukur aku tak study disini. Rimasss aku dengan bangunan sekeliling. Aku sukakan nature! Kami sempat singgah di Harvard Bookstoore & Coops. Aku membeli sebuah buku dengan harga 10bucks dan juga lambang Harvard. Agak menarik juga. MIT juga tak jauh dari Harvard University. Puas berjalan-jalan, kami sampai di MIT. Apa lagi! Bergambar lah.... Aksi lompatan adalah gambar yang paling susah untuk dirakam.

[Gambar yang paling aku suka]

Kesempatan yang ada, kami tunaikan solat jamak di dalam bangunan MIT. Tak ada apa yang boleh kami lakukan selain hanya melihat-lihat. Jam ditangan hampir waktu maghrib. So kami pun kembali ke tempat kereta dan menikmati makan malam kami dalam kereta. Diluar sana memang sejuk. Bagai ais mencucuk2 kulit kami.

[Malam hari Xmas di Boston downtown]

Arrggghhh... aku sendiri tak tahan.... Persinggahan seterusnnya di Hardrock Cafe setelah puas mencari-cari tempat untuk bermain ais scatting tidak ketemu. Aku membayar 26USD untuk sehelai baju berjenama HardRock di Boston.




Hari ke-4; Ice Scatting
Pertama kali dalam hidup aku bermain ice scatting. Arrggg.... buku lali aku sakit bangattt.... Kata Shidah, itu normal bg yang pertama kali bermain scatting dah belajar memakai kasut dan meluncur atas kepingan besi setebal 1cm. Fuh. Berat aku 70kg ditampung hanya 2cm x 2 kaki panjang!Macam mana nak stabil! ?Itulah yang menyebabkan aku jatuh lebih dari 10 KALI! Hahahahha Aku rasa tercabar melihat budak kecil meluncur laju memotong aku. “tak boleh jadi ni”. Aku mempraktis banyak pusingan dah akhirnya aku dapat juga meluncur tapi masih lagi amature!... Yang peliknya. Aku berpeluh! Wah aku rasa ini sukan yang terbaik dimusim winter. Daripada 5 layers, aku membuka semua baju-baju sejuk sehinggalah ke baju terakhir. Panasss dong....

[Inilah gaya2 amature pemain ice scates! sorang-sorang berjalan macam ROBOTCOP! hahaha tak tahan aku nk gelak walaupun tak jemu2 jatuh]

Perut terasa lapar yang teramat. Subway menjadi pilihan. Cukuplah. “One foot long please” Fuh berlagak untuk habiskan one foot long roti tapi apakan daya. Mengalah juga aku. Hanya Jep yang mampu menghabiskan. Aku kira, kalau aku habiskan mau juga aku tertidor diwaktu drive balik nanti!.

[Rest & makan Subway. Lepas makan suka hati lar...]

Sebelum itu kami ke New Port, kawasan popular untuk pelayar. Di sana kami singgah di rumah Kak Lina dan Abg Syakir. Sempat kami berkenalan dan berborak panjang.

Hari ke-5; Outlet lagi & Warung Selera
Outlet Wramthem menjadi lokasi pilihan semua. Betul ke outlet ni 2nd terbesar kat USA? Erm tak sure sangat. Kesejukkan membataskan pergerakkan. Mood membeli belah tak juga hilang. Aku masih ada lagi ‘hutang’ untuk aku lunaskan. Akhirnya jam tangan dan juga kasut Timberland yang aku dapat. Cukuplah. Jaket tak juga aku ketemui. Tak mengapa.... suatu hari nanti akan ada. Jgn diikutkan sangat nafsu membeli. Tapi rasanya aku dah menang kategori paling banyak bershopping dan menang kategori kasut terbanyak! Hahahahha Adehh....


[berselera sungguh! sejok la katakan yg membuatkan aku laparrrr]

Penat bershopping, Warung Selera (kedai masakan Melayu halal) di Connecticut menjadi destinasi jalan-jalan bershopping. Penat berjalan, hidangan mee goreng mamak plus tomyam menjadi pilihan. Minuman teh tarik! Fuh dah lama tak pekena teh tarik mamak! Alangkah bagusnya kalau dekat dengan UNL. Hari-hari aku menjadi pelanggan setia.

Hari ke-6; NYC yang aku tak gemar!

[sempat lagi bergambar sementara menunggu train sampai]

Subway? Fuh... aku rimas dengan suasana didasar bumi New York. Aku pening dengan suasananya. Memang aku bersyukur belajar jauh dari kesibukkan manusia. Bermula di New Haven, kami mengambil train untuk ke Grand Central yang memakan masa kira-kira 1.5jam. Apa lagi, tidorlah dalam train... Ada org berdengkur kah? Hahahha. Dalam perjalanan juga, Jep akan terus kembali ke Itaca (cornel University). “ Bye2 Jep. Sedih tapi apakan daya... Jumpa lagi lain masa lain ketika” Bas New York membawa Jep bersama-sama kenangan kami selama 14 hari percutian.

[Selamat tinggal JEP! huhu sedih2..sob sob]

Setelah bertungkus lumus membaca peta, Fadzli @ Pedu berjaya juga membawa kami ke NYC i.e. di Times Square. Arrrggg... apa yang menarik? Selain bangunan tinggi dan juga hiruk pikuk orang ramai, ada juga bunyi bising horn kereta dan bas-bas. What the world! Aku penat and stress..... pleaseeezzz. Akhirnya sampai juga lah kami di China Town. Agak janggal dan mungkin kerna waktu malam suasana tak lah begitu menari dan gambar juga tak lah berapa bagus.

Hari ke-7; Flight terlepas! Apalah nasibku.....
Aku belajar sesuatu dari pengalaman ketinggalan flight “ lain kali kalau nak naik flight at least 2hrs before departure time.. OK!!!!” “Yes Mam. TQ” kata makcik yg bertugas. Fuh, nasib aku baik dan aku terpaksa menunggu sehingga 5jam seterusnya untuk ke Chicago. They put me as a Standby! Alhamdulillah aku dapat juga terbang ke Chicago jam 5pm.

Sebelum itu, Shida dah berlepas seawal jam 12pm lebih. Aku tiba di Chicago dari Providence pada jam 7.30pm dah flight seterusnya untuk ke Lincoln pada jam 8.04pm. Tiba di Chicago O’hare, Flight bernombor F4325 masih segar lam ingatan aku di terminal F5 menanti untuk ke Lincoln. Wah apa lagi.... Semua urat darah aku dan juga hormon adrenaline aktif secara PAKSA RELA! Aku berlari dari Terminal E, melepasi kawasan gate utama dan juga melepasi juga Terminal D dan akhirnya ke Terminal F. Fuh aku rasa jarak tak kurang dari 300meter. Rekod! Dalam masa 10 minit sahaja aku dah sampai di Gate berlepas. Syukur.... Peluh muda mula keluar. Aku mengambil nafas panjang2. 5 minit kemudian aku mula masuk ke dalam pesawat. Fresh Orange dari AA Airlines buat pengubat dahaga aku dan ketibaan disambut oleh Bro Hafiz dan selamat tiba di rumah pada jam 10pm.

PS: Ucapan terima kasih kepada Host utama di Rhode Island i.e. Murni dan juga Umi. Tak lupa kepada pembantu pemandu, Fadzli @ Pedu... Tanpa anda, GPS sekadar hiasan! (walaupun kadang-kadang GPS mengelirukan)

FAKTA MENARIK DI NEW ENGLAND;

1. Pertama kali bermain ice scatting dah aku berjaya meluncur walaupun amature. Kira OK lah.
2. Snow shower at Rhode Island adalah pengalaman paling best.
3. Memandu 80miles/hr (>140km/hr) melebihi had laju 65miles/hr dgn hanya 1jam setengah dari Connecticut ke Rhode Island. Save 30 minit. Rekod peribadi. Biar laju asal selamat!
4. 1st time ketinggalan flight. So ada hikmahnya. Yang penting aku selamat tiba.

6 comments:

ainzoo said...

Ehehe...sakan ...tggu enrty aku pulak..wat masa ni lom sempat..kikiki

Ni je la masa nk bfoya2..pah ni, takdok la nk 200%..msing bz dg kja....tapi kan...

kalo ndak, 1000 daya...kan kan kan :-).

Anonymous said...

hello kak Ain hehe ok bile tuh nk kluar? hahah
Pas ni nk pg ke mana lak? Gunung Kalimanjaro kah... hehe

oon said...

new england sudah.. old england bila lagi? oon sentiasa menanti occcayyy

Anonymous said...

Oh.. Shah. Terharu aku mendengarnya aahhahha INsyaAllah aku PASTI akan ke sana...

Ben and Casey said...

Hai, Suhaizi.

Terima kasih untuk comment kat blog saya dan terima kasih untuk nak bantu saya belajar bahasa Melayu. Sekarang saya tak da masa untuk belajar lagi tapi bila saya balik ke Malaysia saya memang telefon Suhaizi untuk bantuan.

Sekarang saya hanya cuba tak lupa bahasa Melayu ;) Saya akan baca blog Suhaizi jadi saya tak lupa. Seronok blog Suhaizi. Saya terkejut tengok gambar dari Amerika. Wow, melawat New England dan Florida. Cuaca New England berbeza sangat, huh? Cuaca Florida macam Malaysia, huh? Macam tu seluruh Amerika. Di Colorado, sekarang macam New England tapi minggu lepas macam Florida. Cuaca Colorado beslah!
Kalau Suhaizi balik ke Amerika dan dekat Colorado, bagitau saya. Saya memang mahu jumpa kawan Melayu di Amerika.
Jaga diri,
Casey

Anonymous said...

wow. best! best! dan best! "kenangan spjg hayat" wei. missed flight & stranded kat airport tu dah jd mcm sebati dgn aku. hahaha...ada rezeki jumpe lagi!