Friday, January 30, 2009
Gelugor
Di sekitar bandar Terengganu hanya terdapat satu tempat sahaja yang dipanggil Kg. Gelugor. Nama yang diambil sempena nama buah asam yang menjadi turun temurun petua masakan. Bercakap tentang buah dan juga pokok ini, di kebunku di kampung ada sepohon pokok gelugor yang tingginya lebih kurang 20 meter. Jika kena pada musim, memang menjadi kebiasaan untuk aku dan juga bagi Mama & Tok Kuntum (nenek) untuk mencari buah gelugor yang masak ranum yang jatuh pada awal pagi. Kerja memotong untuk dijemur dan dikeringkan adalah rutin. Kalau bernasib baik 'ulat terbang' singgah di betis! Ulat terbang adalah pacat yang boleh menyelinap masuk ke dalam seluar dan juga stokin. Arggg....
Berbalik kepada Kg. Gelugor, suatu ketika kawasan ini amat terkenal dengan aktiviti pasar basah yang menjual pelbagai keperluan harian suri rumah. Dari segala jenis sayur tempatan dan juga ikan-ikan FRESH dari laut. Jika balik ke kampung halaman; "Umbrella Hill", pasti aku juga tidak ketinggalan untuk ku beli jagung yang digaul dengan kelapa parut. Memang ianya makanan traditional.
Jagung telah direbus dahulu sehingga terpisah dari tongkol jagung dan kemudian di gaul dengan kepala parut. Wah, aku pun tak tahu asal usul makanan ini. Dari Afrika kah? huhu Jagung bersalut kelapa parut biasanya diisi ke dalam daun pisang dengan dibuat berbentuk kon dan diselit dengan lidi daun kelapa. Amat murah sekadar 50 sen sebungkus. Aku boleh habiskan sampai 2 bungkus sebagai pelengkap sarapan waktu pagi di samping nasi dagang yang juadah WAJIB untuk aku. (ada sesiapa tahu masak nasi dagang ala Terengganu tak?)
Kalau tak ada di sana, Kedai Buloh adalah pilihan ditambah lagi yang paling dekat tetapi agak sesak. So jarang juga la aku ke sana. Pasar Gelugor tetap menjadi pilihan tetapi sekarang tak tahu la apa dah jadi. Masih ada ke tidak pasar kecil Gelugor itu?
[Asam keping adalah produk yang paling popular untuk tujuan masakan]
Labels:
Asam keping,
Gardening,
gelugor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Wakaka..ini tanda2 org tgh windu2an kampung halaman..kan?kan?kan? eheh
Kat Penang pon ada gaks nama Gelugor ni..
Ulat terbang ko tu pun jadik kawan aku gak...sokmo ulat tu tembak kat peyut...awwww...huhuuhhu
ei sedapnya asam keping wat laksa..errrrrr tlg buang gmbr pacat tu boley?geli le..huhuhu
wah, first time tengok gelugor fresh
kak ain; huhu tu lar kekadang prasaan rindu tu datang juga tapi nk buat mcm mane! kalu ade org boleh buatkan nasi dagang kat sini dah kira ok! hahahha Ulat terbang tu mmg biasa la kalu kebun.
Kak Nurul; takkan da tgok asam keping dah mengidam kot! hahhahahaha pacat tu teman saya! :D
kak natrah; iyer ke 1st time tengok! hahahha oo tau makan jek ek!
bijok ah nama "umbrella hill"!hidop umbrella hill!umbrella hill lening maju doh.doh jd pekan yg bz.almaklumlah,dh ade 7eleven.huhuhu.kalo dh rindu nasik dagang tu, kire kene sakit 'homesick'.sabor,zi.setahun je lagi,kan?kalo dop tahan gop,meh nop tolong pos rempah kuah nasik dagang.tp sana ada ikan tongkol dop?hehehe...
telan air liur aku bila dengar asam..huhu
Dear Alyana;
Bukan dah lama ke ade 7eleven kat sana! huhu
sudi kah nk post! hahha tak pyh susah2 lar. kot2 nnt tak lepas kat kastam US, bukan senang2 jek nk masuk barang2 camtuh. Kot2 depa ingat bom ke apa. Kalu nk masok ns dagang kene ade geng lar tak leh wat sorang2. tak pun buat versi US hehe and ikang leh di cari hehe.
Kamil;
Ko tau tak mmg kajian org lelaki memang suka makan asam! kenapa ek? hahaah bukan ko sorang jek terliur, aku lagi lar and apatah lagi kalu org tengah mengidam ke apa. hahaha
PS: aku takleh nk bukan blog ko! apesal ek? kekadang terkatop sendri. ade problem ke?
Post a Comment