Sunday, June 29, 2008

Chef Mirza Matt Deraman

‘Nak makan apa hari ni? Ada ke bahan untuk di masak?’. Agaknya itulah yang selalu Mama aku fikirkan untuk menyuap sesuap nasi kepada anak-anaknya. Begitu juga kepada sesiapa yang bergelar ibu! Itulah soalan yang biasa bermain dalam kepala aku. Hidup bujang tiada masalah bagi aku. Boleh sahaja makan apa yang ada dan masak ala kadar. Di sini hampir hari-hari aku masak. Mudah sahaja untuk memasak, dan aku masak pun dengan bahan-bahan yang ada sahaja. Kadang-kadang orang mengeluh susah nak masak akan tetapi kadang-kadang ada benarnya. Kadang-kadang aku masak nasi atau pun lauk-lauk untuk seminggu. Jimat masa dan tenaga. Cuma yang perlu dia buat adalah panaskan sahaja. Senang!. Makan nasi pun tak kerap. Dalam seminggu ada lah dalam 2 hari sahaja aku makan nasi.
Hari-hari lain aku banyak makan roti, kekacang, jagung dan roti Authontic Tortillas yang ala-ala roti nan yang pada kebiasaanya makanan orang Italy. Roti Tortillas adalah jenis roti yang sudah separuh masak, amat mudah untuk disediakan. Hanya perlu dipanaskan di atas pan kemudian makan la dengan kari ayam ke serta apa-apa yang sesuai. Di sini amat susah untuk mencari restoran halal. Hampir tiada. Kalau ada pun hanya satu sahaja. Itupun pak arab dari Iraq yang buka restoran yang terletak dalam 3km dari rumahku, kira-kira 10 minit berkayuh basikal. Makanan di sini amatlah mahal. Jadi baiklah sediakan sendiri makanan untuk di makan.

[Spagetti sea food]


[Daging masak a.k.a rendang! ]
Makanan Malaysia? Setakat ini aku belum lagi masak makanan Malaysia e.g. nasi lemak, nasi ayam etc... leceh! Itulah perkataan yang mungkin sesuai. Kadang-kadang sibuk dengan tugasan dan perlu baca journal. Amatlah banyak!. Masa membataskan semua itu. Jika ada pun, hujung minggu la masa terbaik, meluangkan masa bersama-sama kawan dari Malaysia, Pakistan dan juga Brazil. International student memang berminat untuk mencuba makanan dari luar. Aku pun sama. Ingin juga mencuba masakan Brazillian dan Pakistanians. Tepat tekaan aku! Masakan Pakistanian hampir sama dengan Malaysia. Cuma mereka ini banyak makan kari. Macam-macam la masakan tapi yang tetap ada adalah kari. Kari kari kari! Tidak boleh lekang! Brazillian pula banyak makan beans dan daging panggang. Setakat ini aku belum mencuba masakan Brazillian. Pernah jua di jemput tetapi aku berat hati memikirkan kehalalan makanan tersebut. Aku tidak berkesempatan untuk mencuba! Mungkin suatu hari nanti Luciano, Lethisha atau Mariana akan mempelawa aku untuk berpicnic bersama-sama! :D
Kari ayam, spagetti, nasi goreng cina, puding, sambal udang, ayam masak halia, daging panggang, ayam panggang dan macam-macam lagi masakan yang aku telah cuba. Memasak ni tidak la sukar! Yang perlu ada adalah berani mencuba, yaqin akan apa yang dimasak dan insyaAllah sedap la ia. JGN lupa baca basmallah kalu nak masak, moga-moga berkat makanan yang di masak! Hehe Misi aku di sini cuba kurangkan masakan yang ada kolestrol yang tinggi! Macam masakkan Malaysia memang terkenal dengan minyaknya (yang ni takleh tahan), dan makanan yg digoreng! Dah sampai kat US ni baru la dapat kawal sikit pemakanan. Tapi orang-orang US ni banyak juga yang gemuk-gemuk. Bahkan aku rasa capai tahap OBESITI!. Memang lg dasyat dari Malaysia! Kat sini memang banyak fast food, burger, ayam goreng dan macam-macam fast food yang frozen. Mudah tapi ‘beracun’!!!

[Pot-luck di apartment Brother Yaseen]


[makaroni kegemaran aku]
Di mana nak dapat makanan halal? Alhamdulillah kat sini ada 3 store halal. Kesemua store halal adalah milik orang Islam dari Iraq. Mereka merantau ke US dan berkerja sebagai peniaga. Tidak kurang juga dia masjid. Masjid juga ada menjual daging, ayam halal yang rata-rata diimport dari Chicago. Jadi tidak lah menjadi kesukaran bagi aku untuk mencari daging dan ayam yang halal. Bukan ayam katok! Kebiasaanya, selepas solat Jumaat sementara Brother Fahd keluar, aku mengambil kesempatan untuk membeli daging mahupun ayam di masjid tersebut dan pada masa yang sama membantu menggerakkan ekonomi masjid tersebut. Cukup untuk bekalan selama seminggu dua.

Aargh, hari ini aku masak puding cocktail buah-buahan. Brother Tahir mencadangkan aku menyediakan dessert untuk kami mengadakan pot-luck dinner bersama-sama. Puding? Sepanjang aku hidup tak pernah aku buat! Dulu pernah la aku tengok Mama aku buat, itu pun dalam masa menjenguk, aku sempat mencari sudu dan mencuri sebiji laici sebelum puding mengeras!! Hahaha Sekarang aku menunggu puding aku mengeras untuk dijamukan kepada sahabat-sabahat sekalian petang esok. Moga-moga puding Chef Mirza Matt Deraman menjadi!
a.suhaizi, NE
June 29, 2008

3 comments:

Anonymous said...

Suhaizi...sungguh enak2 belaka makanan tue!!:)

~Kak Ifah~

Anonymous said...

ada jugak ek yang masak seminggu sekali, ingatkan k.ez jer,i did that when i were post grad kat upm...ouh seri serdang..rindu kat surau hijau

A.Suhaizi said...

hahah enak la sangat! hahaha