Thursday, March 17, 2011

Lunch Box

Assalamualaikum

Kanak-kanak

1. Lama juga KS tak menjengah masuk ke laman blog ini. Kali ini KS ingin membicarakan berkenaan dengan budaya yang kita pernah ada suatu ketika dahulu terutamanya semasa peringkat sekolah rendah, yakni budaya membawa bekal ke sekolah atau dalam bahasa omputeh; "Lunch Box".

2. KS rasa budaya ini perlu diwujudkan kembali kerana banyak faedah yang diperoleh. Antaranya, tentu sekali jika ada anak bersekolah, boleh menjimatkan wang belanja sekolah anak-anak terutamanya bagi keluarga yang kurang berkemampuan. Secara tak langsung boleh la membantu menjimatkan wang saku si ayah untuk menampung belanja sekeluarga.

3. Selain itu, orang kata ada keberkatan dalam makanan yang kita makan!. KS percaya, secara rohaninya mmg ada kesan. We on what we eat!. Jatidiri kita terbentuk daripada pemakanan yang sihat. Ewah KS bukan dietation yeeerrr.... Apa2 pun, elok lah begitu jika tidak mana lah kita tahu tahap keberkatan dan kesucian makanan yang kita beli di luar. Halal ke tidak. Bersih ke kotor. Sumber bahan mentah masakan dari mana? Semua persoalan tersebut adalah asas kepada pemilihan makanan. Oleh yang demikian, eloklah bawa bekal dari rumah.

Antara contoh2 decoration lunch box untuk menarik perhatian kanan-kanak untuk makan.
 Cute Lunch BOX


 Adult
4. Haaa... kata orang, bawa bekal itu untuk budak2 sahaja. Eh iyer ke???? Sekadar perkongsian, semasa KS di belajar di Nebraska, USA 2 tahun lepas, budaya membawa lunch box ini adalah perkara biasa. " Oh.. today I got a lunch box from my wife... a cup of rice and nice fish curry.... so I have to make sure at the evening I have to return it with empty box" and we just give him an honor and smile at him.... Itu kata-kata seorang Professor tika sama-sama lunch di pantry. So, tidak salah jika orang dewasa bawa bekal untuk ke tempat kerja. Namun begitu, makanan yang dibawa haruslah sederhana dan senang untuk di makan. Pilihan lelaki selalunya begitu! hahah tips untuk golongan hawa... Apatah lagi jika makanan yang di buat sendiri oleh isteri habis sehingga menjilat jari....

5. Isteri KS ada menyediakan masakan untuk dinner: Olio Spagetti katanya... Bukan main sedap lagi... so apa lagi... dia pun tapaukan lah bawa ke office...


Alhamdulillah, kenyang. Moga-moga berkat air tangan isteri memudahkan kerja harian di pejabat.

1 comment:

Anonymous said...

Menu untuk suami yang baik hati :-*