Monday, September 29, 2008
1 Syawal yang dinantikan
Ramadhan akan melabuhkan tirainya, dan bermulalah bulan baru bg umat Islam; Syawal yang pasti dinantikan semua umat islam. Pasti tak lain tak bukan untuk merayakan Eidulfitri. Tahun ini adalah pertama kali dalam hidup aku beraya berjauhan dengan keluarga tercinta.
Apakan daya! Inilah adat perantau dan belajar di negara orang yang harus aku bayar! Dan ia sebenarnya sebuah pengorbanan! Yang nyata aku tak kesorangan di sini. Ramai lagi Malaysian di USA dan masing-masing sudah pasti merindui keluarga di Malaysia. So, aku kira bersyukur juga lar, mungkin ada lagi yang bernasib malang dari aku. Alhamdulillah akan segala nikmat kurniaNya.
Hari Raya akan jatuh pada hari Rabu, Sept 1, 2008 (hmpir genap 8 bulan aku di USA)... tapi aku ada kelas pagi tu seawal jam 8 dah kena ada di jabatan. Apakan daya... Minggu ini sarat dengan tugasan dan juga Lab plus EXAMs!!! Entah lar mungkin aku boleh meminta izin keluar awal pagi Rabu ini untuk bersolat hari raya bersama-sama Bro Hafiz dan juga rakan muslim yang lain.
Baju melayu baru tidak lagi tergosok!Songkok? sampin adakah? Ermm... itulah keadaannya kalau keadaan di kampung halaman dan tidak di sini. Agaknya macam mana yek berhari raya di tempat orang?
/A.Suhaizi, NE. 0145am
Tuesday, September 23, 2008
Salam Perantauan...

Assalamualaikum wbt semua...
Salam Eidulfitri kepada Mama dan Ayah di Umbrella Hill, semoga sihat keadaannya. Selamat menyambut hari raya! Maaf zahir & batin serta halalkan makan minum anakmu ini sepanjang hidupku menikmati nikmat kasih sayang yang tidak berbayar. Juga kepada adik-adik yang selalu diingati, rajin-rajin belajar, kene enjoy raya tahun ini walaupun tak dapat duit raya. Pakai baju raya cantik-cantik!
Tak lupa jua kepada sanak saudara di kampung. Makan kuih raya, lemang ketupat ingat-ingatlah kat orang disini! haha Nenekku; Raja Kuntum Raja Ali, doa cucu kesayangan nenek ini moga nenek sihat walalfiat kehendakNya
Dan juga kepada teman-teman seperjuangan di perantauan, la'tahzan (jgn bersedih), moga-moga dikuatkan iman dan hati menimba ilmu di tempat orang. Sahabat-sahabat di USA (Hafiz& Izza, Murni,Jep, Shaiza, Reece, Shey, liya, Ama dan lain2), di Netherland juga(Huda, Fazilah, Dang, Izan & yang lain), Belgium (kak natrah, nurul), Australia (Bro Nazmi, Amni, Hafizzudin, Che Mat), Jerman, Russia, UK (Onn, Bakh,) dan tak lupa di Malaysia; di UPM, X-KBP serta khasnya semua pensyarah di UPM terutamanya di JTP dengan ucapan...
SELAMAT BERHARI RAYA, MAAF SEGALA KHILAF YANG PASTI ADA. MAAF ZAHIR & BATIN
P/S: Ada video best di bawah!terutamanya yang berada di USA! hehe tengok jangan tak tengok! moga-moga ceria sokmo!
Saturday, September 20, 2008
Catatan Ramadhan #3: Fasa baru berpuasa
Ramadhan sudah memasuki fasa terakhir dan akan melalui sepuluh malam terakhir. Dan sudah pasti ramai umat Islam tidak melepaskan peluang sebegini untuk mencari keredhaNya serta mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan; malam lailatul qadar. Kendatipun, aku masih tercari-cari dimana aku harus memulakan cara baru berpuasa ditempat orang. Salah satu cara mengisi ‘kebusanan’ berbuka puasa kesorangan di aparment! majlis berbuka puasa beramai-ramai adalah salah satu aktiviti tetap di hujung minggu dikala tidak sibuk dengan kelas dan tugasan harian.
a.jpg)
Berbuka di masjid
Hampir setiap minggu aku berkunjung ke masjid di Lincoln yang terletak agak pendalaman kira-kira 12km dari campus. Dengan bantuan sahabat baik yang juga dari Malaysia, brother Hafiz dan juga Izza serta 2 orang lagi kawan dari Pakistan kami berkunjung ke masjid untuk berbuka bersama-sama jemaah muslim yang lain. Memang meriah berbuka di sana. Jika nak dikira tentang makanan memang bermacam-macam dapat makan dari kari, sup nasi dan kuih serta kek (macam-macam rupa bentuk dan rasa) yang tak pernah nampak. Ibarat kata, tidak ada menu sebaik di bulan Ramadhan!
Dalam masa begini, masing-masing ada punya giliran untuk membawa juadah untuk jemaah berbuka puasa di masjid. Menu dari Sudan, Arab Saudi, Pakistan dan macam-macam lagi juadah. Bercakap tentang makanan, sebenarnya ia juga sebahagian daripada ujian di bulan puasa. Nafsu makan akan mengawal diri seandai tidak dapat dikawal dengan seadanya. Ada kala orang bujang macam aku ni makan banyak juga tapi masih lagi dalam sederhana! Kot kot nanti susah nak bersolat tarawikh pula! Alhamdulillah ada yang sudi menyediakan juadah yang begitu sedap. Buat pengetahuan, setiap hari iftar akan diadakan sepanjang ramadhan.
Aku rasa kalau bukan bulan puasa, jauh sekali untuk aku merasai juadah makanan dari pelbagai bangsa ini! Memang menarik bukan? Itulah istimewanya Islam. Islam untuk semua. Islam sesuai untuk semua bangsa. Islam mengeratkan tali persaudaraan sesama manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan juga keturunan. Di sini, boleh dikatakan ramai kalangan mereka adalah daripada Sudan, dan juga dari negara arab yang lain. Mereka sudah lama berhijrah disini dah bekerja di sini tidak ketinggalan juga yang menjadi pelajar.
Jazzakumullah hu khairan kathiran Ya Ashgar
Hari ini brother Yusof ada membuat pengunguman bahwa salah seorang jemaah akan pulang ke kampung halaman. Beliau adalah saudara Asghar dari India. Begitulah keprihatianan yang diberikan kepada muslim terhadap muslim yang lain. Harusnya kita selalu mengambil berat sesama islam. Brother Asghar akan pulang ke India setelah agak lama menetap di Lincoln dah antara paling aktif berbakti kepada masjid di sini. Memegang jawatan sebagai Treasurer berjaya menghidupkan suasana meriah dalam masjid.
Aku juga merasai keikhlasan beliau untuk mencari sumber-sumber kewangan untuk membantu masjid termasuklah menjual juadah makanan tengahari setiap kali selesai solat Jumaat hanya semurah 3dollar untuk nasi lauk ayam serta sayur ketika bulan sebelum bulan puasa. Bagi aku memang murah! Aku juga selalu membeli dikala malas untuk masak tengahari. Itulah jasa dia yang pada aku amat dikagumi. Dedikasinya kepada masjid menjadi panduan kepadaku. Sebagai seorang muslim, perpisahan kerana Allah adalah sebaik-baik perpisahan. Aku serta jemaah yang lain memeluk memberikan sokongan moral terakhir kepadanya dan juga mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan jasa yang telah dicurahkan.
Terasa jua perasaan sebak dan memang itu adalah lumrah manusia semasa perpisahan sebagai tanda keikhlasan persahabatan. Persahabatan dan pertemuan yang singkat membawa seribu makna untuk aku di sini. Semoga jasa dan baktimu dibalas setimpal olehNya. Aminn....
Jazzakumullah hu khairan kathiran Ya Ashgar!

Kad Raya!

Assalamualaikum kepada Brother Hafiz & Izza.
Terima kasih atas pemberian kad raya! biasala kan hidup kat negara orang macam ni lar hehe well nantikan sesuatu istimewa! hehe
Friday, September 19, 2008
Masters project…
“Hi Ahmed, how are you today?” (With American slang) That is the way normally my SV greeting me every time if I am going to meet him or he comes to the lab. Something was happen today and it’s looping up my head right now! Argg… yes I have been looping up since last month though. “What you want to do about your master project?” I am slowly looked at his face, trying to find the best words to explain. My SV asked me the most killing question; and its does…. I am kinda not really confident on what I am talking about. I told him that I want to do this and so on…. From lower voice, he knew that I didn’t confident as well and I must remember that I really need to do a lot of work too!
The thing is I am totally mess up; contradict with my first decision and etc. It is so call Dopey & Bashful? But not yet sneezy (sick), grumpy (easily irritated) & sleepy (tired)! Oh my gosh…. (Kak natrah! Now I felt that!)
Then I asked for his opinion and he said “You know what, if I were you… I would think that the interesting project that never done! And I will do that with the capability that I had” And he added “Hey world! Look at what I have! I develop that NON on this world done yet! And I believe you have good education and you have that ability”.
Thank you for inspire me Slava! I will give my answer to you soon…

Subscribe to:
Posts (Atom)