Friday, June 27, 2008

Angkara Coffee...

Minggu ni memang agak memenatkan. My advisor pun dah balik kampung sekejap, bercuti katanya. (masih tak terlepas dari tugasan dan terpaksa pergi ke Lab untuk belajar programming dan bermain dgn Robot!). Mungkin menghabiskan cuti summer sebelum masuk semester baru dan mula sibuk dengan tugasan dan project pelajar. AKu? Entah lar. Semester pendek Summer aku terpaksa enroll untuk satu kelas. Kelas Application for Algebra agak mencabar selepas 3 tahun meninggalkan alam sebagai pelajar engineering. Mula-mula susah nak kejar, aku nih cam lembab sikit... mungkin banyak minum coffee kot! hahaha tapi aku cuba juga la nk kejar apa yang Madam Marta ajar. Malam-malam KONON nya nk stay up nk study, rupa-rupanya aku pun tertidor berbantalkan nota-nota kelas. Aduh! apa nak jadi kat aku nih!


So far, dapat juga aku follow kelas setelah 2 minggu berada dalam persediaan minda menerima kembali ilmu matematik. Dalam kelas tu hanya 4 orang sahaja graduate student, yang lain semua undergraduate, minda masih fresh dengan ilmu-ilmu matematik. Pantas sahaja menjawab soalan-soalan. Aku terkesima! Macam ni takleh dibiarkan!
Angkara coffee atau aku yang....

Saturday, June 21, 2008

As-Syam

Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, akhirat di hatiku. Amin...


"Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; Dan bulan apabila ia mengiringinya; Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya); Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!” (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. 


Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil)"
(Surah As-Syam)



a.suhaizi. 9.30pm. NE

Built your own garden





Dirty of soil, hot under the sun, dirty, worm, frogs and etc.: that the gardener’s close friends ‘. Gardening is fun, easy and anyone can do it. I wish more people will start on gardening; perhaps it’s good for family’s activity. Why need a garden? Gardening needs persistence and dedication. Gardening of fruits and vegetables are good to have indeed can save the money, but they can be harder to maintain. They need initial fully care from the pesticide and other weeds.

[Chili is the easiest crop to growth: within 1 month they will start flowering if they are in good care]


[Begin with the simple small plot for tomato or others vegetables]


How to start garden?

First we need to plan. Choose the best crops to growth such as long beans, vegetables, tomato and etc. The soils must be suitable enough. Cannot be too sandy or to clay soil. Sandy soils will lose a lot of water from the soil surface which is for the root zone (normally 0-30cm from the soil surface). Keep in mind the space and the available of the lightening as well as the cover to avoid accesses of water from the rain and to hot from the sun. Growing the tomato and vegetables such as ‘cili api’ is easier, ‘serai’, ‘daun pandan’, ‘bendi’ is easy to growth. Perhaps we no need to buy from the market. Furthermore, we will have the fresh vegetables without the poison. To make an easy guidance as a beginner in garden, we can surf the websites such as www.bhg.com which will give us the guidance to do the layout of the small plots. We can buy a very cheap seed in the market.
a.suhaizi, 5.30pm, NE

Qalam

This is the first virtual blog that I have. I was intended to create a blog as well as become as Blogger, propose by Pn Natrah (biasa lebih mesra panggil Kak Natrah). Thanks Kak Natrah!. At first time I am not too interested but after a few months when I was here, in Nebraska, USA, I feel like I need to post something to share to my colleagues even for my parents. (If they know!). Is it look like a personal diary? Erm… Does a man have a diary too? I don’t have answer my question…. But, using the blog will create enthusiastic feeling of the words combinations… Sometimes, all the night thinking the right words to be used. The word we used shows our attitude, knowledge, perspective and thinking or idea, perhaps.

a.suhaizi-5.20pm, NE, USA

Saturday, April 19, 2008

Sudah tiada lagi


Aku ‘versus’ Sahabat



Jika dibandingkan dengan perjalanan aku di sebalik peta Malaysia, aku mengira perjalanan aku ke bumi USA tidak la setaraf dengan perjalananan dakwah sahabat-sahabat Nabi saw dan mungkin tidak sama sekali. Perjalanan mereka sungguh mencabar dan penuh dengan harapan dan maklamat. YAkni matlamat yang telah digariskan oleh Baginda Nabi Muhammad Saw. Abu Darda’ adalah salah seorang daripadanya. Beliau memulakan dakwah bersama-sama baginda saw di Madinah dan kemudian berdakwah dan berkhidmat sebagai guru mengajar hal ehwal di Syam. Beliau memimpin perjuangan Islam di Mesir untuk menghapuskan kezaliman Rom di Mesir. Beliau adalah sahabat yg rapat dengan baginda saw yang turut berjuang bersama-sama sahabat yg lain seperti Muaz bin Jabbar yang merupakan pengumpul dan penghafal al-quran. Namanya adalah sebaris dengan sahabat-sahabat. Kata-kata mutiara sering keluar dari bicara dan mempamerkan kecerdikan sahabat baginda saw ini. Ternyata sahabat ini tidaklah sombong dan membanggakan diri atas kurniaan nikmah Allah kepadanya, tetap merendah diri kerna katanya ilmu yang dimiliki adalah milik Allah swt. Itu adalah sedikit sebanyak sejarah islam yang terlekat kuat dalam ingatan aku. Abu Darda’ tiada lagi!. Perjuanganya mungkin menjadi kenangan di kalangan sejarawan dan hanya berkisah di dalam kuliah.


“Wahai penduduk Syam!” Kata Abu Darda. “Kamu semua adalah saudara seagamaku, jihad dan perjuangan menentang musuh. Tetapi saya hairan melihat kamu, kenapa kamu tidak merasa malu! kamu mengumpulkan benda yang kamu tidak makan. Kamu harapkan apa yang kamu tidak akan capai. Beberapa kurun sebelum kamu pun, mereka juga mengumpul harta dan menyimpannya, membina bangunaan dan mengukuhkannya. Akhirnya kesemua itu binasa. Ia sekadar angan-angan belaka, kediaman mereka menjadi perkuburan. Mereka adalah kaum Add yang tinggal di anatara Aeden dan Oman. Ayuh sesiapa yang mahu membeli harta mereka daripadaku dengan harga 2 dirham?” Sebaik mendengar nasehat tersindir Abu Darda’ sebahagian jemaah yang hadir menagis keinsafan. Begitu terkesan nasehat Abu Darda' kepada penduduk Syam yang cintakan kebendaan.

Sirah sahabat tidak banyak yang aku tahu yang mampu aku jadikan iktibar dalam perjuangan Islam. Waimur Ibn Malik atau Abu Darda’ adalah salah seorang pejuang yang sepatutnya aku contohi. Abu Darda’ sudah tiada lagi!. Aku menyangjung perjuangan mu, namun apakan daya aku untuk mengikuti jejak langkah mu? apa kudrat aku untuk menggapai ilmu Allah yang hanya setitis air laut yang aku miliki dan mungkin kurang dari itu! Aku mengenang perjuangan ilmu dan rohani dalam meninggikan syiar Islam tercinta. Moga-moga aku jua mempunyai semangat perjuangan sepertimu. Amin


A.Suhaizi, NE, USA, 5 April 2008