Tuesday, August 31, 2010

Yukkssss

After watching this video, beware of the food that you are taking for your daily diet.... Especially those unhealthy food such as Belacan or Budu...ERKKKK





Wednesday, August 11, 2010

Food Basket

1. Malaysia is really famous in foods and some of my friends from overseas call this country as a food heaven country. I kinda little bit surprise yet agree with them....

2. However, there is a needs to monitor the people's diet in order to maintain their health life style. Even now there is a latest publish of the food pyramid for Malaysia. Do we aware??  From my observations, there is an obvious change especially on the protein part. Well, sure I like to eat more fish than other.... hahahah I got a change to meet one dietitians about this, and he even mentions that fish-eating habit is good for health, even better compare to others. hahah So NOW I am thinking of my hometown, how lucky I am. 



3. One of the approach that dietitian or a nutritionist should do is monitor the food basket. Meaning to say that they should conduct a study to trace/monitor the type of food , amount and also the monthly expenses spends by the Malaysian.


4. Food basket for Malay vs Food basket for Chinese vs Food basket for India vs Food basket for other races would be different. SURE will be HUGE different. Reported study, the highest rate of obesity among Malaysians is lead by India, Malay and followed by Chinese. Why Chinese has a lower rate of health problem? Always drink hot tea or what? did they eat nasi lemak or not???

5. Why not other races learn something from Chinese culture? I think this is what we call 1Malaysia right! hahaha If not, 1Malaysia will be non sense....Somewhere on mid of this month, I will visit the vegetable farm. So let see what I will have.

Tuesday, July 20, 2010

Al-Fahl (Kuda)


Nama scientific kuda: Equus caballus (eh-kwus ca-ba-lus)

1. Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'. Begitulah sedikit sebanyak bingkisan sejarah silam kuda dalam peperangan dalam era keagungan Islam. 

2. Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab. Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kontang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas, kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.

Adakah nama kuda disebut di dalam Al-Quran?
1. Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.
 Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
2. Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan ( bukan perjudian).
3. Mengikut catitan dari buku kuda "Fadl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab di pergunungan..
4. Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).
5. Mengikut kitab  al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah saw, kemudian dizaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.
Fakta menarik dalam hadith berkaitan kuda?
1. Al-Baladhuri menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."
1. Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah saw sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatihan kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan. Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya "Masnad' dimana Anas telah ditanya " Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?" Anas menjawan "Ya"
"Demi Allah, baginda berlumba dengan kudanya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira." Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.
3. Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniya sehingga Masjid Banu Zurayk. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.
4. Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw. "Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur putih di kepala dan mempunyai warna putih di bibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )
 Fakta berkenaan kuda,
Facts about horse:
  • The Skeleton of the Horse Consists of 205 bones
  • Normal body temperature in adults : 99.50 F – 101.50 F
  • Normal pulse rate : 33 – 41 / minimum.
  • Normal respiratory rate : 8 – 14 / minimum.
  • Normal heart rate : 32 – 44 / minimum.
  •  Normal color of conjunctiva mucous membrane : Pale roseate.
  • Number of mammary glands : 2. 
  •  Age of puberty : 15 – 24 months.
  • Length of 0 estrus cycle : 21 days ± 5 days.
  • Length of 0 estrus : 6 days ± 4 days.
  • Gestation period : 336 days ± 5 days (average 340 days)
  • Breeding life : 18 years ± 2 years.
  • Best breeding season : early spring.

Rujukan:                                         



Tuesday, June 29, 2010

Pesanan tersirat

Semalam KS pulang sedikit awal dari kebiasaan. Azan maghrib dari radio IKIM berkumandang jelas dalam radio ketika pulang. Seperti biasa cuaca di sini, hampir setiap petang hujan akan mencurah-curah. Alhamdulillah. Hujan itu rahmat!

Selesai KS park kereta di bawah kawasan perumahan, terserempak dengan seorang bro dari kelantan. Dia dah kawin dan anak 3 orang dan juga jiran di area rumah KS juga. Tetiba anak-anaknya turun menuruni tangga....lari keanak-anakan...laju dan sempat tersenyum kat KS. Eh baik & pandai pula budak2 nih hormat kat orang tua. kata KS dalam hati.

KS: Adik nak ke mana ni? (KS cuba bertanya)

Budak kecek: syuraaaa....(sambil tersenyum manja kanak-kanak dan KS tak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh budak perempuan kecil)

KS: Nak ke mana...??? ( bertanya lagi untuk kepastian)

Budak Kecek: Nak ke surau, surau.... 2 kali di ulangnya. (dengan nada manja kanak-kanak). Tak habis disitu sempat lagi dia bertanya.... Abang tak ke surau ke?

KS:......tergumam......tongue tied! KS tak mampu nak membalas pertanyaan anak kecik ini. Kali ini aku cukup2 terasa.

Dan pada masa itu aku teringat kata-kata ustaz. Kalau nak anak yang soleh dan solehah, kena didik anak dari sekarang! Aik macam mana tu ustaz? sedangkan saya tak berkahwin lagi.

Jawapan Ustaz: Dengan mendidik diri dan peribadi kamu yang terbaik! Insyaallah anak dan zuriat kamu akan menjadi baik seperti yang kamu kehendaki. Kerana sifat anak-anak itu adalah mengikut perangai ibu bapanya, begitulah pentingnya pembentukan sahsiah seseorang sebelum dan selepas berkahwin dan mendapat zuriat.

P.S: sekadar pesanan untuk diri sendiri

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Surah al-Anam ayat 125
Gambar budak kecil comel! (pinjam post dari Hafiz/Izza)