Friday, June 25, 2010

Jaket dari kulit khinzir?

Suatu ketika KS pernah bershopping on-line dia US. Dan hajatnya ingin membeli kasut kulit hitam. Pabila kasut itu sampai KS terperasan kulit buatan kasut tersebut adalah daripada kulit khinzir. Apakah hukum memakai pakaian berasakan kulit khinzir?

Kepada sesiapa yang berada di US pasti pernah melalui pengalaman ini. Apa pandangan ulama?

Wednesday, June 23, 2010

Ruang Rindu



Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

......Corrus....
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kuterima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Monday, June 21, 2010

Mencandat Sotong 3

Kali ni KS ingin membuat sedikit analysis tentang sotong.
 
Mengapa sotong intense untuk memancutkan cecair hitam? What is the  
black ink? Darah sotong?
 
Apakah warna sotong semasa hidup berenang2 dalam air? jika jawapan  
anda adalah berwarna putih sudah pasti kurang tepat!!! Warna sebenar  
adalah cristal clear.. Pelik tp benar dan itulah KS perhatikan semasa  
ekspedisi mencandat sotong. 
Tetapi semasa sotong 'marah' badannya akan bertukar kemerahan. Cool hehe
 
Kemudian selepas ianya mati barulah perlahan2 warna badan bertukar  
kepada putih2. Adakah disebabkan krhadiran air laut dalam badan  
membantunya bertukar warna? Or adakah air laut adalah sebahagian  
daripada jisim tubuh badannya?
 
Harap2 orang fisheriea boleh tolong jawab! Huhu Murni? Jep? Kak Ifa? Dr. Ina? hehe
 
Generally, the tube (or body) constitutes about 40% of the animal's mass, the fin (or wing) 
about 12%, the tentacles about 14%, the outer skin about 3%, the head (including eyes and beak) 
about 5%, with the balance (26%) made up of the inner organs.

Wikipedia
Lihat di sini


I was thinking about Squid Robot.
Rupa-rupa dah ada brillian guys yang dah buat kat Jepun... Awesome!

Video di sini

Saturday, June 12, 2010

Mencandat Sotong 2

Ketibaan
Kami tiba di stesen bas KT pada awal subuh, kira-kira jam 0530. Perjalanan dengan bas amat memenatkan pada malam itu! walaupun gah menaiki bas dua tingkat... tapi semacam KS naik kereta kuda... huhu So petua untuk kawan-kawan untuk tidor lena dalam bas adalah pilih bas yang baik dan tempat duduk yang berada di tengah-tengah. If rasa nak naik macam kereta kuda or a tank! haa boleh lah cari seat betul2 atas tayar bas, depan atau belakang! hahahha.  Selesai solat subuh KS dan rakan2 yg lain perlu menunggu kereta sewa. Kalau sapa2 nak sewa kreter kat Ganu ok lar. Link di sini! (nak senang google aje).

Tour de KT
Selepas check in di homestay KS dan kwn yg lain berangkat berkunjung ke rumah KS di Umbrella Hill. Apa lagi jamuan special nasi dagang Ganu bersama-sam kropok lekor dan pelbagai lagi... huhu harap kalian semua enjoy the foods….

Then hari tak brapa nak memihak kepada kami semua. Angin Laut Cina Selatan yang kuat meniupkan awan hitam ke negri Tganu. So pagi tu hujan agak lebat menghadkan perancangan program kami semua. Tapi masih sempat la kami singgah ke Masjid terapung di Kuala Ibai. Kalau tak hujan pasti cNtek pemandangan kawasan ini.

Siapa yang cemburu?
Lokasi seterusnya adalah Pantai Batu Burok. Alhamdulillah cuaca amat tenang dan bagi KS tak lah terlalu panas. Hujan baru aje berlalu so kami semua bleh la bergambar sakan. KS yag berasal dari Ganu sendiri pun tak pernah puas menikmati pemandangan pantai. KS teringat kata seorang ilmuan, " Tika kau menghayati keindahan dunia ciptaanNya, telingamu yang mendengar bunyi alam yang mengasyikkan cemburu akan mata yang melihat keindahan pantai yang begitu tenang " Begitulah indah nya jika kita dapat menghayati alam.. ewah time gini plak nk jiwang karat hahaha.

Mencandat
Selesai urusan membeli sedikit bekalan untuk mencandat sotong dan berehat, kami berkumpul selepas asar untuk menaiki bot di Pulau Wan Man. Jeti ini berdekatan dengan Masjid Kristal yang menjadi tarikan pelancong ke negri ini. Tepat jam 530pm kami menaiki bot nelayan untuk menuju ke lubuk sotong. Kemudian lebih kurang sejam perjalanan tekong bot pun sampai ke lubuk.



Setelah diberi penerangan ringkas macam mana gaya mencandat sotong, tak sampai 30 minit KS melabuhkan umpan olok-olok, akhirnya KS berjaya menaikkan sotong yang pertama! Perasaan gumbira tak boleh nak dibayangkan. Kemudian diikuti kawan2 yang lain juga.... Itulah penat juga lah mencandat nih. Tak boleh nak bayang la macam mana nelayan boleh survive dengan pekerjaan macam nih. As my mom said " pergi lah if nak rasa betapa susahnya orang turun ke laut mencari rezki". huhu Berapa sen sangat lah pendapatan awok awok ning. Harga pasaran semasa 1kg sotong dalam RM14-17. Agak mahal. Sekurang2 nya KS dan yang lain dah merasai pengalaman ini. Anda bagaimana? Hehe

Kami dikira agak bertuah dengan membawa balik agak banyak hasil dari laut. Itu kata tekong bot kami. Bot kawan kami tak seorang pun dapat hasilnya "Fuh rezki mung sume muroh malam ning" dengan dialek Ganu tekong bot berceloteh sambil memegang stearing bot dan memerhati GPS dan alat mengesan ikan. Dan lagi pada mlm tersebut cuaca agak panassss so nak tidor pun tak lena (Lupa pulak nk bawak kopi Hang Tuah ;) ) So kami mencandat ajek la, ape nk buat lagi... ada yang kepenatan mencandat pakai kaki! hahahahha lawak seh.... Kami nak tunggu penat jek then bru nak tidor.

So...siapa yang mabuk sebenarnya!
Baru 5 jam mencandat, kwn2 yg lain dah kelihatan sangat penat. Trima kasih kpd dude yg tlg masakkan kari sotong dan sotong masak hitam. Kami agak lapar juga time tu. But Eeewwww hahah kari sotong is fine la nak makan tp menu satu lg tu... Rasa ajek la satu kerat. Tobat xnak dah masak cmtuh. So KS dan Sabri, selaku ketua ekspedisi jejak sotong berbincang dan kami bersetuju untuk memendekkan program, tidak sampai ke subuh hari seperti yang dirancang. Ini kerana terdapat masaalah 'luar biasa' yang biasa kita tak expect dari peserta. hehe (paham2 ajek la....)

Semua xmabuk so xde yang vomit. Tu la ape tak mabuknya, semua dah telan pill mabuk awal2 lagi... then ada la yang terbaring awal bukan kerna penat tapi terkena penangan ubat mabuk yang mengantuk!.

Tp ada yang kena mabuk darat!!! Tau ke istilah mabuk darat?anda akan berasa seolah olah anda masih berada dalam bot dengan pukulan ombak yang beralun walaupun anda sebenarnya telah naik ke daratan. Itulah yang dipanggil mabok darat. Sapa yang kena? KS rasa pembaca boleh meneka...... Hahahha How to overcome?KS cuba berjalan atau berdiri. Jika duduk saja sure akan terasa beralun seperti anda sedang berada di atas bot.

Lihat gambar-gambar disini!
Overall this trip was really great. Looking forward for next trip to somewhere better and different from this. ;) cheeerrrrsss

KS
June 10, 2010