Komen:
Keputusan Mahkamah melalui kes ini harus membuka mata semua pihak bahwa, undang2 adalah 'Teratas' dari segala-galanya. Bukan dengan menggunakan kekuasaan dan juga kehendak peribadi...
Kerusi DUN Kota Siputeh diisytihar kosong
KUALA LUMPUR: Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sarif (dari BN) tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.
Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.
"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang tadi. - Bernama
sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091116184650/Article/index_html
Monday, November 16, 2009
Sunday, November 8, 2009
Tanpa Tajuk
Arghhh tidak juga kehabisan menulis... bukan mudah untuk menulis setiap baris ayat dengan begitu teliti dan tepat dengan kehendak idea yang ingin di sampaikan. Selama 2 tahun, inilah saat yang paling sengit untuk aku berperang dengan computer, journal2 yang tidak terkira banyaknya dan juga masa yang semakin terhad.
“Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang
pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku, (InsyaAllah). Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu, berbanding orang lain. Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT jika aku bersabar"
Beban dikepala lebih berat dari si penunggang basikal ini.....Semoga dipermudahkan segala urusan....

Sunday, November 1, 2009
Araftuka
"Ya Allah,lindungilah daku dari kejahatan yang menipuku dari kemanisan iman.Bawalah daku ke arah cinta sucimu.Berikan daku keredhaan dan syurgaMu."
Saturday, September 19, 2009
Eid Mubarak

Salam Eidulfitri buat semua kenalan yang telah lama tidak aku gapaikan melalui tulisan di blog ini. Semoga ibadah kita di terima Allah swt pada bulan Ramadhan kali ini. Selamat berhari raya di perantauan buat kawan2 di perantauan, juga tidak lupa di Malaysia. Yang paling diingati sokmo! Mak ayah n adik2 di Umbrella Hill.
Selamat berhari raya. Hari raya adalah hari untuk bersuka ria, kembali kepada fitrah, bukan untuk bersedih duka. Semoga Allah memberkati kita. Amin.....
Sunday, August 23, 2009
Reset your setting
Salam Ramadhan buat semua.
Kerna di bulan ini Allah akan menghujani di dalamnya keberkatan.
Kerna juga akan menghadirkan di dalamnya kemuliaan.
Kerna Allah swt akan menjaminkan segala macam nikmat,
jaminan keselamatan yang begitu banyak dari api neraka.
Kalau kita menfaatkan moment yang indah dibulan yang mulia ini, takarrub padaNya, sedekat2 padanya… InsyaAllah kita akan bersama-sama orang yang bertaqwa dan berjaya, pada akhirnya kita akan dimuliakan oleh Allah.
Argggh… apa yang perlu dilakukan tika Ramadhan datang? Saudara dalam Islam sekalian, marilah kita sama-sama membetulkan niat pada bulan Ramadhan ini. Pastikan niat kita berpuasa adalah untuk Allah swt. Semua amalan selain berpuasa adalah untuk Allah swt. Seperti kita menyediakan ‘hadiah’ terbaik pada seseorang yang kita kasihi. Kita akan berusaha sedaya yang boleh untuk menyediakan hadiah terbaik untuk tetamu kita yang amat dihormati. Begitu jugalah konsep kita berpuasa, hadiah puasa kita bukan untuk orang mahupun untuk makhluknya, tetapi adalah semata-mata untukNya. Dan inya sudah pasti akan kembali kepada kita di akhirat kelak.
Katakanlah ‘Marhaban Ya Ramadhan……’ Sambutlah Ramadhan dengan senyuman, kegembiraan dan kebahgiaan. Kerna Rasulullah saw pernah menjanjikan “Barang siapa tika Ramadhan tiba, lalu disambut dengan kegembiraan, dengan senyuman, penuh dengan harapan.. maka dia akan diharamkan oleh Allah jasadnya disambar oleh api neraka”
Bersyukurlah kepadaNya, kerna tidak sedikit diantara kita dipanggil menghadap Allah sementara mereka tidak lagi diberikan kesempatan di bulan Ramadhan yang indah. Nah.. ini hari Allah menghadirkan kita kembali berjumpa dengan Ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan kita diberi peluang untuk kita menebus segala dosa-dosa kita.
Sebelas bulan diri ini berjerumus dengan dosa. Sebelas bulan kita semakin jauh dari Allah. Maka satu bulan di hadapan kita ini diharapkan agar Allah mengampuni semua dosa-dosa kita.
Saudaraku sekalian! Hanya orang yang bodoh tika Ramadhan datang, dia tidak beribadah. Hanya orang yang bodoh tika Ramadhan datang, dia tidak berpuasa! Hanya orang yang bodoh tika Ramadhan datang dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa menilaikan pahala dan ganjaran yang dijanjikanNya.
Ramadhan! Bulan menghapuskan dosa, bulan ampunan dari Allah swt
Ramadhan! Makna bahasanya saja menuju kepada sesuatu yang membakar. Ulama menjelaskan apa yang akan dibakar?
Kesemua dosa kita masa yang lalu akan dibakar di masa ini. Sehingga nanti di akhir Ramadhan, 30 hari kita berpuasa, kita akan kembali fitrah & suci seperti kita baru dilahirkan. Kerna semua dosa Allah telah hapuskan. Dan bagaimana agaknya kita tahu dosa kita telah dihapuskan? Salah satu tandanya, kita akan merasa ketenangan kita selepas Ramadhan. Sudah pasti kita akan merindui bulan yang mulia ini.
Ramadhan dimana Allah membakar ketelusan kita. Akan membakar nafsu kita. Membakar semua yang ada pada diri kita. Allah juga akan menguji kita bukan saja ujian dalam kesusahan malah dalam kesenangan dengan harta yang melimpah ruah.
Ramadhan membawa manusia dekat pada Allah, dekat kepada Rasul saw, juga dekat sesama manusia. Jomlah wahai sahabat sekalian. Reset your setting!. Akan datang detik2 kumandangnya azan maghrib, semoga amalan kita pada hari-hari kita berpuasa diterima Allah swt. Mudah-mudahan kita diberkatiNya.
Sumber: Ust Ahmad Alhabsy : Marhaban Ya Ramadhan 1430 H

Subscribe to:
Posts (Atom)