Saturday, September 13, 2008

Seutus surat pesanan...

Wahai orang yang dinamai Ahmad,
Jujurlah pada dirimu sendiri mengapa kau selalu mengatakan Ramadhan bulan ampunan,
Apakah hanya menirukan Nabi s.a.w? atau dosa-dosamu dan harapanmu yang berlebihan yang menggerakkan lidahmu begitu!

Wahai orang yang dinamai Ahmad,
Ramadhan adalah bulan antara dirimu dan Tuhanmu.
Darimu hanya untukNya dan kamu sendiri tak ada yang tahu apa yang akan dianugerahkanNya kepadamu. Semua yang khusus untukNya, khusus untukmu.

Wahai orang yang dinamai Ahmad,
Ramadhan adalah bulanNya yang ia serahkan padamu dan bulanmu serahkanlah semata-mata padaNya. Bersucilah untukNya, bersolatlah untukNya, berpuasalah untukNya, berjuanglah melawan dirimu sendiri untukNya.



Wahai orang yang dinamai Ahmad,
Sucikan kelaminmu, berpuasalah untuk menemui Redhanya!
Sucikan tanganmu, berpuasalah untuk menerima Kurnia!
Sucikan mulutmu, berpuasalah untuk merasai Firman!
Sucikan hidungmu, berpuasalah untuk menghirup wangi Syurga!
Sucikan wajahmu, berpuasalah untuk menatap Nur cahaya!
Sucikan seluruh telinga, berpuasalah untuk menangkap merdu Kalamnya!
Sucikan rambutmu, berpuasalah untuk menyerap belaiNya!
Sucikanlah kepalamu, berpuasalah untuk menekan Sujud!
Sucikan kakimu, berpuasalah untuk menapak titian Sirath!
Sucikan tubuhmu, berpuasalah untuk meresapi Nikmah dan Rahmat!
Sucikan hatipun, berpuasalah untuk menikmati hakikat hidup!

Wahai orang yang dinamai Ahmad,
Aku kira bukan perutmu yang lapar, bukan nafsumu yang kering...
Cuma, yang mengingatkan kedaifan dan melembutkan rasa
Perut yang kosong dan nafsu yang kering ternyata hanya penunggu atau perebut kesempatan yang tak sabar atau terpaksa. Barangkali lebih sabar sedikit dari mata tangan kaki dan kelamin...
Dan lebih tahan sedikit berpuasa tapi hanya kau yang tahu hasrat dikekang untuk apa dan siapa.

Aahh Tidak!! Puasakan hasratmu hanya untuk Hadhirat Nya !

Wahai orang yang dinamai Ahmad,
Ramadhan bulan suci katamu, kau menirukan ucapan Nabi s.a.w ataukah kau telah merasakan sendiri kesuciannya melalui kesucianmu itu?
Tapi bukankah kau masih selalu menunda-nunda menyingkirkan kedengkian keserakahan ujub riya’ takabur dan sampah-sampah lainnya yang mampat dari ruang hatimu?

Wahai orang yang dinamai Ahmad,
Inilah bulan baik saat yang baik untuk berbakti membersihkan hati
Inilah bulan baik saat yang baik untuk merobohkan berhala dirimu
Yang secara terang-terangan dan sembunyi-sembunyi kau puja selama ini.
Ataukah kau akan lewatkan lagi kesempatan ini
Seperti Ramadlan-Ramadlan yang lalu?

Yang dinamai Ahmad.USA.
(Adaptasi Puisi Kumpulan Puisi A. Mustofa Bisri, “Pahlawan dan Tikus”)

Monday, September 8, 2008

Ada apa pada Al-Ankabut?


[Kaum Lutt a.s. dan bandar yang dilingkupkan serta dihujani dengan hujan batu]

Inilah surah yang ke 29 di dalam Al-Quran. Pada al-ankabut, Dia menerangkan akidah, sifat keTuhanan dan ketauhidan, serta menerangkan bahwa Nuh a.s itu, Ibrahim a.s, Lutt a.s dan juga Muhammad s.a.w adalah nabi Allah.

Di sana juga Dia menceritakan sejarah kaum nabi Lutt yang binasa akibat perasaan luar biasa manusia-manusa yang murka yang berhawa nafsu kepada lelaki. Dia menghujani kaum Lutt a.s. dengan hujan yang maha dasyat yakni hujan batu dan menterbalikkan permukaan bumi. Dan dalam surah ini juga ada dianjurkan agar orang-oarang yang masih hidup ini mengambil iktibar.

Dan di sana jua Dia menerangkan Tuhan yang Esa yang mana Yahudi patut sembah dan patut mengikuti ajaran Islam dan tidak merancang membunuh Isa a.s. Dan pada surah yang lain juga disebut tentang kemurkaan Allah pada kaum Lutt a.s.

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam - Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran amaran itu. Surah Al Qamar:33-36).


Note: ankabut bererti labah-labah (spider)

Sekadar perkongsian ringkasan QalamNya....Kalau nak detail kene rujuk tafsiran Al-Quran e.g. Ibn Kathir. (Buku ada kat Malaysia huhu)

Friday, September 5, 2008

Catatan Ramadhan #1



Masjid Orang Tua VS Masjid Orang Muda

Pernah suatu ketika ketika menghadiri satu seminar di UPM, ada seorang pensyarah pada masa itu memberikan ceramah. Terlupa pula apa tajuk ceramahnya. Akan tetapi beliau pernah berkata “ Di masjid ramai orang tua, dan memang susah nak tengok sorang dua orang muda menyinggah masuk solat di masjid. Kenapa ramai orang-orang tua? Kalau kamu rasa nak panjang umur, selalulah berkunjung ke masjid kerna di sana ramai orang tua”

Ucapannya amat menyentuh hati. Pada masa itu masih bergelar pelajar, so rasa insaf tu datang. Now living kat bumi US ni agak mencabar. Solat jamaah? Boleh di kira dengan jari. Dan hanya mengharapkan waktu hujung minggu untuk berkunjung ke masjid yang terletak kira-kira 10km dalam 15 minit perjalanan dengan kereta. Kadang-kadang waktu kuliah bertindih dengan waktu solat dan mungkin itu menjadi kekangan dan pernah juga jamaah dengan ikhwah-ikhwah di sini tika tiada kelas.

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, umat Islam tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin akan berlumba-lumba mengerjakan ibadat. Saban malam, masjid dan surau akan dipenuhi dengan saf-saf manusia yang tidak mahu melepaskan peluang ganjaran tidak ternilai dari Allah s.w.t. Malah, terdapat surau dan masjid yang mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari hasil sedekah dan infaq ahli qariah. Subhanallah, betapa indahnya bulan ini apabila segala kebaikan terhimpun di dalamnya.

Untuk catatan ini, saya berminat untuk menarik perhatian kita semua tentang senario beribadah di negara kita. Kebiasaannya, masjid dan surau diuruskan oleh golongan-golongan tua atau senior. Mungkin, setelah umur pencen, apa lagi yang mereka ingin lakukan melainkan memperbanyakkan ibadah dan merehatkan diri di rumah Allah. Dari urusan tok siak, pemegang kunci, muazzin, imam, hinggalah ke urusan mencuci tandas dan juga menghidangkan makanan. Sejuk juga hati melihat ada anak muda yang ikut membantu. Namun, senario yang biasa kita lihat adalah masjid menjadi milik orang-orang tua.

Anak-anak kecil ke Masjid

Panggilan untuk menunaikan solat sunat terawih menyebabkan ibu-ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil turut sama hadir tidak mahu melepaskan peluang beribadah ini. Apakah sifat semulajadi anak-anak kecil? Duduk diam atau berlari? Pastinya mereka akan membuat bising dan menangis ketika bermain. Melainkan terdapat ruang khas di pinggir kawasan solat untuk mereka bermain. Jika tiada, nasib tak baik lah anak-anak kecil ini dimarahi oleh nenek atau datuk jemaah masjid. ”Apa bising-bising ni? Orang nak solat buat bising!!” Paling ringan, mereka akan ditenung tajam oleh jemaah yang lain. Ini lah nasib anak-anak kecil ini. Apakah jalan selamatnya? Jangan bawa anak-anak kecil ke masjid. Titik.

Saya juga berpeluang menunaikan solat di masjid sebuah universiti Islam berhampiran. Mungkin kerana jemaahnya adalah di kalangan Islam bukan-Melayu dan juga pelajar yang telah mempunyai anak, mereka tiada pilihan selain daripada membawa anak-anak kecil ini ke masjid. Allahu akbar! Hiruk pikuk dan penuh kanak-kanak berlarian ke sana sini. Hairan bin ajaib, tiada suara jemaah yang mengherdik mereka. Saya selesa di sini. Saya tidak terganggu beribadah walau pun ramai lagi anak-anak kecil lain. Tidak ramai orang-orang tua di sini. Yang berdiri, rukuk dan sujud kebanyakannya adalah orang-orang muda.

Saya tidak mengatakan masjid ini lebih mulia dan afdal. Tapi, saya menggambarkan sebuah masjid yang children-friendly. Masjid yang menjadi tempat berpaut hati anak-anak muda untuk terus mengimarahkannya. Apabila anak-anak kecil diraikan kehadirannya di masjid, sampai besar pun mereka tidak malu alah untuk menjejakkan kaki ke sana.

Sampai bila akan ada label masjid orang tua dan masjid orang muda pun saya tak tahu. Seharusnya, masjid itu adalah tempat berkumpul semua ahli qariah dan pusat aktiviti sosial. Tidak perlu dilekatkan papan tanda besar larangan-larangan yang tidak munasabah seperti ’Dilarang Tidur’ dan ’Had untuk anak-anak bawah umur 7 tahun’. Wallahua’lam.

RUJUKAN:
Sebahagian tulisan diambil daripada email salah seorang sahabat, saudara Anfaal Saari

Wednesday, September 3, 2008

USM berjaya dipilih sertai program Apex-updated

Akhirnya... berjaya juga pihak KPT mengenalpasti universiti-universiti yang layak disenaraikan sebagai universiti APEX. Bukan apa... suatu ketika saya pernah pergi ke majlis pembukaan dan perasmian cadangan oleh Pak Pa kita dan juga PM datang untuk merasmikan acara itu. Ingatkan hanya retoric saja. Tak sia-sialah pergi dengan arahan Ketua Jabatan dan jenuh dengan memandu kancil kawan saya dan di samping mendengar 'bebelan' dia dan pada masa yang sama dia ingin bertemu kawan baik dia di sana.Harap tuan punya badan tak marah masa baca blog nih! hahhaha :) peace!

Overall, pujian harus diberikan kepada pihak berwajib telah menjalankan tugas dengan baik dan kini bermulalah era sebenar revolusi dasar-dasar universiti dan pengajian tinggi di Malaysia yang pada masa kini dilihat sebagai kilang melahirkan graduan untuk berkerja di dalam sektor awam dan juga swasta.

*********************************************

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

“Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh itu, USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020.

“Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex,” katanya.

Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.”

Sebanyak sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek.

Kertas cadangan USM bertemakan “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”.

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. — Bernama

RUJUK DI SINI!

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080903175733/Article/index_html

Monday, September 1, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan…



Kepada semua sahabat handai di luar sana, tidak lupa jua kepada keluarga, serta semua sedara-maraku, mohon dimaafkan segala khilaf yang pasti ada dan dosaku sebelumnya, agar ringan jiwa ini menahan beban dosa dan alpa yang tersisa.

Salam Ramadhan kepada semua sahabat dan juga kaum keluarga yang diingati selalu.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Rmadhan itu dibuka segala pintu syuga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelengu segala syaitan” (Muhammad s.a.w)


Al-fakir fillah
A.Suhaizi, NE, USA