Assalamualaikum wbt,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Untuk makluman tuan/puan, Y.Bhg Prof Datuk Dr Nik Mustapha (Naib Canselor) dan Y.Bhg. Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris (Timbalan Naib Canselor Akademik & antarabangsa) akan mengadakan lawatan kerja di United Kingdom pada bulan Mac ini. Lanjutan daripada lawatan ini, Y.Bhg Datuk berhasrat untuk mengadakan perjumpaan bersama staf/pelajar yang berada di sekitar kawasan berikut:
1) Scotland
Tarikh : 22 Mac 2009
Masa : 3:00 petang
Tempat : University of Stirling (bilik akan dimaklumkan kelak)
2) UK
Tarikh : 25 Mac 2009
Masa : 4:00 petang
Tempat : University of Sheffield (bilik akan dimaklumkan kelak)
Maklumat berkaitan bilik adakan dimaklumkan dalam masa terdekat ini dan tuan/puan adalah digalakkan untuk menyemak email atau Pejabat Perhubungan Antarabangsa di Universiti berkenaan, sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Sehubungan dengan ini, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri perjumpaan di atas dan memaklumkan/ mengesahkan kehadiran melalui email ini.
Sebarang cadangan untuk menjayakan lagi perjumpaan ini amatlah dialu-alukan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Fairuz Bawaze'er Muchtar
Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia
Tel: +603 8946 6009
Fax: +603 8948 3244
Mobile: +6019 3898135
ok la takde perjumpaan ..lagi senang..UMT bukan setakat buat perjumpaan ngan staf d UK ..tp siap ada conference dan wajibulghunnah utk hadir dan present ..bln 5 ni
ReplyDeleteheh zie. aku lg mau lari... ko nk menyerah diri lak :)) bagus la xde buat kat us ni... kalo buat kat univ. aku xpe gak :D ni kalo buat jauh2.. adeh..
ReplyDeleteJep! hhaha klau mai US, sure dia nk g Cornel! haha EX-Univ NC ok! hahaha kalu jauh2 jgn la harap aku nk g... kalu kat UK senang lar byk train. senang jek nk g... Sini! naik belon ok!!!
ReplyDelete2 benda yg bagus pasal perjumpaan tu adalah korang bleh claim tiket travel dan bleh mkan free (jd masa tu la nk mkn banyak2)
ReplyDelete